Jumaat, 11 Jun 2010

BAB 4 MENILAI JEMAAH TABLIGH DAN PAS MENGIKUT STANDARD KAYU UKUR AS-SUNNAH YANG MUTLAQ.

Bissmillah-Hirrokhmaanir-Rokhimm.

Semua jemaah Islam perlu mengikhtiraf satu kayu ukur penilaian untuk mengatasi masaalah perpecahan jemaah.
MUQADDIMAH.

MENGAPA KEDUA-DUA JEMAAH MENGABAIKAN 4 INTIPATI (PRINSIP) AS-SUNNAH YANG SANGAT PENTING. ?


Keempat-empat ciri intipati Sunnah yang diabaikan oleh kedua-dua jemaah yang kami detailkan dalam bab-bab sebelum ini, yaitu: Dakwah dan menjaga solat fardhu, (oleh Pas) politik dan pemerentahan negara. (oleh tabligh). Ia adalah untuk mencapai matalamat menegakan konsep amar maaruf nahi mungkar mengikut tuntutan syarak secara total. Dua prinsip untuk membena syaksiah dan keperibadian, dan dua lagi untuk membena masarakat dan negera ummat Islam. Semuanya adalah dalam kartegeri tunjang atau intipati Sunnah yang sangat penting. Dengan kreteria inilah Rasulallah saw menyempurnakan missi ke Rasulan yang diamanahkan Allah kepadanya. Sesungguhnya sangatlah besar kekeliruan bagaimana kedua-dua jemaah tidak meletakan kempat-empat prinsip Sunnah itu dalam pokok agenda kegiatan mereka. Adakah kerana ketidak mampuan, atau kerana ketidak sadaran mereka, atau kerana tidak wujud kayu ukur untuk menilai ditahap mana mereka bergerak. Diharapkan risalah ini akan memberikan jawapan.


Apa yang kita sama-sama dapat lihat hari ini, jemaah tabligh dan Pas terlalu sebuk dengan kegiatan masing-masing kerana sekop dakwah dan gelangang politiknya terlalu besar dan tersangat luas, tetapi gerak kerjanya perlahan kerana berdepan dengan tentangan dari pehak berkuasa kerajaan yang memerentah. Dan lagi semua kerja merupakan pengorbanan sukarela disemua perengkat semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Disana tiada terselit sedikit pun matalamat kepentingan dunia.

Aktivis kedua-dua jemaah mempunyai komitment dan keikhlasan yang tinggi dalam usahanya mencapai cita-cita perjuangan, yaitu membawa seluruh ummat Islam kepada cara hidup Islam yang tulin secara total. Walaupun matalamatnya sama tetapi uslubnya berbeza. Kedua-duanya diatas landasan syarak yang kukoh. Tetapi yang anihnya sahingga hari ini antara kedua-dua jemaah tiada hubungan samasekali. Justeru kedua-duanya tidak mengkaji dengan teliti intipati perjalanan As-Sunnah yang sebenarnya, menyebabkan mereka tidak menghayati ditahap mana sebenarnya peranan perjuangan mereka dalam mengembalikan martabat Islam berbanding dengan perjuangan Rasulallah saw dan waqi’k perbezaan yang wujud pada hari ini.


(76)


DASAR POLISI JEMAAH TABLIGH

1. Dasar polisi jemaah tabligh bermula dengan selogan: “Sesungguhnya kejayaan seluruh maanusia (dan jin) adalah dalam agama. Yaitu sejauh mana kita mentaati perentah Allah mengikut ajaran Sunnah Rasulallah saw “ Rangkapan kata-kata itu mengambarkan dasar polisi jemaah tabligh ialah menjunjung amalan Sunnah Rasul kerana atas kesedaran bahawa ummat Islam seluruh dunia akan hanya dapat mencapai kejayaan hakiki dunia dan akhirat apabila menjunjung amalan As- Sunnah dalam seluruh kehidupanya.

2. Mengubah fikiran dan amalan ummat Islam seluruh dunia atas dasar penghayatan ‘iman’ menerusi kalimah ‘Laa-illah-Haa-illallahh’ dan Sunnah Rasulallah saw, serta semangat berkorban menegakanya, diatas konsep ‘Allah berkuasa makhluk tiada kuasa’

3. Menghidupkan fikir dan budaya dakwah diseluruh kalangan masarakat Islam dan menghayati betapa tingginya pada pandangan Allah menyambung usaha dakwah yang diwariskan oleh Rasulallah saw kepada ummatnya, sahingga tercapai matalamat akhir memwujudkan 100% suasana agama.

4. Dikuatkan lagi dengan selogan “Tiada Sunnah tiada kejayaan”. Ini mengambarkan teguhnya pendirian dalam penghayatan Islam. Terpaku dengan kukuhnya keyakinan bahawa tiada sebarang cara alternative jalan kejayaan ummat maknusia samada didunia lebeh-lebeh lagi diakhirat kecuali dengan amalan As-Sunnah. Oleh itu biar bagaimana kelihatan cantik sesuatu gagasan yang tidak bersandarkan As-Sunnah, ia diyakini pasti akan gagal kelak.


Ulasan.

Walau pun tidak menguna sebarang kayu ukur penilai As-Sunnah, secara lojiknya dasar polisi jemaah tabligh adalah betul. Setiap individu ummat Islam wajib menjalani tarbiyah atau latihan berkorban untuk menjunjung amalan Sunnah demi untuk menjelmakan fikir atas iman, amal dan akhlak. Maka secara kebetulan tindakan jemaah tabligh itu menepati tertib As-Sunnah. Sewajarnya jemaah tabligh terus mendokong cita-cita menegakkan syari’at Islam secara total yang juga menjadi tuntutan As-Sunnah itu sendiri. Persamaan matalamat dan perbezaan uslup menyebabkan khilaf kecil dengan Pas.

Kesimpulanya, dasar gerak kerja jemaah ialah mengubah seluruh amalan dan daya fakir seluruh ummat Islam kepada penghayatan kebesaran Allah dan RasulNya menerusi konsep menitikberatkan ‘dakwah dan menjaga solat’. Dalam hal ini tiada sebarang alternative, walaupun sesaorang itu ilmunya tinggi melangit, ia tidak diikhtiraf sebagai dekat dengan Allah jika tidak menjaga amalan dakwah dan solat fardhunya. Walaubagaimana pun yang paling terbaik ialah berilmu dan diikuti dengan amal saleh yang tinggi. Ini bersandar kepada firman Allah: “Peliharalah segala solat kamu dan solat wusthaa (Asar) Berdirilah kerana Allah dengan penoh khusuk” Al-Baqarah 238. Ini dikuatkan lagi oleh sabda Rasulallah saw: “Pada hari hisab nanti amal yang paling utama dipereksa ialah solat. Jika solat kamu diterima, amalan kamu yang lain akan juga diterima. Jika solat kamu gagal, ibadah kamu yang lain semua menjadi sia-sia”. Hadis riwayat Al-Bukhari.








(77)



Gelangang tuntutan dakwah tabligh.

Tuntutan dan gelangang dakwah jemaah tabligh tiada batas, ia terlalu besar dan tersangat luas. Ini menyebabkan aktivis pendokong gerak kerja jemaah terlalu sebok padat dengan program-program yang mencabar iman, justeru tunggak tarbiyah jemaah tabligh ialah ‘usaha atas iman dan amal’, dan menghayati janji Allah dalam konsep ganjaran pahala, syurga dan nereka. Yangmana Rasulallah saw telah menjadikan aspek janji Allah itu sebagai daya motivasi pengalak orang beriman mengerjakan amal salleh kerana Allah.

Bayangkanlah sebuah kampong atau taman perumahan yang pendudok Islamnya kira-kira 1500 orang. Mempunyai sebuah masjid ataupun surau. Bila tiba waktu kemuncak berjemaah, yaitu maghrib dan isyak purata hanya lebih kurang 20 orang yang hadhir dimasjid menunaikan solat berjemaah dimasjid atau surau mereka. Bagi kampong-kampong pendalaman lebeh teruk lagi, yang hadhir mengimarahkan purata 6-7 orang sahaja. Kira-kira 0.5 - 1 % sahaja, selebihnya yang 99% lagi tidak memandang penting menunailkan solat fardhu berjemaah.

Dari kalangan 99% itu diangarkan 20% menunaikan solat sendirian dirumah. Manakala 40% menunaikan solat mengikut mood, yaitu semasa ada perayaan atau majlis sambutan dimasjid, atau pemimpin datang, atau pada hari jumaat sahaja. Selebihnya 40% lagi tidak pernah mementingkan solat samasekali kecuali pada hari raya. Ini terjadi justeru system tarbiyah ummat Islam sejak zaman penjajah hingga hari ini tidak pernah menitikberatkan tentang amalan Sunnah Rasul. Bahkan sahingga hari ini, As-Sunnah itu sendiri tidak pernah diperkenalkan secara bersungguh-sungguh hingga menjadi penghayatan rakyat, kerana yang dipertangungjawabkan mentarbiyah ummat Islam bukanlah orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya. (kerajaan Umno yang membakul sampahkan hukum-hukum Allah)

Inilah dia gelangang dakwah jemaah tabligh diseluruh negara bahkan seluruh dunia. Artinya jemaah tabligh tiada peluang rehat sesaat pun kerana matalamat syari’at nya ialah menjadikan seluruh ummat Islam mampu menitikberatkan dakwah dan menjaga solat fardhu berjemaah dimasjid atau disurau. Tentulah itu kerja terlalu besar dan berat. Oleh sebab itulah setelah jemaah tabligh berusaha diserata dunia selama hampir 100 tahun, pencapaianya tak sampai pun 10% kerana usaha jemaah tabligh semuanya sukarela semata-mata kerana Allah. Ia mencontohi Sunnah awalan, tapi gelangang dakwahnya seluruh dunia, sedangkan Rasulallah pada perengkat awalnya hanya bertumpu di Madinah dan Makkah sahaja, setelah didaulatkan Islam disana barulah Rasulallah pandang keluar negara. Ini satu uslup jemaah tabligh yang tidak menepati Sunnah, namun hasilnya, minda dan daya fikir para karkoon dipenohi dengan penghayatan kebesaran Allah dan Rasul serta dakwah untuk mengundang hidayah. Yang ternyata mendatangkan peningkatan rohani atau pendekatan yang tinggi kepada Allah. Sebab itu jemaah tabligh dapat meningalkan amalan bid’ah dengan mudah, tanpa sebarang konflik kerana kepuasan rohani dari amalan bid’ah tidak lagi menguasai jiwanya.


Jawapan kepada kritikan Pas terhadap jemaah tabligh.

Berhubung dengan perkara ini saorang sahabat Pas pernah bertanya kepada kami: “Apakah jemaah tabligh tiada pendekatan lain, sebab uslup ‘menjaga solat’ itu walaupun ia tuntutan syarak, manun rasanya nampak semacam mustahil dapat dicapai dizaman ini”. Maka jawab kami: “Untuk menarik 100% ummat Islam dapat menjaga solat sepertimana jemaah tabligh, kami bersetuju kalau dikatakan sebagai ‘mustahil’. Tetapi……..Untuk mengenepikan uslup ‘menjaga solat’ kepada seluruh ummat Islam adalah juga mustahil. Justeru kami (jemaah tabligh) berpegang kepada aqidah bahawa Allah tidak akan redha kepada ummat Islam yang melalaikan solat walaupun ia berilmu tinggi dan mampu berkorban untuk agama.


(78)


Oleh itu bagaimana mungkin matalamat perjuangan ummat Islam dapat dicapai kalau amalan majority ummat Islam tidak diredhai Allah. Soal berapa peratus dapat ditarek bukan menjadi persoalan pokok. Yang penting kewajipan keatas kita memwujudkan usaha kearah itu. Lihat bagaimana sabda Rasulallah saw: “Solat itu adalah tiang agama, barangsiapa mendirikan solat mereka itulah yang menegakan agama. Dan barangsiapa meningalkan solat mereka itulah meruntuhkan agama” Hadis Riwayat Ibnu Abi Hatim

Teguran dan saranan kepada dasar jemaah tabligh.

Kami sangat menjunjung tinggi usaha jemaah tabligh mentarbiyah ummat Islam mengamalkan ajaran Sunnah Rasulallah saw secara intensif. Dengan penoh semangat untuk membena demi semata-mata kepentingan agama kerana Allah, dan dengan segala rendah hati disini kami ingin menarik perhatian para tokoh pimpinan jemaah kita (tabligh) bahawa Sunnah Rasul yang kita junjung selama ini adalah merupakan seluruh budaya atau cara hidup Rasulallah saw dari mula ia diangkat menjadi Rasul hingga wafatnya, jangka masa selama lebeh kurang 25 tahun.

Hampir keseluruhan tertib perkembangan Sunnah itu adalah dibawah bimbingan dan perentah wahyu yang diturunkan Allah berperengkat-perengkat sahingga ayat terakhir diterima oleh Rasulallah 80 hari menjelang kewafatanya. Apa yang dilakukan oleh Rasulallah saw selama 25 tahun itu, ialah bermula dari berdakwah saorang diri memperkenalkan Islam di Makkah sahingga Islam disempurnakan Allah sebagai agama yang unggul memerentah dunia dengan syari’at Islam. Fiman Allah: “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan Ku cukupkan kepadamu nikmatKu. Dan telah Ku redhai Islam sebagai agama bagimu”. Al-Maidah ayat3.

Ini adalah fakta mutlaq dari sejarah sirah. Tiada makhluk yang berhak dan yang mampu mengubahnya. Ia berlaku demikian kerana ketentuan dari Allah. Oleh itu sayugia jemaah tabligh yang mendokong cita-cita yang sangat luhur lagi murni menilai berpandu kayu ukur tertib missi kerasulan 7 prinsip, sejauh mana usaha kita dalam menjunjung As-Sunnah sepanjang tempoh 25 tahun itu. Sekiranya kita, (Tabligh) mendakwa tahap perjuangan kita telah mencakupi seluruh perjalanan Sunnah, tentunya tidak akan ada sebarang makhluk yang bersetuju, kerana hakikatnya memang masih banyak cirri As-Sunnah sepanjang 25 tahun itu yang belum mampu kita menyentuhnya. Perkembangan perjalanan As-Sunnah perlu dicocokan dengan keadaan ummat dan perkembangan issu semasa dengan penoh ikhlas demi semata-mata kerana agama Allah, jika tidak pasti kita akan menemui jalan buntu dihujungnya disebabkan perbezaan suasana yang wujud.

