PRA-KATA DARI PENEREBIT.
Belajar dari pengalaman.
APABILA usia menjelang 60han dan telah menimba pengalaman dengan jemaah tabligh selama lebih kurang 25 tahun. Akhir-akhir ini kami sering mengimbas kembali perjalanan hidup sepanjang usia yang Allah telah kurniakan. Bagaimana agaknya keadaan hari ini, andainya kami tidak melibatkan diri dengan jemaah tabligh.
Yang pasti kami rasakan, kami tidak akan dapat menghayati apa yang dikatakan Sunnah Rasul yang sebenar, sungguh pun kami sering mendengar perkataan itu disebut dimana-mana. Apa yang kami paham sekarang, Al-Quran dan Sunnah Rasulallah itu adalah sumber segala ilmu agama termasuk ilmu tasawuf. Ilmu tasawuf tidak mungkin dapat dihayati tanpa dengan amalan. Belajarlah teory berpuluh-puluh jilid buku, tanpa diamalkan, tidak akan dapat menghayati hakikat tasawuf itu. Begitulah juga halnya dengan apa yang dipanggil ‘Sunnah Rasul’.
Setelah kami turut aktif lebeh kurang setahun dalam program dakwah jemaah tabligh sekitar tahun 1985 . Yang paling berkesan ditekankan ialah belajar berkorban harta, tenaga, dan diri untuk dakwah semata-mata kerana Allah semasa keluar 3 hari 40 hari, yang memang kami belum pernah jumpa. Hasilnya kami merasa saolah-olah mendapat kejutan baru yang belum pernah kami alami sebelumnya. Yang pertama jiwa atau rohani terasa dekat kepada Allah dan RasulNya. Menyebut kalimah ‘Laa-illah-Haailallah’ mendapat satu macam keseronokkan. Ini memang tidak pernah kami alami dimana-mana sebelumnya. Karkoon vetran memberi tahu; itulah yang dinamakan permulaan ‘kemanisan iman’. Yang akan terus mengubah keperibadian maknusia apabila istiqamah menjaga solat dan dakwahnya.
Selepas itu kami mulai paham mengapa para karkoon (ahli peserta jemaah tabligh) mempunyai citarasa pemikiran dan amalan yang berbeza dengan ahli jemaah lain. Ramai diantara mereka bertambah ghairah hendak menyambung keluar 40 hari dan 4 bulan dan mampu mendakwahi ahli keluarganya setelah mendapat pengalaman dari program dakwah tabligh. Sedangkan untuk memulakan langkah pertama itu sesetengah orang memerlukan bertahun-tahun. Sebagaimnana berlaku pada penulis sendiri para karkoon dengan penoh sabar menziarahi dan mengajak kami berpuluh-puluh mungkin beratus kali selama lebeh tiga tahun. Sekarang kami paham bahawa ini adalah disebabkan gagal melawan tarekan syaitan.
Masarakat Islam patut ambil menafaat dari tarbiyah jemaah tabligh.
Malangnya sahingga hari ini masarakat Islam tidak ambil endah uslup tarbiyah jemaah tabligh. Sedangkan ia sebenarnya tarbiyah yang berjaya membentuk jiwa-jiwa maknusia melebihi dari kursus motivasi yang terunggul pernah kami jumpa dizaman ini. Walaupun masih ada kelemahanya, tetapi nampak jelas perbezaanya. Bayangkanlah saorang remaja belasan tahun kaki lepak, yang pernah terjebak dengan gejala dadah, bertukar menjadi saorang yang begitu tertib menjaga solatnya samada yang fardhu dan yang sunnat, sahingga mampu bergegas kamasjid setiap kali terdengar azan, yang tidak mampu diamalkan oleh AJK masjid yang sudah berpuluh tahun.
Hanya selepas berpengalaman keluar 3 hari beberapa kali dalam program dakwah tabligh. Ingatlah sesungguhnya ‘syaitan’ memang tidak pernah membiarkan kita cendrong kearah kebenaran agama. Sebab itu tarbiyah jemaah tabligh tidak menarik minat kita. Sukakah kita tunduk dibawah pengaruh syaitan selama-lamanya.? (tarbiyah jemaah tabligh akan dihurai secara detail dalam bab 6)
Dari pengalaman ini, kami mendapat jawapan untuk beberapa persoalan mengenai masaalah ummah yang selama ini tidak tiada jawapan yang konkrit. Persoalan mengapa ummat Islam mundur, mengapa ummat Islam berpecah belah, mengapa maruah ummat Islam tercemar, mengapa ummat Islam terlibat dengan gejala-gejala negatif yang memalukan. Sedangkan pada mulanya Islam yang dibawa Rasulallah saw adalah terunggul dan bersifat dominan kepada peradaban maknusia seluruh dunia. (Islam itu tinggi tiada lagi yang lebeh tinggi. Maksud Hadis)
Jawapan sebenarnya ialah: Islam itu sifatnya unggul dan tersangat murni disisi Allah, ia menuntut kesungguhan dan pengorbanan. Samasekali tidak boleh diamalkan secara sambil lewa dan mengikut selera nafsu. Hari ini majoriti ummat Islam hanya tinggal nama saja, tidak mampu mengamalkan Islam yang asli daripada Al-Quran dan As-Sunnah’. Perentah Allah yang paling utama sekali sudah diabaikan, bahkan sudah ditinggalkan samasekali oleh majoriti ummat Islam hari ini. Tiada sebarang khilaf antara ulama muktabar seluruh dunia bahawa ‘solah’ adalah perentah utama dan sebagai penghubung antara hamba dan Khaliknya. Akibatnya, hubungan ummat Islam dengan Allah hari ini terlalu tipis. Ini mendorong mereka mengatur hidup dengan akal serakahnya sendiri, tanpa mengantungkan diri kepada Allah.
Ini sebenarnya bukan ajaran yang dibawa oleh Rasul kita, ia adalah amalan ummat yang engkar dan menolak syari’at Islam, yang taraf Islamnya boleh dipertikaikan. Sebab itulah ummat Islam hari ini mudur dalam segala hal. Memang masih ada ulama-ulama besar Warisatul-Anbiyak yang rapat hubunganya dengan Allah, tetapi mereka ini dinafikan haknya untuk berperanan mengatur kehidupan rakyat, maksudnya tidak memerentah negara. Yang memerentah sekarang ialah golongan fasik yang mengabaikan solah, kalau pun ia maseh mengerjakan solah, mereka lalai dan tidak pernah menghayati solahnya, kerana amalnya banyak bercampur maksiat. Artinya solahnya tidak diterima Allah. (Celakalah orang-orang yang menunaikan solat, yang hatinya lalai dari solatnya. Firman Al-Ma’unn ayat 4,5) Persoalan yang kita hadapi sekarang: Apakah Allah redha apabila kita membiarkan keadaan ini berterusan.?
Bagaimana kita hendak mengamalkan As-Sunnah secara menyeluruh hari ini.?
Hakikatnya usaha dakwah kita sudah berjalan menjelang 100 tahun diserata dunia. (lebeh 200 buah negara) Rasanya sudah wajar kalau kita mula befikir mencari jawapan persoalan pokok yang kami paparkan sebagai tajuk utama ‘Bagaimana kita hendak mengamalkan As-Sunnah secara menyeluruh hari ini. ? Kami yakin majoriti pembaca setuju kalau kami katakan: Kita mulakan dengan mentarbiyah masarakat Islam supaya mereka mampu mengembalikan amalan Islamnya kepada Sunnah, khususnya dalam hal ‘solah’. (sesuai dengan apa yang kita buat sekarang) Kemudian seluruh kehidupan masarakat Islam misti dibawah peraturan syari’at Islam secara total. Begitulah teori asasnya.
Untuk mencapainya sekarang, kita perlu melangkah agak lebeh drastik. Sambil kita teruskan program tarbiyah tasykil (mempelawa dan mengajak) ‘keluar’ 3 hari 40 hari, dan 4 bulan, kita perkenalkan kepada masarakat konsep Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. (KKAS) Motifnya untuk mengatasi masaalah perbezaan fikrah yang disebabkan perbezaan latar belakang tarbiyah. Agar supaya masarakat segera mengenali As-Sunnah serta kembali beramal denganya. Ini kerana hakikat sebenarnya memang wujud uslup tarbiyah agama yang terkeluar dari landasan Al-Quran dan Sunnah dikalangan ummat Malayu Islam hari ini. Samada secara sedar atau tidak, ia terus diterima dan diguna pakai oleh masarakat. Faktor ini menjadi penghalang untuk menyatukan fikrah ummat Islam dan menjadi antara sebab-sebab utama ummat Islam berpecah belah dan menjadi lemah dalam semua aspek.
Kami sendiri sebenarnya telah berpengalaman terikut ajaran tok guru yang terkeluar dari landasan Sunnah. Tetapi kita mendakwa kononya penganut Islam yang senior dan bermaqam tinggi, kerana berpegang pada falsafah ‘Menjaga rokh’ yang diangap tersangat unggul.
Alkhamdhulillaahh....Ditaqdirkan Allah timbul keinginan hendak menyelami bagaimana karkoon (ahli peserta jemaah tabligh) nampak lebeh mampu menjaga amal ibadah dengan tanpa kepahaman ilmu falsafah seperti jemaah tareqat kami. Tareqat kami mengunakan banyak istilah ‘falsafah’ yang berbelit-belit susah hendak dipahami oleh kebanyakan orang. Sementara jemaah tabligh sekadar cerita tentang kebesaran Allah dan Rasul serta kesah-kesah para sahabat nabi sahaja.