Alasan syara’ie untuk Allah.

Perentah wahyu yang dijadikan oleh Rasulallah saw sebagai panduan berperengkat-perengkat itu telah lengkap sempurna ditangan kita sekarang. (Al-Quran) Semuanya telah menjadi wajib kita patuhi serentak sekali gus. Tidak ada satu pun hukum Al-Quran yang boleh ditangguh atau di KIV dulu.

Sekiranya ada perentah fardhu yang kita belum mampu mengamalkanya, wajib kita pastikan ada alasan syara’ie yang diterima Allah. Disamping memastikan usaha untuk mengamalkanya sedang giat dilakukan, yaitu mengatasi segala rintangan yang wujud, walau dari pehak mana datangnya rintangan itu. Sebagai contoh kita belum mampu mengamalkan hukum Hudud (salah satunya memotong tangan pencuri). Alasan jemaah kita (Pas) “Kita sedang berusaha keras mengesa atau mempengaruhi sikap pemerentah negara ummat Islam supaya sedia menerima Islam sebagai daulah yang syumul, atau menukar dasar pemerentahan negara-negara berkenaan dengan apa cara sekali pun demi untuk mendaulahkan syari’at Islam. Hingga kini masih belum berjaya kerana menerima tentangan keras dan kelemahan jemaah kami sendiri.”



(79)

Alasan ini pada dasarnya boleh diterima. Namun demi untuk peringatan dan renongan kita bersama, kami ingin menarik perhatian para pendokong perjuangan Pas dengan persoalan berikut ini: “Apakah kamu tidak menyedari bahawa cita-cita kamu untuk mendapatkan kuasa pemerentahan bagi mendaulahkan syari’at Allah akan hanya boleh dicapai jika ada pertolongan Allah secara langsung.? Oleh itu dengan keadaan kerohanian (keimanan dan taqwa) jemaah kamu yang lemah apakah kamu harapkan pertolongan Allah akan datang kepada kamu sekarang.? Sewajarnya kita menyoal diri kita sendiri dengan soalan ini, justeru kita sendiri menyedari disudut mana kelemahan kita. Masanya telah tiba kini kita terpaksa mengorak langkah mengatasi kelemahan kita dalam hal tarbiyah kerohanian. Yang paling ideal pada kami sekarang ialah bekerjasama dengan jemaah tabligh.

Walau bagaimana pun jemaah tabligh wajib menyokong dan sama-sama mendokong alasan yang Pas kemukakan itu. Kalau tidak jemaah tabligh wajib mengemukakan alasan lain untuk Allah. Umpamanya. “Kami sedang berusaha keras mentarbiyahkan ‘iman’ kepada seluruh ummat Islam. Oleh sebab ‘iman’ adalah asas segala-galanya, lalu kami ketepikan dulu soal ‘Hudud’ dan politik, sebab Rasulallah pun menyempurnakan syari’at Islam secara berperengkat-perengkat”.

Sekali imbas alasan ini memang munasabah dan boleh juga diterima. Tetapi sebenarnya alasan itu mengundang soalan lain yang tidak terjawab: “Apakah kamu mengangap bila ada usaha dakwah dan iman, hukum wajib yang sudah ada nash dalam Al-Quran boleh dipandang rengan saolah-olah tidak wajib.? Memang benar, Rasulallah saw laksanakan hukum secara berperengkat-perengkat, kerana mengikut perentah wahyu yang diterimanya secara berperengkat jua. Apabila perentah wahyu sudah diterima ia (Rasulallah) serta merta bertindak tanpa mengemukakan sebarang alasan. Hingga saat ini hukum itu tetap wajib tidak pernah dimansuh atau direngankan. Kamu tidak pernah menyebut dan memberi paham hal ini kepada para karkoon. Membuktikan kamu pandang rengan perkara ini. Akibatnya terdapat beberapa karkoon yang jahil tentang Hudud hampir-hampir menjadi murtad kerana menolak hukum hudud dengan lesan secara terang. Semua ini berlaku semata-mata berpunca kamu sangat takut kepada ‘politik’ yang menjadi bahagian penting dalam pekej As Sunnah itu sendiri.

Untuk jemaah kita tabligh sebenarnya tiada pilihan lain kecuali wajib menyokong dan sama-sama mendokong mana-mana jemaah yang berusaha mendaulatkan hukum Allah, walaupun ia tidak memulakanya dengan usaha dakwah, kerana menyedari hakikat kelemahan jemaah kita sendiri. Syaratnya jemaah berkenaan tidak menolak usaha dakwah jemaah tabligh. Kalau mereka menolak, mereka boleh
menjadi fasik. Kita wajib memberi peringatan. Namun apa yang terjadi sekarang adalah sebaliknya. Mereka tidak pernah menolak usaha dakwah kita, tetapi jemaah kita bertindak negative atau sekurang-
kurangnya tidak menyambut baik usaha hendak mendaulatkan hukum Allah kerana alasan: Mereka tidak mula dengan dakwah. Disamping juga menjaga popularity yang ditakuti merosot apabila menyokong jemaah lain, walaupun untuk kepentingan agama Allah. Lalu kita guna alasan ‘Allah belum beri paham’. Kami pandang kejadian ini sangatlah tidak wajar.

Oleh sebab itu sekiranya jemaah tabligh hendak mengantungkan (tiada gerak kehadapan) usaha dakwahnya dengan alasan ‘Tidak dapat memahami hakikat dakwah Rasulallah, atau kerana alasan ‘Allah belum beri paham’. Adalah dikhuatiri ia sebagai tanda mula tertsasar jalan yang berbelit-belit tidak terjumpa penghujungnya.

Betapa perlunya menghayati tertib perjalanan Sunnah.

Kesimpulanya, untuk menjunjung As-Sunnah wajiblah kita memahami Sunnah. Sebelum kami mendekati jemaah tabligh dan Pas, kami tidak pernah diperkenalkan dengan apa yang dikatakan Sunnah itu. Selepas kami mendengar ‘Sunnah’ dari Pas dan tabligh kami tidak paham apakah hakikat Sunnah itu, sebab terdapat berbagai bentuk jemaah yang berlainan semuanya mendakwa menjunjung Sunnah. Hanya selepas mengkaji teliti tertib perjalanan As-Sunnah, barulah kami memahami hakikat Sunnah sebenarnya. Dan kami yakin Pas dan tabligh pun kurang paham hakikat Sunnah itu jika tidak meneliti tertib perjalanan As-Sunnah. Buktinya hubungan antara kedua jemaah sekarang bercangah dengan ketentuan syarak.
(80)



Jemaah penegak Sunnah, tapi tidak paham Sunnah. Natijahnya tentu tidak baik. Yang pasti, mendatangkan sifat sombong kerana merasa dirinya sendiri sudah cukup Sunnah. Sedangkan ia merasakan kerja ke-Rasulan Nabi tidak sempurna kerana ummatnya tidak dapat memahami hakikat dakwah yang dibawanya. Dan kemudian mendakwa Allah yang tidak memberi paham. Sila semak firman ini: “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang yang berbuat baik” Surah Al-Ankabuut 69.

Sebenarnya jemaah kita (tabligh) berhasrat meniru amalan Sunnah secara keseluruhanya. Segala ciri-ciri penigalan Rasulallah saw hendak dijadikan budaya hidup seluruh ummat Islam samada dari segi percakapan dan perbuatanya. Namun hakikatnya tidak semua ciri Sunnah, khusunya bidang dakwah dan politik dapat ditiru secara utuh, (asli sepenohnya) justeru keadaan ummat dan masarakat serta inviromen dan politik yang sangat jauh berbeza berbanding zaman hayat baginda Rasulallah saw. Lebeh-lebeh lagi kerana jemaah kita mengangap dakwah itu misti dilakukan dengan cara mujahadah kaluar 3 hari 40 hari dan 4 bulan. Sedangkan pengertian dakwah yang kita pahami mengikut istilah Melayu ialah ‘menyampaikan ilmu Islam dan mengajak beramal denganya’ tak kira walau dengan apa cara sekali pun ilmu itu disampaikan. Kelebihan dakwah jemaah tabligh ialah kerana menyampaikanya sekali gus dengan pengorbanan harta, masa, dan tenaga, yang menjelmakan ciri tarbiyah kerohanian. Jemaah lain hampir tiada langsung melakukan tarbiyah serupa itu.


Kita berdepan dengan keadaan waq’ik hari ini.

Perbezaan yang sangat menyukarkan ialah, Rasulallah berdakwah berdepan dengan puak kafir menyembah berhala, kaum menafiq dan ahli kitab yang menyeleweng. Sesiapa yang taat ikut Rasulallah saw, mereka itu adalah Islam dan beriman, begitulah sebaliknya yang ingkar, ia kafir. Sebab itu zaman Abu Bakr sidiq, ia bertindak drastic, memerangai orang Islam yang ingkar walau pun hanya satu hukum Allah. Dizaman kita hari ini, kita berdakwah rata-rata dikalangan masarakat yang sudah Islam. Ada yang menolak mentah-mentah dakwah kita, ada yang menerima sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Ada yang menerima pada zahirnya dan menolak hakikatnya, yaitulah golongan munafiq. Yang paham As-Sunnah dan terus menerima secara terbuka hanya segelintir. (rujuk Bab 5 ‘Majoriti ummat Islam Nusantara’) Oleh itu kita sangat memerlukan petunjuk jalan yang lurus, sebab tidak dapat berpandu kepada contoh Sunnah secara mutlaq. Ini secocok dengan perentah Allah memwajibkan kita meminta tujuk jalan yang lurus setiap kali menunaikan solat. (rujuk Al-Fatheha ayat 6).

Diseluruh dunia sebenarnya kita berdepan dengan masarakat Islam yang sudah ada kuasa pemerentahan. Yang sudah ada kekuatan ekonomi. Yang sudah ada institiusi pendidikan agama, dan sudah mempunyai ramai ulama, termasuk ulama us-syuk, yangmana rata-rata mereka menentang usaha dakwah kita samada secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu bagaimana mungkin kita hendak mendakwahi mereka berpandu contoh Sunnah secara utuh, (asli sepenohnya) sebab dizaman Rasulallah saw golongan ini belum wujud.

Rasulallah saw pun pernah bersabda memberi peringatan kepada kita bahawa pada akhir zaman nanti (zaman kita ini) akan wujud ulama us-syuk (ulama jahat) yang menjual agama dengan wang yang sedikit, (maksud Hadis) Sudah tentu dizaman Rasulallah bersabda begitu ulama us-syuk belum wujud. Sebab memang belum ada orang Islam yang menjadi ulama pada waktu itu kecuali Rasulallah dan para sahabatnya sendiri. Selain itu yang boleh diangap ulama ialah pendeta Nasrani dan Yahudi, yang kepada mereka sudah terang Allah melaknatnya kerana menolak keRasulan Nabi Muhammad saw. Dan mengubah ayat Allah dengan tanganya sendiri. Kepada ulama us-syuk, bagaimana cara kita menghadapinya hari ini.? Mintalah kepada Allah petunjuk jalan yang lurus. Dan tentunya jalan yang lurus itu tidak semuanya sama kerana bergantung kepada keadaan dan tempat.

(81)







Oleh sebab tiada terdapat sebarang contoh Sunnah samada perbuatan atau percakapan dalam menghadapi golongan yang sudah Islam ini, jemaah kita (tabligh) memilih jalan berlembut, seperti berdakwah kepada golognan kafir penyembah berhala. Kita sampaikan dakwah kepada mereka dengan penoh sabar, kita jaga maruah mereka, tidak menegur secara terbuka terhadap kemungkaran yang mereka lakukan walaupun kemungkaranya menyesatkan rakyat, dengan harapan lambat laun Allah akan bukakan hidayah untuk mereka, walaupun sebelum dapat hidayah ia sempat membuat kerosakan besar kepada rakyat. Seperti apa yang sudah berlaku hari ini. Rakyat digesa menerima Islam Hadhari (kesesatan)

Sudah berpuluh tahun kita lakukan cara berlembut itu, hingga saat ini tiada saorang pun golongan mereka yang berkuasa mendekati jemaah kita. Manakala cara Pas pula menegur mereka dengan tegas dan lantang hingga berdepan dengan risiko ditangkap dan dipenjarakan. Kedua-dua jemaah sebenarnya tiada hak mendakwa cara mereka yang paling tepat pada Sunnah. Pada pendapat kami kedua-duanya sesuai mengikut keadaan situasi dan individu yang kita dakwahi. Tiada hak salah menyalah atara satu sama lain.

Apa yang terjadi pada hari ini, antara Pas dan Tabligh bertelingkah dalam hal ini, kerana kedua-dua jemaah berpendapat tindakan jemaah saingan mereka sebagai penganggu program. Sedangkan kedua-dua nya tidak berpandu contoh Sunnah dalam mendakwahi masarakat yang sudah Islam. Mungkin qias yang boleh diambil: Rasulallah sangat berlembut kepada orang yang didakwahinya walaupun orang itu
sangat memusuhinya. Akhirnya orang yang memusuhi itu masuk Islam kerana sikap baginda yang begitu lunak. Namun Rasulallah saw juga pernah menegur dengan tegas dan lantang pendeta (ulama) Nasrani dan Yahudi dengan ayat-ayat Al-Quran, dan Rasulallah pernah memerentahkan berhenti mendakwahi orang Yahudi kerana sudah terang mereka engan menerima keRasulan Nabi Muhammad bukan kerana mereka tidak paham, tapi semata-mata kerana hasad dan dengki terhadap Nabi.

Walau bagaimana pun kepada mereka kita mudah memutuskan, kerana sudah terang mereka golongan yang dilaknat Allah. Inilah letaknya perbezaan dengan golongan Islam yang menolak dakwah hari ini. Mereka mungkin tidak dilaknat seperti Yahudi dan Nasrani. Tetapi yang jelas mereka bersikap tunduk dan patuh sesetengahnya sangup menjadi talibarut kepada tunggak kerajaan Yahudi dan Nasrani (Amerika, Britain dan Israel) yang sudah terang-terang memusuhi Islam seperti dijelas dalam Al-Quran dan Hadis Nabi. Lihat Al-Baqarah 120.

Bagi ummat Islam, yang sepatutnya menjadi tunggak kerajaan Islam didunia ialah negara warisan Rasulallah dan sahabat baginda iaitu Arab Saudi, Masir, Turkey, Iraq (sudah dihancurkan oleh Amerika kerana Sadam Husain) Jordan dan lain-lain. Pemerentah negara-negara ini semua masih lena dibawah
buwaian Amerika dan Britain kecuali Iran yang menganut pahaman Syiah. Sampai bila negera-negara tunggak Islam ini tidur lena, sama-samalah kita lihat. Bagaimana pun telah ada golongan rakyat Islam yang bangun mahu mendaulatkan Islam dinegara masing-masing berani mencabar Amerika dan Britain semata-mata semangat membesarkan Allah dan RasulNya. Golongan yang bangun ini sangat memerlukan kerjasama jemaah kita (Tabligh) dan gerakkan Islam diseluruh dunia.

Kami anjurkan sebaik-baiknya kedua-dua ulama dari Tabligh dan Pas bertemu dan bermusyawarah mengambil keputusan yang bersepadu pada perkara-perkara yang tiada contoh Sunnah ini, supaya tindakkan kita mendapat lebeh rahmat Allah dalam usaha dakwah kita sama-sama menjunjung semula martabat Islam. Mulai hari ini elakan persengketaan tuduh menuduh semata-mata kerana membela pahaman masing-masing


(82)

Kesilapan yang perlu segera diperbetulkan.

Kami tidak menaruh sebarang keraguan bahawa cara (starting) permulaan jemaah tabligh adalah betul dan tepat mengikut kayu ukur missi keRasulan yang mutlaq, tetapi tidak secara sengaja. Ini dikuatkan lagi dengan ijmak ulama warisatul-anbiyak seluruh dunia mengiktiraf bahawa soal amalan menjaga solat fardhu bukan satu soal kecil yang boleh dikesampingkan. Ia adalah sangat penting yang wajib diberi keutamaan sampai hari qiamat.

Oleh itu kami mengenal pasti, justeru luasnya sekop gelangang dakwah jemaah tabligh, ia menjadi begitu padat dengan kegiatan-kegiatan dakwah diseluruh dunia, sahingga menyebabkan jemaah sendiri terlalai program penting yang juga wajib diterapkan dalam tarbiyah para karkoon. Yaitu menganalisa perjalanan Sunnah demi meningkatkan kepahaman ilmu para karkoon. Kerana kesan kelalaian itu sekarang, majority para karkoon sangat kurang memahami masalah aqidah dan politik ummat Islam. Akibatnya perjuangan dakwah jemaah tabligh sekarang ini hampir menghadapi jalan buntu.Ini diakui sendiri oleh para Maulana (ulama jemaah tabligh) Katanya: “Hanya Rasulallah saw dan para nabi sendiri yang paham hakikat dakwah yang dibawa oleh Rasulallah. Kepada kita, Allah belum beri paham”. Kenyataan ini menimbulkan persoalan yang tidak terjawab: Rasulallah diturunkan untuk siapa.? Kalau kita jemaah yang menjunjung usaha dakwah Nabi Allah tidak beri paham. Siapa yang Allah beri paham.? Sila rujuk Al-Quran Al-Ankabut 69. Kalau sebab niat tidak bersih. Niat siapa yang tidak bersih.?

Walaupun setelah hampir 100 tahun usaha dakwah jemaah tabligh masih jauh dari matalamatnya, namun pencapaian dakwah jemaah tabligh masih kami angap sebagai taraf terbaik berbanding dengan jemaah lain, kerana pengorbanan dan taraf keikhlasan yang tinggi. Jika niat tercampur sedikit saja kepentingan dunia, maka dakwahnya menjadi tidak berkesan. Namun contoh Sunnah Rasulallah saw menunjukan bahawa dari mula Nabi berdakwah saorang diri yang menghadapi tentangan sengit dari bani Quraisy (penguasa kaabah di Makkah) sahingga Nabi menjadi Amirul-Mukminin berkuasa penoh dinegera Islam
Madinah dan Makkah hanya mengambil masa lebeh kurang selama 25 tahun. Sedangkan sahingga hari ini stelah hampir 100 tahun jemaah kita masih belum bersedia berdepan dengan sebarang tentangan. “Sesungguhnya dakwah yang tidak berdepan dengan sebarang tentangan bukanlah ciri menjunjung Sunnah Rasul” Kata pendapat sesetengah ulama.

Artinya jelas sekali beberapa aspek Sunnah Rasul tidak dapat dicontohi oleh jemaah tabligh, kerana perbezaan inveroman dan situasi politik yang tidak dapat samasekali disamakan dengan zaman ini. Apatah lagi hampir seluruh tindakan Rasulallah mengikut perkembangan perentah wahyu. Sedangkan dizaman kita hari ini wahyu dan Sunnah Rasul sudah lengkap sempurna ditangan kita yang sudah menjadi wajib kita junjung kesemuanya sekali gus. Sebab itulah Allah perentahkan orang beriman sentiasa memohon petunjuk jalan yang lurus (Al-Fatheha 6) walaupun sudah ada Al-Quran dan Hadis ditangan kita. Oleh itu, kelambatan dakwah kita sebenarnya adalah disebabkan kegagalan kita menilai perjalanan Sunnah Rasul secara hakiki, yang menyebabkan tenaga da’ie berpecah belah gagal disatukan atau diseregamkan. Yaitu bermula mengenal pasti tertib missi ke Rasulan yang telah diamanahkan Allah kepada baginda selama lebeh kurang 25 tahun. Perbuatan jemaah tabligh menjauhkan diri dari politik adalah satu kesilapan besar kerana terkeluar dari tertib As-Sunnah.


DASAR PERJUANGAN DAN GERAKKERJA PAS.

1. Pas memandang majority pendudok negara-negara ummat Islam seperti Indonesia, Malaysia dan lain-lain adalah beragama Islam, maka demi untuk mengembalikan keungulan martabat Islam, ummat Islam mistilah kembali menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam secara keseluruhan dengan cara mendaulahkan seluruh syariat Islam sebagai peraturan negara. Untuk mencapainya sudah tentu menerusi pendekatan politik. Sememangnya Pas itu sendiri ditubuhkan sebagai jemaah politik untuk menangani urusan politik dan mentarbiyah ummat Islam kepada kepahaman politik yang secocok dengan aqidah Islam.
(83)



2. Permasaalahan ummat Islam yang melanda diseluruh dunia hari ini, seperti masaalah akhlak, masaalah kelemahan ibadah, masaalah kemiskinan ekonomi, masaalah amalan Sunnah dan bid’ah, maasalah kurafat, masaalah tarbiyah dan berbagai macam lagi. Semua itu akan mudah dapat diatasi apabila di perengkat negara sudah mendaulahkan dan melaksanankan syari’at Allah secara syumul yang dipimpin oleh ulama-ulama yang benar-benar diiktiraf sebagai ‘Warisatul-Anbiyak’.

3. Langkah perengkat permulaan untuk mencapai cita-cita itu ialah dengan mengajak dan mengesa pehak yang berkuasa yang sudah memegang tampuk pemerentahan negara-negara ummat Islam diseluruh dunia agar kembali menjunjung peraturan syari’at Islam yang tulin dari Al-Quran dan Sunnah Rasul. Namun hingga hari ini tidak terdapat satu pun penguasa negara-negara berkenaan yang sangup benar-
benar menjunjung Islam secara total termasok Arab Saudi, Masir, Yaman dan Iraq, yang telah menjadi negara warisan secara langsung daripada Rasulallah saw dan Khalifatur-Rasyidin, semata-mata kerana penyakit hubbud dunia yang kental.

Ulasan dan penjelasan.

Oleh sebab selama ini tiada kayu ukur untuk menilai status perjuangan menegakan As-Sunnah, maka pendokong Pas meletakan kerja menegakan daulah Islam yang paling utama dalam menjunjung semula martabat Islam. Pas percaya kekuatan daulah Islam yang mengatur pemerentahan Negara dapat mengatasi segala masaalah ummat. Disini kita nampak sedikit khilaf dengan jemaah tabligh. Akibatnya kedua-dua jemaah saolah-olah terpisah tiada sebarang kepentingan antara satu sama lain. Sedangkan pada hakikat syaraknya mereka adalah satu jemaah yang wajib berganding bahu demi semata-mata menjunjung perentah Allah. Namun begitu pada lojiknya dasar pendekatan Pas adalah benar, tetapi apabila diukur dengan standard As-Sunnah yang kita rumuskan, kita dapat lihat kesilapan dan kelemahan yang Pas lakukan.

Oleh sebab sahingga hari ini tiada tunggak negara ummat Islam yang sangup dan mampu mendaulatkan syari’at Islam secara total. Maka dengan itu peluang untuk dapat menguasai pemerentahan negara secara aman hanya tinggal satu saja. Yaitu menerusi system politik demokrasi, (rujuk bab12 memahami politik Islam dan hubunganya dengan demokrasi). Pada prinsipnya ia tidak bercangah dengan Islam. Sungguh pun contoh Sunnah menunjukan bahawa menukar kuasa pemerentahan dari tangan kuffar kepada Islam hanya dengan cara dakwah dan jihad militant, kerana pada waktu itu belum wujud istilah ‘Demokrasi’. Dan Islam itu sendiri mengharamkan cara kekerasan, (pertumpahan darah) sekiranya jalan damai secara dakwah dan politik masih terbuka. Yaitu mengajak dan menyampaikan peringatan secara berlembut dan tegas supaya tunduk kepada syari’at Islam. Namun sejauh ini mereka tidak bersedia menerima peringatan dan dakwah kita, sebaliknya mencabar kita supaya mengambil alih kekuasaan menerusi system politik demokrasi. Adapun cara ‘jihad militan’ hanya dihalalkan syarak apabila cara damai dengan politik (rundingan) sudah tertutup.

Ijmak jumhur ulama seluruh dunia menghalalkan melalui kaedah pungutan suara demokrasi untuk menegakan pemerentahan Islam. Dalam Islam sendiri pernah berlaku kaedah pungutan suara untuk memutuskan mengangkat ketua negara. Sejarah pemilihan Usman Affan mengantikan Umar Ibnu Khattab telah diputuskan apabila Umar Ibnu Khattab (Amirul-Mukminin yang memerentah pada waktu itu) membentuk satu panel jawatan kuasa meninjau suara seluruh ketua-ketua keluarga dan kabilah, samada mereka memilih Usman Affan atau Ali bin Abi Talib. Sebab sebahagian rakyat Islam pada waktu itu mengkehendaki Ali bin Abi Talib mengantikan Umar. Maka keputusan yang diperolehinya mengangkat Usman Affan mengikut pilihan majority suara walau pun tidak secara mengunakan keretas undi.

Oleh itu dari segi memutuskan individu pemimpin negara memang tiada percangahan antara Islam dengan demokrasi. Tetapi dalam pemerentahan Islam system demokrasi tidak terus menerus digunapakai untuk memutuskan sesuatu permasaalahan rakyat, kerana selagi terdapat hukum nash Al-Quran dan Hadis Nabi keputusan suara mejoriti tidak diperlukan, sebab Nash Al-Quran dan Hadis Nabi tidak boleh
(84)



dicabar dengan peraturan akal maanusia. Artinya kaedah demokrasi hanya digunapakai kepada hal-hal yang tiada nash. Hal ini tidak menjadi masaalah, kerana apabila ulama Warisatul-Anbiyak sudah memegang kuasa pemerentahan negara, mereka paham akan tangungjawabnya memegang amanah disisi Allah meletakan Allah dan Rasul mengatasi segala-galanya. Bukanya meletakan Islam dibawah demokrasi.
Berbeza dengan pemerentahan yang dikuasai golongan Islam secular pada hari ini. Mereka meletakan suara majority sebagai suara keramat untuk memutuskan segala sesuatu walaupun bercangah dengan nash. Demi untuk memelihara kepentingan dunia, mereka sangup membakul sampahkan hukum-hukum nash yang sudah diputuskan Allah dan RasulNya. Dinegara kita sendiri banyak contoh perlangaran serupa itu, khususnya hokum-hukum jinayat. Mengenai pencuri, judi, minuman keras, hukum mengenai perbuatan zina, hukum mengenai riba,’ dan banyak lagi. Semuanya mempunyai nash yang qotte’i, dengan mudah diketepikan oleh mereka. Itulah pentingnya supaya pehak yang berkuasa pemerentah ditukar kepada ulama Warisatul-Anbiyak. Yaitu cita-cita yang didokong oleh seluruh jemaah Islam termasuk jemaah tabligh. Menerusi system pemilihan suara demokrasi adalah satu-satunya yang dihalalkan oleh Islam.

Jawapan kepada kritikan tabligh terhadap dasar Pas.

Sampai pada perengkat ini saorang burzruk membalas hujjah: “Pada masa Usman Affan dan Ali bin Abi Talib dicalunkan untuk mengetuai negara Islam, kedua-dua mereka tidak pernah menonjolkan dirinya sendiri meminta untuk dipilih. Semata-mata mereka menyerah keputusan kepada pandangan rakyat. Sangat berbeza dalam pilihanraya pada hari ini, semua calun termasuk calun parti Islam berkempen menonjolkan diri habis-habisan. Perbuatan ini terang-terang ditegah syarak sahingga sampai pada taraf ‘haram’.

Maka jawab kami: “Benar……Memang terdapat sebuah hadis yang sahih Rasulallah saw melarang keras perbuatan sahabat meminta dipilih jadi pemimpin. Yaitu dalam kontek pemilihan dalam satu jemaah Islam yang memperjuangkan satu cita-cita menegakan Islam. Memang tidak wajar samasekali calun yang benar-benar beriman menonjolkan diri minta dipilih jadi pemimpin .

Ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku hari ini. Calun-calun yang bertanding adalah terdiri dari dua kompolan yang berkonfrontasi. Satu calun yang benar-benar mendokong cita-cita Islam, berhasrat mendaulatkan seluruh syari’at Allah dimuka bumi yang direstui olah Pas dan jemaah tabligh. Manakala calun yang satu lagi mendokong cita-cita dunia dan menolak Islam sebagai satu cara hidup yang syumul. Walaupun ia mendakwa beragama Islam, mereka sangup menolak nash hingga sangup memwujudkan satu ciri bid’ah yang sangat berat yaitu mengubah Islam dengan nama ‘Islam Hadhari’.

Dalam keadaan ini, adalah menjadi wajib kita menghebahkan kepada rakyat yang akan menjadi pengundi (pemilih) supaya tidak terpengaruh dengan dak’iyah kesesatan yang ditaja oleh jemaah (parti) yang menolak Islam. (Umno) Ini adalah satu ciri mencegah/menegur kemungkaran yang wajib kita amalkan mengikut tuntutan syarak. Untuk membuktikan kebenaran, kita (Pas) berulang kali cabar mereka berhujah berdepan dengan kita dihadapan mata rakyat. Yaitu mengadakan debat terbuka. (Rasulallah pernah berdebat dengan pendeta Yahudi dan Nasrani: Sila semak sirah Rasulallah) Tetapi sahingga hari ini Umno tidak pernah berani menyahut cabaran kita. Ini menunjukan ia ‘takut kerana salah’.

Bukan saja mereka tidak berani berdebat, bahkan mereka bertindak zalim menyekat kebebasan kita untuk menyampaikan kepada rakyat. Surat-surat khabar arus perdana termasuk Radio dan TV kepunyaan negara semua dikuasainya, pehak kita tidak dibenarkan menyentuh. Surat khabar kita tidak diberi permit, hanya dihadkan untuk ahli sahaja (tidak boleh dijual secara bebas). Kita berceramah pada orang ramai mereka bertindak dengan sangat zalim. Memerentahkan polis mengepung dan bertindak kasar terhadap kita. Sahingga kaperengkat sangup meruntuhkan surau dan masjid hanya kerana semata-mata dijadikan tempat ulama Pas menyampaikan ilmu kepada masarakat setempat.

(85)

Dinegara kita jemaah tabligh tidak pernah disekat kerana ia membawa uslup dakwah perengkat awalan yang belum menyentuh soal politik, yaitu sebagaimana Rasulallah berdakwah di Makkah semasa wahyu masih diperengkat awal diturunkan. Sekarang wahyu sudah lengkap sempurna ditangan kita. Pun begitu Rasulallah saw telah menerima tentangan dari perengkat awal ia berdakwah, tidak seperti jemaah kita sentiasa berhadapan dengan suasana aman kerana selama ini kita hanya memperkenalkan kalimah tauheed sahaja. Tuntutan kalimah itu yang sangat luas merangkumi segala aspek kehidupan maknusia masih belum mampu dibentangkan oleh jemaah tabligh kepada masarakat Islam. Dan sahingga hari ini kita maseh sentiasa mengelakan diri dari takaza menyempurnakan tuntutan kalimah syahadah.

Inilah sebenarnya kejadian yang saolah-olah calun kita menonjolkan diri minta dipilih, motifnya semata-mata untuk mengembalikan keungulan martabat Islam, sebab calun lawan kita dari golonagan yang menentang Islam. Fenomena yang wujud samasekali tidak boleh disamakan dengan sejarah pemilihan Usman Affan dan Ali bin Abi Talib yang kedua-duanya datang dari jemaah yang sama dan mendokong cita-cita Islam yang sama. Kita lakukan itu semua dengan ikhlas untuk menukar pemimpin kepada ulama Warisatul-Anbiyak semata-mata kerana Allah. Yang dibenarkan oleh system demokrasi dan kaedah syarak kerana kita adalah golongan yang dizalimi. Tiada sedikit pun atas niat kepentingan dunia. Ini disokong oleh firman Allah: “Allah tidak suka ucapan buruk terus terang kepada sesaorang kecuali dari orang-orang yang dianiaya dan dizalimi oleh orang-orang yang melakukan kezaliman. Allah adalah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui” An-Nisyak 148. Siapakah yang dimaksudkan zalim mengikut pandangan syarak.? Firman Allah swt …….”Dan barangsiapa tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang yang ‘zalim’ Surah Al-Maidah ayat 45.

Menonjolkan kesimpulan akal semata-mata tanpa analisa ilmu.

Kemudian burzruk berkenaan menyambung hujjah: “Sebagaimana contoh Sunnah pada masa awal berdakwah. Rasulallah saw hanya menyampaikan kalimah tauheed, yaitu mengajak orang beriman kepada Allah. Walaupun kemungkaran banyak berlaku pada masa itu, Rasulallah tidak menegur sebab ummat Islam pada masa itu masih begitu lemah. Apa yang dilakukan oleh Nabi pada waktu itu terus berdakwah untuk meramaikan dan meneguhkan pendirian ummat Islam dengan Iman yang tulin. Apa bezanya dizaman ini, Ummat Islam lebeh lemah berbanding zaman Rasulallah mula berdakwah. Adapun perentah Nabi yang mneyuruh kita mencegah kemungkaran, kita akan amalkan apabila Allah swt sudah datangkan pemimpin bagi ummat Islam, yaitu Imam Mahadi, sebagaiamana janji Allah dalam hadis Qudsi”.

Maka jawab kami: “Sejauh ini kami belum pernah terjumpa sebarang nash yang mengatakan bahawa perbuatan mencegah dan menegur kemungkaran hanya boleh dilakukan apabila Allah sudah datangkan Imam Mahadi selaku pemimpin ummat Islam. Kami beriman kepada hadis tentang kedatangan Imam Mahadi, tetapi dimana-mana tafsir pun kami belum pernah terjumpa yang mengatakan demikian. Jika tuan ada terjumpa tolong beri tahu kami supaya kita boleh kemukakan persoalan ini kepada ulama yang lebeh tinggi”.

Dengan jawapan itu burzruk berkenaan berdiam diri, tidak menyambung hujjah. Kalaulah sahih sebagaimana hujjah burzruk berkenaan, ini berarti segala firman dan hadis-hadis nabi yang menyuruh ummat Islam hari ini mencegah kemungkaran bolehlah kita KIV dulu. Biar apapun jenis kemungkaran berlaku didepan mata, kita boleh pejamkan mata sahingga datangnya Imam Mahadhi. Bolehkah kenyataan ini diterima syarak dan akal.?

Walau bagaimana pun memang diakui benar ummat Islam hari ini sangat lemah berdanding semasa hayat baginda Raulallah, namun dalam pada lemah secara keseluruhan, tetap Allah wujudkan individu yang Allah beri taraf ilmu dan iman yang lebeh tinggi. Mereka mampu berdepan dengan risiko yang tinggi dalam hal membela agama, samada dengan hujjah ilmu atau pun jihad Fee Sabilillah. Oleh itu kepada mereka-mereka yang diberi Allah kelebihan tetaplah terpikul tangung jawab mencegah kemungkaran dan memimpin ummat. Samasekali tidak boleh tunggu Imam Mahadi sahaja walaupun bilanganya belum mencapai majority.
(86)



Kami sangat yakin para Maulana (ulama jemaah kita) tidak ada yang berpegang dengan semata-mata tafsiran akal yang demikian itu. Ada kemungkinan belum sampai kapengetahuan para Maulana ada burzruk yang berpegang dengan tafsiran akal cetek itu. Atau mungkin telah sampai kepengetahuan para Maulana, tetapi para Maulana tidak mampu menegur kerana sangat bimbang dengan pengaruh politik meresap dalam jemaah. Bolehkah para Maulana membiarkan kebathilan menguasai pemikiran para karkoon hanya kerana takutkan pengaruh politik. ? Kalau demikian halnya kami rasa ini adalah salah satu ciri kelalaian besar dalam tarbiyah ilmu jemaah kita (tabligh) yang sangat perlu diberi perhatian segera kerana ia menyentuh aqidah yang sangat bahaya.



Teguran kepada dasar tarbiyah Pas.

Begitu juga apa yang berlaku dalam Pas. Pas sentiasa sebuk dengan program politik dan dakwah (memberi kesedaran ummat Islam tentang pentingnya wujud pemerentahan negera Islam yang tulin) dan memberi paham ilmu kepada para ahli, sahingga menyebabkan terlalai satu program tarbiyah amalan yang wajib diwujudkan dikalangan aktivis pengerak jemaah. Yaitu kaedah peningkatan rohani menerusi uslup ‘dakwah dan menjaga solat’. Bunyinya mudah sekali, sebab kita memang sudah biasa menunaikan
solat saban hari. Namun untuk menjaga setiap kali laungan azan bergegas kamasjid, pemimpin pun ramai yang belum mampu. Sedang itu adalah sahih sebagai ciri tarbiyah Rasulallah saw kepada para sahabatnya semenjak berhijrah ka Madinah. (sila semak semula hadis-hadis mengenai kewajipan solat berjemaah dalam Bab 2) Rupanya memang terkandung hikmah yang sangat besar. Ia mencabar keagungan Allah dalam jiwa kita setiap kali terdengar azan. Itulah sebabnya kelemahan menjaga solat fardhu menyebabkan kelamahan rohani dan keikhlasan yang sering mendatangkan kerumitan kepada jemaah.

Seperti juga jemaah tabligh, jemaah-jemaah gerakkan Islam seperti Pas ini sudah wujud sejak 70 atau 80 tahun bermula di Masir. Sahingga hari ini maseh belum berjaya menubuhkan satu pun negara Islam yang tulin diseluruh dunia. Bukan kerana tidak mendapat sokongan suara majority rakyat Disetengah tempat yang sudah mendapat dokongan majority suara rakyat tetapi masih gagal kerana disebabkan ganguan luar negara dan masalah dalaman jemaah itu sendiri.

Negara-negara kuffar Nasrani yang dilaknat Allah, yang mendakwa sebagai juara pendokong lunas demokrasi, (Amerika dan Britain) dengan dibantu talibarut yang beragama Islam telah berpaling tadah mengkhianati demokrasi apabila jemaah Islam memenangi sokongan suara majority rakyat, sebagaimana yang telah berlaku di Algeria, Turkey, Sudan, di Pelastain dan di Malaysia juga. Disamping masaalah dalaman jemaah itu sendiri yang disebabkan kelemahan rohani banyak juga menyumbang kepada kegagalan itu. Kita jemaah Islam wajib belajar dari pengalaman mereka dan membetulkan segala kesilapan. Salah satu ciri mengatasinya ialah bekerjasama bahu membahu dengan jemaah tabligh yang subur dengan tarbiyah meningkatkan amalan kerohanian dan keikhlasan menerusi usaha dakwah yang menjadi titik permulaan kepada gagasan politik ummat Islam.


DASAR ATAU POLISI DAKWAH DAN TARBIYAH JEMAAH TABLIGH.

Dasar dakwah dan tarbiyah jemaah tabligh menekankan beberapa perkara sebagai berikut:-

1. Mendidik ummat Islam supaya meletakan kalimah tauheed ‘Laa-illah-Haa-illallaah’ sebagai kalimah yang terunggul, dan memandang tinggi setiap individu yang sudah ada kalimah tauheed (menganut Islam) Hak-hak orang yang ada kalimah tauheed dititikberatkan berdasarkan kan maksud hadis: “Saorang yang sudah ada kalimah tauheed adalah lebeh baik dari seluruh orang kafir dimuka bumi”

(87)

2. Mendidik ummat Islam supaya berfikir betapa pentingnya nilai ‘Iman’ demi untuk mencapai
matalamat keselamatan yang hakiki didunia dan akhirat. Memupuk semangat supaya ghairah mencari atau menguatkan ‘Iman’ berpandu kepada contoh 6 prinsip sifat para sahabat Nabi.

3. Meningkatkan kerohanian ummat Islam dengan amalan membesarkan Allah dan Rasul menerusi penghayatan konsep ‘Allah berkuasa makhluk tiada kuasa’ dan pengorbanan menjunjung amalan Sunnah serta nilai ganjaran pahala. (khususnya dalam usaha berdakwah)

4. Mendidik ummat Islam supaya menghayati bahawa untuk mengusahakan ‘Iman’ hendaklah
berkorban tiga unsur serentak sekali gus. Yaitu korban harta, masa, dan tenaga. Semata- mata untuk usaha dakwah, dengan cara menyertai program mujahadah keluar 3 hari, 40 hari, dan setahun.



Ulasan dan teguran kepada dasar polisi dakwah tabligh.

Sememangnya ‘Iman’ adalah satu perkara asas yang sangat mustahak diusahakan. Ia wajib bermula dari menghayati kalimah tauheed (dua kalimah syahadah). Hanya dengan ‘Iman’ umat maanusia dapat mencapai kesejehteraan yang hakiki dunia dan akhirat. Sebenarnya hakikat ini diakui oleh seluruh ulama, namun kami nampak selama ini usaha untuk menjelmakan iman hampir tidak pernah diberi perhatian sebelum kedatangan jemaah tabligh, kerana sebelum ini rata-rata ummat Islam berangapan “Semua orang Islam sudah sedia beriman dan menghayati kalimah tauheed”. Maka sebarang usaha untuk meningkatkan iman tidak perlu difikirkan. Angapan ini sebenarnya sangat meleset.

Jemaah kita (tabligh) tidak nampak sebarang alternative melainkan tarbiyah menjurus kepada mengusahakan ‘iman’ menerusi kegiatan dakwah, kerana ia menepati Sunnah Rasulallah saw. Sebab tanpa ‘Iman’ segala-galanya menjadi sia-sia disisi Allah. Ini kerana jemaah tabligh bersandar kepada hadis “Iman sebesar biji sawi yang diterima Allah. Akan Allah sediakan balasan syurga sebesar dunia” Ini dikuatkan sebuah hadis lagi: “Barangsiapa diakhir qalam dapat mengucap ‘Laa-illah-Haaillallah’ (sebelum maut) wajiblah syurga baginya” Hadis riwayat Abu Daud.

Oleh itu peranan dakwah dan tarbiyah jemaah tabligh adalah tertumpu kepada menyeru dan menghayati asas iman dengan cara mencabar ketaatan kita kepada Allah dan RasulNya Ini merangkumi tarbiyah akhlak dan meningkatkan keikhlasan. Terdapat perbezaan dengan kalimah tauheed yang diajar diluar jemaah tabligh dan Pas. Bukan saja tiada cabaran untuk mentaati perentah Allah dan Rasul diperengkat jama’ei, bahkan kemungkinan orang yang mengajar kalimah tauheed itu sendiri pun tidak menghayati atau tidak mampu beraqidah menjunjung tuntutan kalimah tauheed itu. Apatah lagi dizaman ini jemaah yang berhasrat menegakkan tuntutan kalimah syahadah sering berdepan dengan risiko yang tinggi kerana pehak berkuasa yang memerentah negara (Umno) pun tidak menghayati atau engan tunduk kepada tuntutan kalimah tauheed.

Adapun pengertian uacapan kalimah tauheed (ucapan syahadah) ialah bersaksi mengaku ‘Bertuhankan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruhNya. Dengan pengakuan ini adalah wajib bagi pengucap itu mentaati seluruh perentah Allah dan RasulNya, tiada boleh diingakari barang sebesar zarah jua pun. Namun jemaah kita sendiri (Tabligh) sahingga hari ini masih belum mampu memwarwarkan satu gagasan menjunjung syari’at dan As-Sunnah untuk seluruh negara secara total.
Sebab hakikat sebenarnya Sunnah yang diwariskan oleh Nabi kepada kita adalah terlalu besar dan tersangat berat untuk ummat zaman ini.

Oleh sebab itulah sejarah sirah dizaman hayat baginda pun menunjukan orang-orang munafiq tidak mampu berpura-pura taat kepada Allah dan Rasul secara konsistan. Dan sahingga hari ini orang


(88)


yang tidak benar-benar tulin imanya, atau yang semacam orang munafiq juga tidak mampu tunduk kepada Allah dan Rasul serta cuba mengemukakan bermacam-macam alasan dengan mengatakan ‘Tidak sesuai dengan zaman’ atau berusaha mengadakan Islam baru yang diberi nama ‘Hadhari’ dan sebagainya.

Oleh itu kegiatan jemaah tabligh mengusahakan iman adalah secocok dengan keadaan ummat dizaman ini, yaitu untuk dijadikan asas meneruskan usaha menjunjung As-sunnah mengikut ukuran missi keRasulan (standard As-Sunnah) demi untuk menjunjung semula martabat Islam (100% suasana agama: Istilah jemaah tabligh) menerusi usaha dakwah, politik, atau pun jihad feesabilillah. (jihad militant) Tatapi sayangnya hingga saat ini jemaah tabligh sendiri pun masih belum menghayati hakikat yang sedang berdepan dengan kita hari ini. Ini kerana situasi perbezaan ummat dan politik yang menyebabkan khilaf antara jemaah. Akibatnya ialah ‘perpecahan’. Kerjasama tolong menolong untuk kema’arufan yang dianjurkan Allah tidak dapat dijalin, malah menyuburkan nilai sebaliknya yang menjadi kemurkaan Allah pula. Na’uzubillah. (rujuk Al-Quran Al-Maidah ayat 2)


Hasil penghayatan tarbiyah jemaah tabligh.

Melahirkan individu-individu yang tinggi keikhlasanya dan sangat prihatin kepada aspek keselamatan akhirat. Persoalan cukupkah ‘Iman’ yang ada pada kita hari ini untuk mengecap keselamatan akhirat (mendapat syurga) telah dipasakan dalam minda setiap karkoon. Dengan penghayatan itu wujudlah konsep ‘Usaha atas Iman dan Amal’ (UAIA) semata-mata untuk menitikberatkan nilai ‘Iman’ menerusi penghyatan kebesaran Allah dan Rasul, nilai amal salleh, nilai fadhilat ganjaran, meletakan kepentingan dunia dibawah, semuanya demi menuju keredhaan Allah. Semuanya wajib dimulakan dengan korban harta, masa dan tenaga keluar bermujahadah 3 hari, 40 hari dan 4 bulan demi menyahut tuntutan dakwah mengajak masarakat Islam fikir atas iman dan berdakwah, menjaga solat, (memakmurkan masjid/surau) zikir, dan ikram sesama muslimin mengikut ajaran As-Sunnah. Sebab itu jemaah tabligh bermati-matian istiqamah berpegang dengan konsep ‘keluar’.

Tiada siapa pun (orang beriman) yang berani mengatakan uslup tarbiyah jemaah tabligh itu salah. Bahkan tiada terdapat sebarang titik yang boleh disalahkan, walau pun sedikit sebanyak tetap wujud kelemahan disana sini. Namun telah terbukti kekuatan rohani yang diperolehinya mampu mengubah hala tuju pemikiran dan sifat para karkoon (perserta jemaah tabligh) kepada mementingkan ketaatan kepada Allah dan keselamatan akhirat serta keikhlasan yang tinggi.

Anak-anak remaja belasan dan dua puluhan tahun yang lazimnya menjadi penghuni tembuk dengan gitar dan yang mampu membeli motor menjadi Mat rempit telah bertukar menjadi anak muda yang mampu bergegas kamasjid setiap kali terdengar azan. Mampu membaca Al-Quran dan Hadis setiap hari, mampu memberi peringatan tentang akhirat kepada sahabat. Yangmana orang berumur pencen yang sudah berpuluh tahun memegang jawatan AJK Pas kawasan pun tidak mampu mencontohi amalan karkoon tabligh, sedangkan dari segi kepahaman ilmu ia jauh kedepan berbanding dengan karkoon remaja tadi. Ini menunjukan bukti betapa pentingnya ilmu dan amal dipertingkatkan serentak.

Kelemahan semua pehak yang sangat perlu diperhatikan.

Kepada orang-orang beriman, sememangnya perkembangan tarbiyah jemaah tabligh itu dipandang sebagai satu rahmat Allah yang tersangat besar yang mampu menyelsaikan masalah akhlak dan amalan ummat Islam. Tetapi kepada kaum secular dan munafik ia tetap dipandang sebagai mundur kebelakang dan tidak sesuai dengan zaman. Sebab itu tidak terjadi masarakat Islam berduyun-duyun membaiki akhlak dan amal saleh menerusi jemaah tabligh. Sebahagianya didorong oleh nafsu yang menimbulkan rasa ego: “Kita sendiri ada jemaah yang lebeh baik, mengapa harus kita ambil dari jemaah orang lain”. Inilah ucapan AJK Pas kawasan yang tidak mampu memakmurkan masjid sebagaimana karkoon remaja tadi



(89)


Namun begitu saorang sahabat Pas menimbulkan satu persoalan: Kalau sudah betul menepati Sunnah uslub tarbiyah jemaah tabligh dari perengkat awal, mengapa perjuanganya maseh berada pada tahap yang sama setelah hampir 100 tahun menjalankan dakwah dan tarbiyah yang merupakan prinsip As-Sunnah yang terpenting, sedangkan Rasulallah saw hanya mengambil masa lebeh kurang 25 tahun sahaja untuk menyempurnakan seluruh syari’at Islam.?

Para tokoh pimpinan jemaah kita telah memberikan jawapan untuk persoalan ini: “Ia adalah disebabkan kerana taraf pengorbanan para karkoon untuk agama maseh terlalu rendah, belum sampai taraf Allah redha”. Namun kami sendiri tidak dapat menerima jawapan itu. Lalu kami pun membalas hujjah: “Ini sesuai dengan kekuatan tokoh pimpinan jemaah kita yang sahingga kini belum mampu berdepan dengan situasi politik ummat Islam secara langsung. Kalau pemimpin belum mampu, wajarlah kalau karkoon masih rendah. Sebab kedua, oleh kerana perjuangan jemaah tabligh selama ini tidak berpandu tertib piawaian As-Sunnah yang sebenar, maka selama ini ia mengangap; semata-mata dengan usaha dakwah akan dapat menyelsaikan seluruh masaalah ummat Islam. Angapan ini menyebabkan jemaah kita tidak melangkah maju kehadapan dalam menangani masaalah ummat Islam walaupun telah hampir 100% berjaya memakmurkan masjid-masjid seperti yang belaku di Sri Langka.

Sebenarnya kami berpandangan bahawa taraf kekuatan iman ummat Islam khususnya jemaah tabligh diakhir zaman ini telah ditentukan Allah. Usaha kita meningkatkanya menerusi kegiatan mengeluarkan jemaah dakwah (3 hari 40 hari 4 bulan) sudah sampai kaperengkat maximum. Yaitu apa yang sudah terhasil dihadapan mata kita sekarang. Kami yakin untuk peningkatan yang lebeh tinggi, hanya apabila kita mampu menyambut takaza (cabaran agama) yang menanti dihadapan mata. Untuk mencapai taraf iman para sahabat Nabi hanya dengan takaza dakwah, kami yakin ia tidak akan tercapai sampai hari qiamat.

Pada pandangan kami, ini jelas menunjukan bahawa masanya sudah tiba jemaah tabligh perlu memikirkan tahap peningkatan perjuangan (menyahut takaza) dalam hal mengembalikan martabat Islam berpandu kepada tertib perkembangan Sunnah (standard kayu ukur) yang sebenarnya. Sebab sudah sangat jelas sejarah sirah menunjukan semata-mata tumpukan usaha dakwah TIDAK menyelsaikan semua masalah ummat Islam. Selama ini apa yang kami nampak kemajuan jemaah tabligh hanya diukur dengan jumlah berapa banyak jemaah 40 hari, 4 bulan dan setahun dapat dikeluarkan dalam satu jhor (ijtima’)

Apakah tidak disedari bahawa usaha mengeluarkan jemaah itu hanyalah satu program latihan. Ia bukan matalamat halatuju perjuangan jemaah. Walaupun diakui program latihan itu memang sangat penting dan wajib diteruskan. Namun disebalik latihan itu perlu ada cita-cita matalamat yang didokong . Dengan demikian barulah kita dapat memahami hakikat dakwah yang dibawa oleh Rasulallah saw.

Disini kami dapat mengesan satu pahaman yang keliru, khususnya pada jemaah tabligh. Rata-rata mereka mengangap takaza (cabaran) agama selepas dakwah ialah ‘Jihad militan’. Yaitu menghunus senjata. Pahaman begini sebenarnya adalah sangat meleset, disebabkan gagal meneliti perjalanan sirah. Sungguhpun contoh As-Sunnah menunjukan beberapa siri peperangan kerana menegakan agama. Namun jika kita renong peristiwa perjanjian Hudaibiyah, peristiwa rombongan Abdullah bin Juhzi, dan lain-lain peristiwa, ternyata Rasulallah saw sangat tidak mengalakan cara kekerasan senjata. Seboleh-bolehnya pertumpahan darah hendaklah dielakan. Dalam semua peristiwa itu Rasulallah saw mendahulukan cara penyelsaian ‘politik’. Peperangan berlaku hanya apabila gagal dengan cara politik. Oleh sebab itu takaza agama selepas ‘dakwah’ adalah ‘politik’ BUKANYA terus menghunus senjata. (semak BAB 10 Rasulallah berpolitik dengan dalil sirah).



(90)


DASAR ATAU POLISI DAKWAH DAN TARBIYAH PAS.

Dasar dakwah dan terbiyah Pas merangkumi perkara-perkara berikut:-

1. Memperkenalkan As-Sunnah sahingga dihayati oleh seluruh ummat Islam sebagai satu cara
yang tunggal untuk membaikki masarakat dan petunjuk jalan hidup maknusia menuju kepada keselamatan dunia dan akhirat menerusi konsep. ‘Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul’.

2. Menghayati bahawa ‘Islam itu tinggi, tiada lagi yang lebeh tinggi’ (maksud Hadis). Masa-
rakat maknusia sejagat tiada pilihan lain kerana ia akan hanya selamat didunia dan akhirat de
ngan ‘Islam’. Dan mempaparkan bukti kegemilangan Rasulallah saw dan Kalifah Rasyidin pernah memimpin kerajaan Islam memerentah dunia.

3. Mendidik ummat Islam supaya menghayati bahawa kitab Al-Quran adalah sebagai qalam
Allah yang tulin. Tiada sebarang campur tangan maknusia walaupun tangan Rasulallah sendiri sebagai penerima wahyu. Ia wajib dipatuhi dan didaulatkan 100%. Sengaja mengingkari satu titik dalam ayat Al-Quran hukumnya adalah kafir.

4. Menekankan penghayatan nilai ke-Agongan Allah dan RasulNya menerusi kepahaman ilmu
dan semangat jihad menegakkan Islam dan meletakan sumber ilmu dan hukum yang teringgi daripada Allah dan Rasul, lepas itu ijmak ulama dan qias’.

5. Mendidik ummat Islam supaya menghayati aqidah, dan menanam semangat memandang
aqidah adalah sangat penting dipertahan dan dijaga dari terbatal. Bersikap pro-aktif kepada
gejala-gejala yang membatalkan aqidah atau murtad, serta memandang berat individu-individu yang terbatal aqidah kerana pahaman politik yang bercangah dengan aqidah.

Ulasan dan kenyataan.

Kita nampak dasar dakwah dan tarbiyah Pas sangat berkait rapat dengan dasar dakwah dan tarbiyah jemaah tabligh. Ia jelas menunjukan motif untuk mendidik atau meningkatkan kepahaman Islam (agama) yang bersifat secondary kepada seluruh ummat Islam khususnya ahli jemaah sendiri. Sesungguhnya ia memang sangat penting, sebab memang terdapat ramai ummat Islam hari ini yang begitu cetek pengetahuanya tentang agama. Bahkan ucapan kalimah syahadah itu pun tidak dihayati pengertianya.

Ini berlaku kerana pehak yang berkuasa kerajaan Umno sengaja suka melihat rakyat Islam (orang Melayu) tidak menghayati Islam yang sebenar demi menjaga kepentingan politik Umno. (orang Melayu yang tidak paham Islam akan terus menyokong Umno) Lalu ia bertindak menyekat tarbiyah kepahaman Islam kepada rakyat sahingga masjid dan surau sangup diruntuhkan olah Umno semata-mata dijadikan tempat ulama akhirat menyampaikan ilmu kepada masarakat setempat. Memang ada institiut kepahaman Islam ditubuh oleh Umno, tapi pentafsiran Al-Quran dan hadis Nabi dihadkan yang sesuai dengan selera Umno sahaja. Tujuanya untuk mengkelabui mata rakyat.

Dasar dakwah dan tarbiyah Pas digubal untuk memperkenalkan kepada masarakat tentang pengertian Islam yang sebenar, juga tentang pengertian aqidah, tentang apa itu kitab Al-Quran, juga tentang apa itu yang dikatakan Sunnah Rasul. Semuanya menerusi konsep ‘Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul’. (KKAS)

Para pemimpin tertinggi Pas berangapan bahawa konsep KKAS ini sangat secocok diguna sebagai tunggak tarbiyah jemaah demi untuk meningkatkan kepahaman Islam dan menyatukan fikrah

(91)


seluruh ahli dan pemimpin yang menguasai berbagai fikrah kerana latar belakang tarbiyah yang berbeza-beza. Yang selama ini sedikit sebanyak mendatangkan kesan kelesuan kepada jemaah.

Pada dasarnya seluruh ahli Pas menerima sebulat suara konsep KKAS ini. Namun hakikat sebenarnya ramai ahli Pas yang menolak secara diam-diam kerana tidak mampu menerima perubahan drastic tunduk kepada Al-Quran dan Sunnah secara total. Ini disebabkan kerana budaya penghayatan meletakan ulama dan tok guru mengatasi Al-Quran dan Sunnah telah menguasai minda ummat Islam sejak beratus-ratus tahun. Jika dipaksakan juga, ia mengundang konflik yang merumitkan.

Akhirnya konsep KKAS tidak dapat diketengahkan sebagai tunggak tarbiyah Pas secara formal. Walau bagaimanapun secara prinsipnya ahli-ahli Pas menerima hakikat peraturan-peraturan yang termaktub dalam Al-Quran dan Hadis Nabi wajib didaulatkan secara total sebagai peraturan Negara. Artinya ahli-ahli Pas tidak mampu mengamalkan Al-Quran dan Sunnah secara individu, tetapi sangup menerima peraturan-peraturan dari Al-Quran dan Sunnah sebagai peraturan Negara. Ini menunjukan ada kepahaman ilmu tapi lemah kerohanian (iman). (sila rujuk bab 6 ‘Mengenali jemaah tabligh dan Pas dari dekat siri pertama. Cari tajuk kecil. ‘Pas memperkenalkan konsep KKAS kepada ahlinya)


Penghayatan hasil dari dakwah dan tarbiyah Pas.

Hasil tarbiyah Pas melahirkan semangat haraki secara kolektif, yaitu kearah menjurus mendaulahkan syari’at Islam dengan penghayatan bahawa Islam itu sebagai satu cara hidup yang terunggul diturunkan Allah untuk menyelamatkan maknusia seluruh alam jagat. Ini berdasar hadis Rasulallah: “Islam itu tinggi, tiada lagi yang lebeh tinggi” Juga dalam firman Allah: “Hai orang-orang beriman hendaklah kamu kedalam Islam secara keseluruhanya. Janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan” …….Al-Baqarah 208.

Berdasarkan firman dan hadis diatas, seluruh minda ahli dan penyokong Pas dipasak dengan penghayatan bahawa Islam misti menjadi peraturan Negara dengan penoh daulat. Ketaatan kepada Islam mistilah secara total. Haram diambil sebahagian dan ditolak sebahagianya. Dan dengan penoh keyakinan bahawa Islam itu maha tinggi, maknusia menjadi sejehtera dibawah syari’atnya. Ramai pendokong dan penyokong Pas yang sangup berkorban harta dengan jumlah yang besar demi mencapai cita-cita murni itu.

Tetapi sayangnya soal keselamatan diri diakhirat dan ganjaran pahala kurang dititikberatkan. Ia hanya lebeh menjurus startergi politik yang sebenarnya memerlukan keikhlasan dan taqwa (kekuatan rohani) yang lebeh tinggi. Pengalaman kami dalam Pas menunjukan saolah-olah ahli Pas menghayati kelemahan menjaga amal wajib dan keselamatan akhirat akan beres secara otomatik apabila negera Islam berjaya ditegakan. Sedangkan hakikatnya daulah Islam akan hanya dapat ditegakan dengan pertolongan Allah. Dan pertolongan Allah akan hanya datang kepada orang-orang yang iman dan taqwanya tinggi. Hendaklah mencontohi amalan Tuan Guru Mursyidul ‘Am atau sekurang-kurangnya contohi karkoon burzruk jemah tabligh. Ini fakta nilai kelemahan tarbiyah yang sangat perlu diberi perhatian dalam Pas.

Namun begitu apakah salahnya Pas memwujudkan satu harakah Islamiyah yang berperanan menangani urusan politik ummat.? Yangmana ‘politik’ adalah termasuk salah satu prinsip standard kayu ukur As-Sunnah yang wajib diterima oleh semua jemaah Islam. Untuk soalan ini kami telah meninjau pandangan saorang ulama akhirat yang agak ternama, (bukan terdiri dari pimpinan Pas). Ia menjelaskan: “Kelemahan rohani sesetengah individu dalam Pas memang ketara, mereka perlu tarbiyah khusus. Namun sebagai sebuah jemaah yang dipimpin ulama warisatul-anbiyak, ia tidak menjejas kewajipan memwujudkan harakah Islamiyah untuk menangani urusan politik ummat Islam. Ia adalah wajib pada syarak kerana martabat Islam tak mungkin dapat diangkat tanpa politik, Insyak-Allah dengan kesungguhan yang kuat Allah akan beri pertolongan. Tapi jangan beri peranan politik kepada orang yang lemah rohani. Sebaik-baiknya pilih tokoh-tokoh yang ada pengalaman dengan jemaah tabligh.” Nampak pandanganya begitu positif kepada kedua-dua jemaah.
(92)



Pas menangong risiko semata-mata kerana cita-cita perjuangan.

Selama ini Pas dimusuhi, diburuk-burukan, dinafikan haknya, dan difitnah oleh kerajaan Umno semata-mata kerana mendokong cita-cita perjuangan hendak meletakan seluruh peraturan hidup maknusia dibawah payung Islam yang diyakini akan membawa kesejahteraan seluruh alam. Bayangkanlah hanya kerana berjuang mendokong cita-cita Islam, Pas dizalimi dan dilontar berbagai fitnah. Jemaah tabligh turut memperlekeh kerana Pas mendokong cita-cita besar dengan kerohanian yang lemah. Sementara jemaah tabligh yang mempunyai kekuatan rohani menolak politik pula. Justeru kerana tidak merujuk perjalanan sirah secara hakiki.

Betapa zalimnya golongan yang menekan dan menindas jemaah yang mendokong cita-cita menegakan hukum Allah, sedangkan mereka sendiri mengaku beragama Islam tetapi tiada bukti mereka berhasrat menegakan Islam setelah memegang kuasa pemerentahan selama 50 tahun. Sebaliknya kita sama-sama nampak kegiatanya membanyakan program mungkar untuk melalaikan remaja. Apakah tidak ada alasan untuk melebelkan jemaah Umno itu sebagai ‘munafiq’.?

Walau bagaimana pun kalau Umno yang mendokong Islam Hadhari yang sesat itu melakukan fitnah terhadap Pas, tidaklah hairan kerana menjaga kepentingan mereka yang hidup diatas penyelewengan, pembohongan dan rasuah. Tapi kalau karkoon tabligh yang berusaha atas iman dan amal yang memfitnah atau mentohmah Pas tentulah tersangat asing disisi Allah dan dikalangan maknusia beriman. Kami akui Pas telah melakukan gerakan yang kurang tepat pada nilai tertib Sunnah, kerana selama ini tiada panduan kayu ukur penilai yang mutlaq. Tetapi hanya kerana tidak memulakan usaha dengan dakwah Pas dimusuhi dan difitnah, alangkah zalimnya perbuatan itu disisi Allah.

Walaupun begitu, kami yakin kelemahan yang wujud dalam Pas sendiri juga menyumbang kepada fitnah. Segelintir aktivis politik Pas yang lemah amalan dan kerohanianya telah melakukan kepincangan dalam jemaah yang tidak sewajarnya dilakukan oleh aktivis jemaah Islam. Ini menunjukan masaalah tarbiyah kerohanian perlu diberi perhatian serious. Selama ini ahli-ahli Pas banyak disogok dengan acara pembentangan kertas kerja. Sungguh pun ia memang penting dari segi peningkatan penghayatan dalam mengatur gerak kerja yang optimum, namun kami rasa tidaklah memenohi keperluan semasa, kerana apa yang sangat mendesak ditangani dalam Pas ialah kelemahan rohani, yaitu meningkatkan taqwa dengan membaikki amalan fardhu dan sunnat serta keikhlasan ‘kerana Allah’ yang tinggi, kerana inilah yang menjadi sebab utama berlaku kelesuan jemaah selama ini.

Buktinya sahingga hari ini kerapkali kami dapati penyusun atur cara dalam Pas mengenepikan acara solat berjemaah apabila melentasi waktu solat. Ternyata mereka tidak memandang penting tentang solat fardhu berjemaah. Alasan yang pernah diberikan ialah: “Soal solat adalah kewajipan masing-masing, semua ahli jemaah sudah paham, tak perlu dimasukan dalam agenda.”

Alasan ini menunjukan betapa ia tidak menghayati penekanan Rasulallah saw tentang solat fardhu berjemaah, dan hubungkait kejayaan jemaah dengan amalan solat. (sila rujuk hadis-hadis dalam Bab 2. Dua prinsip Sunnah yang diabaikan oleh Pas) Oleh sebab itu apa yang diperlukan dalam Pas ialah tarbiyah rohani seperti dalam jemaah tabligh, disamping uslup pembentangan kertas kerja perlu diteruskan. Bantuan jemaah tabligh dalam hal ini kami rasa adalah sangat tepat.

Mari kita sama-sama muhasabah dengan penoh ikhlas. Apakah Pas memang tidak perlu kepada tarbiyah meningkatkan rohani untuk menghayati taraf iman dan keselamatan akhirat sebagaimana jemaah tabligh.? Siapakah antara tokoh-tokoh Pas yang berani menjawab bahawa dalam Pas tidak perlukan tarbiyah serupa itu kerana kerohanian majoriti ahli-ahli Pas sudah cukup kuat.




(93)

ANALISA PERBEZAAN ANTARA KEDUA JEMAAH.

Setelah kita mendapat gambaran yang jelas mengenai kedua-dua jemaah dari semua sudut, mari kita sama-sama lapangkan dada memikirkan, dan menganalisa seberapa yang termampu, dengan tanpa sebarang prejudis, spekulasi atau persepsi yang bersifat negatif, semata-mata untuk mengenal pasti dimana status dan berkaitanya kedua-dua jemaah pada sudut realiti perjuangan ummat Islam dizaman ini.

Yang pertama kita lihat dasar utama pergerakan Pas dan jemaah Tabligh. Kita dapati jemaah tabligh bergerak menangani masaalah asas kerohanian, ‘iman dan amal’ menerusi usaha menitikberatkan amalan As-Sunnah khususnya dalam hal dakwah dan menjaga amalan solat fardhu. Manakala Pas pula adalah sebagai wadah perjuangan untuk menjunjung semula martabat Islam menjadikan daulah yang syumul. Keduanya-duanya adalah wajib dalam perjuangan ummat Islam.

Apa yang terjadi sekarang, jemaah yang mendokong usaha mengembalikan martabat Islam tidak bermula dengan usaha atas ‘iman dan amal’. Sementara jemaah yang mengusahakan ‘iman dan amal’ pula tidak mendokong usaha mengembalikan martabat Islam, sedang kedua-duanya adalah tuntutan syarak. Firman Allah swt: “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu kedalam Islam keseluruhannya. Janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan”……..A-Baqarah 208. Oleh sebab itu kami mengambil kesimpulan As-Sunnah yang diwariskan oleh Rasulallah saw kepada kita sebenarnya adalah terlalu besar dan tersangat berat. Bayangkanlah sekadar mengiktiqadkan keseluruhan prinsip As-Sunnah itu dijadikan tunggak yang muktamad sebagai dasar gerakerja tarbiyah dan perjuangan pun tidak mampu dilakukan oleh dua jemaah besar seperti Pas dan Tabligh. Namun persepsi kami mereka sebenarnya tidak menyedari hakikat As-Sunnah kerana ketiadaan standard kayu ukur selama ini.


Analisa implikasi dakwah dan tarbiyah kedua jemaaah.

Yang pertama kita dapat lihat kedua-dua jemaah memerlukan hasil tarbiyah yang sama. Jemaah tabligh mentarbiyah ummat Islam kepada penghayatan kebesaran Allah dan RasulNya menerusi penghayatan kalimah ‘Laa-illah-Haaillallaah’ diikuti dengan pengorbanan harta diri dan tenaga serta dikuatkan dengan usaha dakwah dan menjaga solat. Manakala Pas menjelmakan perhayatan kebesaran Allah dan Rasul menerusi kepahaman ilmu dan semangat jihad menegakkan agama Allah. Tunggak tarbiyah Pas dan Tabligh adalah sama, yaitu menjunjung As-Sunnah.

Yang kedua, uslup tarbiyah kedua-dua jemaah bersifat kesinambungan yang sangat rapat. Contohnya, tarbiyah Tabligh memulakan penjelmaan ‘Iman’. Manakala tarbiyah Pas meningkatkan ilmu, memahami hakikat Islam, Kitabullah, aqidah Islam dan sebagainya. Seterusnya Tabligh pula memwujudkan masarakat Islam berdudaya dakwah. Pas pula menyediakan wadah perjuangan harakah Islamiyah (urusan politik) Akhirnya kedua-dua menuju satu cita-cita yang sama. Pas mendokong daulah Islamiyah secara total, namakala Tabligh 100% suasana agama. (artinya daulah Islam juga)

Nah…..sekarang kita sama-sama lihat diatas kertas begitu cantik tertib persepahaman kedua jemaah yang bersifat primary dan secondary serta sempurna dan menyempurnakan antara satu sama lain. Tetapi reality (waqik) yang kita alami sekarang kedua-duanya masih terpisah jauh. Tabligh telah berjaya menjelmakan ‘Iman’ tetapi secara umumnya kurang kepahaman aqidah. (kecuali yang memang ulama) Pas pula menyediakan wadah perjuangan, tetapi imanya sendiri begitu lemah tak mampu menjaga solat mengikut tertib As-Sunnah. Dan Tabligh pula berjaya memwujudkan masarakat berbudaya dakwah, seperti di Miwat contoh dimana mula-mula jemaah tabligh berdakwah, tapi tanpa wadah perjuangan politik, maka 100% suasana agama yang berjaya diwujudkanya itu masih terpaksa patuh kepada peraturan negara bukan Islam. Begitulah seterusnya kedua-dua jemaah ada kelebihan dan kelemahan yang dapat disempurnakan oleh jemaah seperjuangan yang belum mengiktiraf antara satu sama lain kerana disebabkan nafsu. Yang pasti rugi, ialah ummat Islam sendiri.

(94)


Tarbiyah perengkat primary dan secondary.

Meneliti kedua-dua dasar dakwah dan tarbiyah, kita dapati dengan jelas bahawa dasar dakwah dan tarbiyah jemaah tabligh bersifat primary. Manakala dasar tarbiyah Pas pula bersifat Secondary. Kami gunakan kalimat ‘Primary dan Secondary’ kerana ada terdapat persamaan konsep persekolahan dizaman ini yang kedua-duanya sama penting dan bersifat sempurna menyempurnakan antara satu sama lain.

Dakwah dan tarbiyah jemaah tabligh membentuk jiwa maknusia dari perengkat awalan. Ia menjelmakan ‘iman’ dan iltizam (komitment) mengabdikan diri kepada Allah dan Rasul dalam hal kewajipan berdakwah dan menjaga amalan solat fardhu mengikut ajaran As-Sunnah yang sebenarnya. Sementara dakwah dan tarbiyah Pas pula menjelmakan sifat haraki (menangani urusan masarakat termasok bidang tarbiyah dan politik) dan menyediakan wadah perjuangan untuk masarakat Islam yang sewajarnya sudah terlatih dengan konsep iman dan amal seperti yang diusahakan oleh jemaah tabligh. Yang terjadi sekarang, kebanyakan pendokong Pas tak pernah cebur dalam usaha ‘iman dan amal’ memainkan peranan penting dalam wadah perjuangan politik Islam. Justeru tiada kayu ukur penilai yang mutlaq. Akibatnya jemaah menjadi lesu kerana semangat politik mengatasi taqwa.

Walau bagaimana pun kedua-duanya adalah bersifat sempurna dan menyempurnakan antara satu sama lain, kerana semula jadi diatas landasan syarak yang mungkin tidak disedari oleh kedua jemaah. Diharapkan selepas ini sifat tolak-menolak dan memperleceh antara satu sama lain tidak lagi terjadi, kerana perbuatan sedemikian itu sebenarnya adalah sengaja menyanggah syarak. Ini kerana sekarang sudah sangat jelas, kita sama-sama dapat saksikan bagaimana jemaah yang mengusahakan ‘iman’ tanpa wadah perjuangan politik. Begitu juga sebaliknya bagaimana jemaah yang terjun dalam wadah perjuangan politk tanpa terlebeh dulu berusaha atas iman dan amal.

Pas mungkin merasa agak bangga kerana jemaahnya kami letakan dalam kertegeri ‘menengah’. Namun apabila kita padankan dengan istilah persekolahan, hakikatnya tiada apa-apa makna, sebab bagaimana mungkin saorang pelajar terus belajar disekolah menengah tanpa terlebeh dulu hadhir disekolah rendah. Kalau mungkin ada terjumpa satu kes dalam beribu-ribu, itu adalah kes terpencil yang tak boleh diambil kira. Secara normalnya pelajar yang terus masuk sekolah menengah tanpa terlebeh dulu kasekolah rendah akan mengalami kesulitan kerana keperluan asas yang lemah. Pengalaman kami dalam Pas membuktikan bahawa kelesuan yang terjadi dalam jemaah ialah kerana kelemahan rohani disebabkan taqwa dan ibadah yang lemah berbanding dengan jemaah tabligh.

Begitu juga sebaliknya jemaah tabligh jangan rasa tersinggung diumpamakan sebagai sekolah rendah. Sebab memang lumrah maknusia diseluruh dunia memulakan pelajaran misti bermula dari sekolah rendah. Sifat tarbiyah jemaah tabligh memang menjelmakan ‘iman’ dengan artikata yang sebenarnya kepada mereka yang belum pernah kenal atau menghayati iman. Sedangkan ‘Iman’ itu adalah asas sebelum pergi berperanan lebeh jauh dalam kerja agama. Tetapi lazimnya anak-anak sekolah rendah dizaman ini sudah pandai mendokong cita-cita untuk meneruskan pelajaran ka university, sudah teringat nak jadi doctor, engineer, peguam dan sebagainya. Anak-anak yang tidak bercita-cita diangap pelajar yang lemah. Apakah para karkoon burzruk boleh disamakan dengan pelajar sekolah rendah yang tidak mendokong sebarang cita-cita?.


Burzruk mendakwa bercita-cita memerentah Negara dengan Islam.

Kami pernah dibantah oleh saorang bruzuk awalin katanya: “Siapa kata jemaah tabligh tidak mendokong cita-cita menyempurnakan syari’at Islam. Istilah dalam jemaah tabligh “Wujudkan 100% suasana agama” Kami paham maksud pengertianya ialah wajib memerentah Negara dengan peraturan Islam. Tetapi kita semua tahu keadaan pada hari ini memang belum mengizinkan. Terutamanya iman ummat Islam pada keseluruhanya masih terlalu lemah. Kewajipan menunaikan solat pun masih ramai
(95)


yang mengabaikanya. Yang mau tunaikan solat pun tak mampu berjemaah dimasjid. Kewajipan berdakwah langsung tidak diambil hirau. Dengan keadaan demikian, kalau kita paksakan memerentah dengan peraturan Islam sekarang, kelak ahli jemaah kita sendiri tidak mampu mentaatinya. Akhirnya mereka sendiri yang bangun menentang kerajaan kita. Semata-mata kerana iman lemah”.

Maka kami pun menjawab: “Benar………Hujjah tuan boleh diterima pada dasarnya. Kami sangat gembira kerana tuanlah satu-satunya burzruk yang kami jumpa mau menyebut tentang ‘memerentah negara’. Untuk urusan memerentah Negara kita pilih yang paling tertinggi dari segi iman, taqwa, ilmu, kewaraqkan, dan pengalaman politik diantara tokoh-tokoh pimpinan jemaah kita. Manakala taraf iman warga (rakyat negeri) seharusnya tidak boleh dijadikan penghalang untuk mendaulatkan hukum Allah, sebab ia sudah menjadi wajib keatas kita berhukum dengan wahyu Allah. Dan pehak berkuasa pemerentah kita bertangungjawab mentarbiyah memahamkan dan meningkatkan iman rakyat. Oleh itu apa yang perlu dibuat pada masa ini ialah mewarwarkan kepada ahli-ahli jemaah khususnya yang sudah burzruk dan awalin supaya mereka sama-sama mendokong semangat agar minda mereka tidak menjadi jumud, (beku) sebab mereka akan menyedari ada tugas besar (takaza) sedang menunggu dihadapan. Dan kami yakin hanya dengan menghayati tuntutan inilah iman mereka dapat dipertingkatkan. Kalau semata-mata menerusi uslup ‘keluar berdakwah 40hari 4bulan’ kami yakin tidak akan ada sebarang peningkatan lagi kecuali tahap yang sudah tercapai sekarang.

Pada hari ini kita dapat lihat ramai karkoon biasa dan yang sudah burzruk yang sudah berpengalaman beberapa kali 40 hari dan IPB 4 bulan berhenti meningalkan jemaah, hingga akhirnya menyahut seruan azan pun tidak mampu, semata-mata kerana pemikiran mereka menjadi jumud. Mereka merasa tak ada apa-apa lagi nak dibuat setelah berpuluh kali keluar berbulan-bulan, keadaan suasana tetap pada tahap yang sama, tiada sebarang perubahan atau kemajuan pada dirinya sendiri, kepada jemaah, atau kepada negara. Hingga datang rasa jemu. Ditambah pula ulama kita sendiri mengakui ‘tidak dapat memahami hakikat dakwah Rasulallah saw’ Inilah diantara sebab utama mereka meningalkan jemaah, yang kadang-kadang mereka sendiri merasa bingong tak dapat menjelaskanya.

Sewajarnya para karkoon yang sudah sampai taraf ini sangat perlu diberi paham tentang suasana politik dan takaza yang sedang menanti, barulah boleh mengugah semangat mereka semula. Tetapi yang sedihnya sahingga saat ini setelah hampir 100 tahun usia jemaah tabligh, belum nampak bayang yang jemaah kita (tabligh) paham bahawa ‘politik’ adalah kesinambungan daripada dakwah yang wajib dilalui untuk menyempurnakan syari’at Islam. Bahkan menyebut kalimah ‘politik dan Islam’ dikhalayak ramai pon jemaah kita belum mampu hingga hari ini kerana tak sangup berdepan dengan risiko. Adakah pimpinan jemaah kita mengangap risiko akan lenyap pada satu hari nanti.? Ketahuilah risiko tetap wujud, selagi Yahudi Nasara dan syaitan masih wujud. Dan kita paham Yahudi Nasara dan syaitan hanya akan lenyap pada hari qiamat.

Nah………Sekarang selepas kita sama-sama memikirkan dan menganalisa panjang lebar, kita dapati kedua-dua jemaah adalah berdiri diatas landasan syarak yang syah. Tiada sesiapa pun diantara angota jemaah yang berhak atau mempunyai otoriti menghukumkan bathil antara satu sama lain. Jika masih terjadi demikian selepas mengkaji risalah ini, tiada syak lagi mereka (individu yang terlibat mencari alasan) adalah sebenarnya munafiq kerana ia sebenarnya ingin melihat Islam terus kalah dibawah ta’aluk kaum kafirin.

MENGAPA TERJADI SEMANGAT MEMISAH ANTARA KEDUA JEMAAH.

Yang pertama, kerana antara kedua jemaah tidak mengenali antara satu sama lain.

Ini adalah merupakan kejayaan syaitan yang dilaknat Allah yang berjaya meletakan sifat sombong yang menyebabkan antara keduanya tidak ingin mengenali antara satu sama lain. Tetapi dalam pemikiran orang yang beriman yang mindanya terbuka, hal ini sebenarnya adalah mustahil boleh berlaku,

(96)





kerana kedua-dua jemaah mendokong cita-cita syarak yang sama. Patuh dan meng-agongkan Al-Kitab
yang sama, Rasul yang sama, dan untuk Tuhan yang sama. Dan Allah redha kepada semua hambaNya yang benar-benar ikhlas memperjuangkan martabat agamaNya. Oleh itu ia sebenarnya suatu yang sangat ganjil dan luar biasa. Hal ini dipandang sebagai normal selama ini kerana dada yang tidak terbuka dan tidak benar-benar menghayati pakej As-Sunnah itu sendiri. Menyebabkan mereka lupa As-Sunnah dan Al-Kitab yang mereka junjung adalah terlalu besar dan tersangat berat untuk ummat zaman ini. Ia tidak mungkin mampu dicapai kecuali dengan pertolongan Allah. Kami menyediakan risalah ini adalah salah satunya cara untuk mendapatkan pertolongan Allah.

Suatu yang sangat ganjil dan luar biasa terjadi kerana semata-mata peranan syaitan yang sangat licik mengatur rancangan jahat, tanpa disedari oleh orang-orang yang bertangungjawab menangani masaalah ummat Islam. Kita semua paham sememangnya syaitan tersangat benci kepada kesatuan jemaah orang-orang beriman yang akan membawa kejayaan mengembalikan Islam diatas mercunya semula secara mutlaq. Ia (syaitan) akan terus berusaha keras mengagalkan kesatuan seperti itu walau dengan cara sekali pun dengan dibantu oleh pembantu-pembantu syaitan berbangsa maknusia.

Nah……..Sekarang terpulanglah kepada kita ( orang-orang beriman ) dan yang ikhlkas semata-mata kerana Allah. Yang diberi Allah fikiran yang sempurna, Kitab panduan yang sempurna, dan Rasul penamat yang terunggul. Samada kita mahu menyahut seruan Allah supaya kita tolong menolong dalam kerja-kerja kebajikan dan taqwa kepada Allah ……..(rujuk surah Al-Maidah ayat 2) atau terus mahu membiarkan tengkok kita ditunganggi oleh syaitan yang dilaknat Allah.


Yang kedua, kerana terdapat sedikit khilaf tentang pahaman aqidah.

Sebagaimana kita telah paham bahawa uslup tarbiyah jemaah tabligh bersifat primary menitikberatkan tentang ‘Orang yang sudah ada kalimah’ Yaitu orang yang sudah menganut Islam. Jemaah tabligh memandang sama rata kepada semua orang yang sudah ada kalimah. Inilah yang dikatakan ‘sedikit khilaf’ sebab penganut Islam diakhir zaman ini sudah tentu mempunyai taraf setatus yang berbeza-beza. Dalam hal ini semamangnya tiada contoh Sunnah yang dapat kita ambil sebab Rasulallah saw berdakwah mengajak orang-orang yang ‘memang belum ada kalimah’.

Fakta ini dibuktikan sejak mula Abu Bakr Sidiq menjadi Kalifah mengantikan Rasulallah saw. Ia bertindak drastic memeranggi orang-orang Islam (orang yang sudah ada kalimah) yang ingkar dengan hukum Allah, walau pun hanya satu hukum. Hingga sampai kezaman kita ini tentulah bertambah jauh lagi perbezaanya. Ini semua terjadi kerana jemaah tabligh gagal meneliti perjalanan Sirah secara serious. Dengan pahaman yang silap ini jemaah tabligh berdakwah pada tahap yang sama seperti zaman Rasulallah mula berdakwah kepada kaum Quraysh di Makkah yang berdepan dengan kaffir menyembah berhala, dengan tanpa mengambil kira sebarang perbezaan status yang wujud diantara orang-orang yang sudah ada kalimah pada hari ini.

Uslup tarbiyah Pas pula saolah-olah bertentangan pada dasarnya dengan apa yang jemaah tabligh buat. Pas sangat memandang penting tentang dasar aqidah Islam. Ia mentarbiyah ummat Islam supaya perihatin memahami dasar aqidah dan menjaganya jangan sampai terbatal. Maka tarbiyah Pas banyak menjurus kepada kepahaman ilmu dan menjaga aqidah, tetapi kurang menekankan tentang uslup menjaga amal seperti jemaah tabligh.



(97)


Akibat sikap jemaah tabligh yang memandang sama rata seluruh orang-orang yang ada kalimah, menyebabkan gap pemisah antara Pas dan tabligh bertambah luas. Kerana didapati jemaah tabligh boleh bersekongkol dengan individu yang terang-terang menjadi penegak dan pendokong kemungkaran. (aktivis
Umno). Sedangkan mengikut pandangan syarak orang yang benar-benar aktif menghayati dan mendokong kegiatan jemaah seperti Umno sekarang ini, adalah tergolong orang yang fasik atau sampai kataraf terbatal aqidahnya. Walau pun mereka masih mengucap syahadah, menunaikan solat dan keluar berdakwah bersama program jemaah kita, kerana dasar perjuangan Umno benar-benar bercangah dengan tuntutan kalimah syahadah. Tentunya kita sebagai pendakwah, haram bersubahat dan menyokong kegiatan mereka yang melangar hukum dan menegakkan kemungkaran. Ini bersandar kepada maksud hadis yang sudah termasyhur: “Jika kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu cegah dengan kuasa, (dengan tangan) Jika tidak mampu, cegahlan dengan lesan kamu (tegurlah dengan mulut) Jika tidak mampu hendaklah kamu benci dalam hati kamu. Itulah selemah-lemah iman. Tiada lagi iman selepas itu” Hadis riwayat Imam Muslim, Ibnu Majah dan At-Tarmizi.

Hadis ini memberi gambaran bahawa agama Islam sangat prihatin (sensitive) dengan kemungkaran yang berlaku dalam masarakat Islam. Setiap orang Islam diwajibkan mencegah walau dengan apa cara sekali pun. Sangat banyak firman dan hadis yang menjadi dalil menyuruh orang beriman mencegah kemungkaran. Selemah-lemahnya kalau kita tidak mampu disuruh membenci dalam hati. Artinya Islam samasekali TIDAK sebesar zarah jua pun membenarkan kita redha dengan kemungkaran. Umno bukan saja tidak mencegah, bahkan ia sendiri yang menegakan kemungkaran. (Telah kami huraikan panjang lebar dalam Bab 2 dan Bab 3)

Secara zahir memang ada program Umno mencegah kemungkaran. Tetapi ia tidak tunduk pada kemahuan syarak. Penilain mungkar dan maaruf mengikut selera sendiri. Contohnya ia menganjurkan musabaqah Al-Quran dipandang sebagai maaruf yang besar. Matalamat cegahan mereka ialah rakyat jelata bawahan, para pemimpin atasan tidak perlu takut melakukan kemungkaran kerana undang-undang dibawah kekuasaan mereka. Perasuah yang sudah terang-terang memikul wang tunai dalam karung pun boleh terlepas bebas tiada apa-apa tindakan. Harapkan pemimpin atasan mencegahnya, sedang ia sendiri pun terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa yang sangat dahsyat. Tunjukan jika ada saorang saja pemimpin tinggi Umno yang waraq dan tawadhuk.

Itulah sebabnya mereka mati-matian bertahan tidak mahu menguatkuasakan hukum Allah. Dengan begitu apakah harus kita sebagai pendakwah bersekonkol dengan mereka hanya kerana mereka ada kalimah.? Dizaman mula-mula Islam diperkenalkan, ya memang orang yang sudah mengucap syahadah diangap ada status disisi Allah. Dizaman Abu Bakar Sidiq menjadi kalifah pun orang ada kalimah boleh diperangi. Dizaman kita ini tentulah lebeh jauh lagi bezanya. Sebenarnya pemerentah Islam yang tidak menghukumkan dengan hukum Allah pun boleh dihukumkan kafir. (lihat Al-Quran surah Al-Maidah 44)

Sudah sangat terang hakikatnya Umno bukan saja redha dengan kemungkaran bahkan ia yang mencetuskan kemungkaran. Mungkin kerana kejahilanya, tetapi apabila dakwah dan peringatan sudah disampaikan berulang kali dari berbagai-bagai pehak badan dakwah, bahkan ulama-ulama yang diupahnya (para mufti) pun tidak diindahkan peringatanya oleh Umno. Maka nyatalah ia sebenarnya menolak Allah dan Rasulnya secara tersembunyi. (sila rujuk sejarah bagaimana saorang ulama tabi’in yang termasyhur bernama Syiekh Suffian At-Thaurri melayani kalifah dizamanya, apabila nasihat dan teguranya tidak diindahkan oleh kalifah berkenaan)

Begitu juga Hazrat Maulana Zakaria ra (tokoh ulama penting dalam jemaah tabligh di India) telah menjelaskan dalam bukunya ‘Fadhilat Tabligh’ Dalam buku itu beliau menukilkan supaya orang-orang beriman bersikap tegas dengan pelaku kemungkaran. Sekiranya tidak mengindahkan dakwah dan peringatan, hendaklah kita memutuskan hubungan dan jangan bersahabat dengan orang-orang yang berbuat maksiat dan pelangar hukum. (semak halaman 10)




(98)



Sewajarnya kita sudah layak mencontohi sikap Kalifah Abu Bakar Sidiq dalam menghadapi golongan orang Islam yang melangar hukum Allah dizamanya. Perbezaan yang nyata ialah: Abu Bakar Sidiq pada waktu itu sebagai Amirul Mukminin yang berkuasa penoh memerentah menegakan hukum Allah dinegeri Madinah, sedangkan kita hari ini hanya sebagai pendakwah yang hanya mampu memberi peringatan. Tidak mempunyai sebarang kuasa. Sedangkan sasaran dakwah kita selain rakyat biasa adalah pehak yang memegang kuasa pemerentahan negara. Golongan pehak berkuasa ini sebenarnya wajib menerima peringatan kita selagi mereka mengaku beragama Islam, sebab ia sangat berpengaruh kepada rakyat. Contoh yang buruk pasti merosakan rakyat. Jika ia bukan Islam haruslah kita bersabar menuggu sampai Allah bukakan hidayah untuknya, disamping intensifkan usaha dakwah dengan penoh ikram dan hikmah. Inilah salah satu motif Pas ditubuhkan untuk berusaha atas kuasa pemerentahan Negara yang diwajibkan syarak demi untuk mendaulatkan syari’at Allah.

Dan sekarang ternyata dakwah dan peringatan kita kepada golongan pemerentah telah ditolaknya. Apa yang patut kita buat sekarang hanyalah mengikut nukilan Hazrat Maulana Zakaria seperti yang tersebut diatas berpandu kepada sabda Rasulallah saw seperti berikut: Ibnu Mas’ud menceritakan, bahawa Rasulallah saw telah bersabda: “Kerosakan kaum Bani Israel bermula apabila pendita mereka menegur pelaku mungkar dikalangan mereka, mereka tidak mengindahkan teguran pendeta mereka sebaliknya pendeta mereka bersuhabat pula dengan mereka itu (tidak memutuskan tali persahabtan dengan pelaku mungkar itu) maka Allah satukan hati-hati mereka dan Allah laknat mereka semua” Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi. (dipertik dari buku ‘Fadhilat Tabligh’ halaman 9 dan 10) Walau bagaimana pun sasaran dakwah kita kepada golongan ini wajar diteruskan untuk memberi peluang kepada pengikut mereka yang hatinya Allah beri hidayah.


Ketiga, kerana jemaah tabligh tidak mengiktiraf uslup dakwah jemaah lain.

Jemaah tabligh mentarbiyah para pesertanya (para karkoon) supaya menghayati konsep ‘Keluar’. Pengertianya kegiatan dakwah misti dilaksanakan dengan program ‘keluar’ meningalkan keluarga dan rumah kediaman bermusafir beberapa hari (nisab yang dianjurkan ialah 3 hari, 40 hari dan 4 bulan) samada pergi jaoh atau dekat (dalam negara atau keluar Negara) dengan segala biaya ditangung sendiri. Itulah yang dimanakan ‘Korban 3 unsur serentak, harta, masa, dan tenaga’.

Jemaah tabligh hampir-hampir tidak mengiktiraf samasekali uslup dakwah jemaah lain kerana hakikat kesan usaha dakwahnya berbanding dengan jemaah lain. Sememangnya kita terpaksa akur. Uslup dakwah jemaah tabligh berkesan jaoh lebeh kehadapan. Bukan berarti ummat Islam mudah menerima uslup dakwah jemaah tabligh. Maksudnya ialah individu yang menerima dan menghayati dakwah tabligh boleh mengubah arah pemikiranya (U turn) kepada penghayatan berkorban untuk mentaati perentah Allah dan RasulNya. Oleh sebab itu sesetengah tokoh tabligh mengangap dakwah yang tidak mengikut prosedur ‘Keluar’ tidak diangap sebagai ‘dakwah’.

Konsep ‘tiada keluar, tiada dakwah’ telah berjaya dipasakan dengan teguh dalam minda setiap para karkoon. Sedangkan dari segi istilah bahasa Malayu pengertian dakwah itu ialah ‘Menyampaikan ilmu Islam dan mengajak beramal denganya’ Walau dengan apa cara ia disampaikan, tidak menjadi persoalan, tetaplah ia mengandongi arti ‘dakwah’.

Adapun perbezaan kesan yang wujud adalah semata-mata tergantung kepada cara ia diusahakan. Nombor satu hendaklah ikhlas semta-mata kerana Allah. Sebesar zarah pun tidak boleh dicampur dengan kepentingan lain melainkan semata-mata kerana menyampaikan agama Allah, kerana Allah. Jika terdapat hasil pulangan dunia, merupakan upah wang ringgit atau sebagainya. Dakwah itu diangap cacat dari segi kesanya menjadi tipis. Apatah lagi kalau penyampai dakwah itu sengaja berniat mengharapkan imbohan.

(99)


Nombor dua, usaha dakwah mistilah diikuti dengan mengorbanan. Lagi berat pengorbanan, lagi tinggi kesan dakwah itu. Dalam jemaah tabligh telah diputuskan menerusi consep korban tiga unsur serentak. Yaitu Harta, diri, dan tenaga, dengan tertib tertentu mencontohi As-Sunnah yang bersifat static tidak boleh diubah suwai. Kesanya akan terdapat pada sasaran dakwah dan lebeh-lebeh lagi kepada diri pendakwah itu sendiri.

Nombor tiga, diikuti dengan do’a bersungguh-sungguh memohon kepada Allah petunjuk hidayah untuk sasaran dakwah kita semasa tahajud tengah malam. Disinilah letaknya kelebihan usaha dakwah jemaah tabligh. Jemaah lain banyak juga yang berdakwah menyampaikan ilmu, tetapi jarang yang disertai korban tiga unsur serentak sekali gus. Malah lazimnya penyampai dakwahnya mendapat imbohan yang agak lumayan. Walau pun tiada menjadi niat atau hasrat tujuan itu, namun ia mendatangkan natijah kepada ‘kesan’ dakwahnya. Dalam jemaah tabligh hal ini tidak pernah berlaku kerana mengambil faedah dunia dari usaha dakwah adalah dilarang keras oleh majlis syurra.

Ada maklumat yang sampai kepada kami bahawa jemaah-jemaah lain yang wujud disekeliling kita dinegara Malaysia ini pernah beberapa kali mengundang secara formal pemimpin jemaah kita (tabligh) untuk menghadhiri majlis seminar atau muzakarah bagi membincang masaalah dakwah ummat Islam. Dikatakan ulama kita tidak pernah berminat menyambut undangan seperti itu kerana berpegang teguh dengan konsep ‘tiada keluar, tiada dakwah’ dan ‘tiada politik dalam dakwah’. Pendirian ini saolah-olah memberi pengertian ‘tidak mengiktiraf’ uslup dakwah jemaah yang mengundang. Wallah-hu’aallam.

Yang keempat, kerana wujud individu yang menjadi jaguh pemisah dalam kedua jemaah.

Tokoh-tokoh pemisah ini menugaskan dirinya sendiri sebagai ketua kempen untuk memburukan jemaah saingan Pas atau pun Tabligh. Bagi mereka, (tokoh pemisah) lagi jauh terpisah antara Pas dan Tabligh adalah umpama kejayaan besar yang sangat mereka bangakan. Dalam jemaah tabligh kadang-kadang ada terdapat sesetengah individu jaguh pemisah ini duduk dalam majlis syurra markas pusat Malaysia, namun ada juga golongan syurra yang menentang, sebab dalam jemaah tabligh tidak digalakan menentang atau menyebelah mana-mana pehak. Pendirian ini sebenarnya tidak secocok dengan aqidah Islam. Sebagai orang beriman sebenarnya wajib menyebelahi atau menyokong jemaah yang membela dan menegakkan Islam semata-mata untuk kepentingan agama kerana Allah. Justeru jemaah kita sekdiri tidak mampu mengamalkanya. Sikap kita membisukn mulut dan memekakkan telinga kerana tangapan kita ‘semua orang ada kalimah adalah sama’ adalah tersangat salah pada syarak.

Oleh sebab itu, mengambil sikap tidak menyokong, apatah lagi kalau kita menyebelahi jemaah yang menetang Islam, artinya sama seperti kita menentang Allah dan RasulNya. Boleh menyebabkan terbatal aqidah Islam. Sementara dalam Pas pula golongan jaguh ini tidak begitu ketara kewujudanya kecuali dalam pimpinan perengkat bawah, tetapi ia tetap wujud dan sedikit sebanyak ada pengaruh.

Mereka (jaguh/tokoh pemisah kedua-dua jemaah) ini sangat sensitif apabila mendengar kalimah ‘Pas atau tabligh’ disebut dalam sebarang perjumpaan samada perjumpaan formal atau perbualan biasa, apatah lagi kalau menyebut untuk memperkatakan nilai kebaikkanya. Mengikut pendapat mereka kalau unsur kedua-dua jemaah dibawa masuk dalam jemaah saingan mereka Pas atau pun Tabligh, ‘maka habis hancur luluhlah jemaah kita’. Kemudian mereka berhujjah memperkatakan nilai negative (keburukan) dalam jemaah Pas atau Tabligh yang menurut mereka samasekali tidak boleh diambil sebarang guna.





(100)



Kami nampak semua hujjah-hujjah mereka berdasarkan akal semata-mata, kalau pun ada dalil ditafsir dan diambil iktibar secara melulu tanpa menghayati perjalanan As-Sunnah secara menyeluruh. Walhasil hujah-hujahnya hanya condong kepada nafsu, samasekali tiada dasar analisa ilmu. Umpamanya ia mengatakan “Dalam Islam tiada pilihanraya” Sementara tokoh pemisah Pas mula mengatakan. “Mana ada Sunnah yang menyuruh kita kelaur meningalkan tangungjawab keluarga beberapa hari tertentu untuk berdakwah.”

Walau pun mereka bersungguh-sungguh berhujjah cuba menyakinkan kami tentang pengalaman mereka dalam Pas sebelum lari meninggalkanya menyertai Tabligh. Begitu juga sebaliknya dakwa jaguh pemisah dalam Pas mempunyai banyak pengalaman dan kepahaman dalam Tabligh sahingga melarikan diri menyertai Pas kerana pendapat kedua-dua mereka bahawa kedua-dua jemaah yang pernah mereka sertai tidak relevant. (tidak cocok dengan tuntutan syarak dan wajib ditinggalkan: Kata mereka)

Setelah beberapa lama kami bergaul dan bertukar-tukar pandangan dengan golongan jaguh pemisah ini, kami memutuskan mereka sebenarnya mengikut telunjuk nafsu yang menjadikan kebangaan mereka sebagai jaguh apabila kedua-dua jemaah terus berpecah. Bertambah besar gap pemisahnya lebeh bangalah mereka mendabik dada sebagai heronya. Sebenarya ada juga jaguh pemisah yang tidak ada pengalaman dalam jemaah yang satu lagi. Mereka tidak lari dari mana-mana jemaah, tetapi mereka menentang konsep persepahaman kedua jemaah kerana kepahaman yang