Maka berlakulah konflik dalam jiwa yang menjadi kusut kerana pertembungan falsafah tareqat dengan hakikat amalan jemaah tabligh mencontohi Sunnah, yang tidak dapat diselaraskan. Bila rujuk kepada tok guru dan sahabat-sahabat dalam tareqat, mereka hanya bersemangat mencemuh dan memperlekeh jemaah tabligh mengikut emosi kebencian semata-mata tanpa sebarang fakta ilmiyah. Akhirnya buntu, tak tahu nak kata apa, kecuali mengadah tangan kelangit meminta petunjuk Allah. (menghayati Al-Fateha ayat 6 yang tidak pernah dihiraukan oleh tok guru kami)
Rupanya jemaah tablighlah yang mula membuka jalan mengikut jejak tarbiyah Rasulallah dari perengkat primary. Berdasarkan kepada firman: “Hai orang berselimut, bangunlah, dan berilah peringatan dan besarkanlah Tuhan kamu” Al-Muddathsir ayat 1,2,3. Rupanya samasekali tiada riwayat yang Rasulallah saw ada mentarbiyah para sahabatnya dengan ilmu tareqat berbelit-belit itu. Sedangkan semua pehak mengakui hakikat bahawa para sahabat nabi mempunyai keimanan, pengorbanan dan ibadah yang terunggul tiada tolok bandingnya sahingga akhir zaman ini. Kalau semua pehak mengakui demikian, mengapa tidak kita mencontohi cara tarbiyah Rasulallah dan para sahabatnya.?
Soalan ini pernah kami tanyakan kepada beberapa ustad lama dan tok guru tareqat kami. Semua mereka memberi jawapan serupa, yang bermaksud: “Janganlah mimpi taraf kita ini nak mengikut para sahabat nabi. Kita siapa?, nak ikut mereka. Mereka hidup bersama nabi, kita tapak kakinya pun tak jumpa” Dengan alasan itu maka diciptalah teory dan falsafah mengikut akal diluar Al-Quran dan Sunnah, konon nak memudahkan. Rupanya ternyata apabila diluar Sunnah, terjadilah kesesatan yang nyata. Rupanya jawapan itu samasekali TIDAK BETUL, kerana Rasulallah diutus membawa rahmat memudahkan ajaran Islam diamalkan dan dihayati oleh seluruh maknusia yang benar-benar mau beriman.
Perlu bantuan ulama untuk mengenal pasti hala tuju yang tepat.
Kami banyak gunakan istilah ‘Rupanya’ kerana sepanjang tok guru tareqat mengajar kami tersangat sedikit merujuk kepada Sunnah, sirah atau riwayat para sahabat, yang ada pun hanya bersifat furuq yang dikelirukan untuk jadikan dalil menyokong falsafah tareqatnya, tanpa menyentuh prinsip Sunnah itu sendiri. Kami mengaku telah terpukau dengan hujah akalnya yang kelihatan macam hebat kerana kami buta Sunnah pada waktu itu. Tak hairanlah kalau hari ini kita dapati kompolan ajaran sesat disertai oleh ahli-ahli akademik pemegang ijazah master dan Phd semata-mata kerana mereka jahil tentang Sunnah Rasul, sebaliknya mereka memuja ungkapan akal.
Akhirnya tarbiyah jemaah tabligh menyedarkan kami betapa pentingnya ummat Islam keseluruhanya bersungguh-sungguh berpegang dan bersemangat mengamal Sunnah yang sebenarnya. Dengan niat dan azam untuk menjunjung Sunnah secara keseluruhan semata-mata kerana Allah, sesuwai dengan sikap dan semangat waspada terhadap amaran Rasulallah, mengenai perpecahan ummat akhir zaman kepada 73 golongan. (72 daripadanya penghuni neraka. Maksud hadis) Sebenarnya kita dapati ramai ummat Islam Melayu hari ini yang hidup beragama dengan penoh kekeliruan kerana tarbiyah yang tidak mementingkan Sunnah, sahingga ‘solah’ itu tidak dipandang sebagai satu hukum yang penting, diamal hanya sekadar mengikut keselesaan, sebabnya kerana kepahaman tidak melunasi aspek aqidah dan As-Sunnah. (Iman dan syari’at)
Adapun aqidah dan Sunnah itu adalah sama penting dalam kesempurnaan agama. (Islam) Sayugia seluruh ummat Islam hendaklah benar-benar memahami sekurang-kurang pada prinsipnya. Sebab itu kami sangat memerlukan bantuan ulama dalam melaksanakan dan menerapkan penghayatan konsep KKAS kepada masarakat umum. (huraian mengenai KKAS dalam bab 6)
adalah kami yang tersangat dha’if memohon Rahmat dari Allah.
(karkoon tiga hari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan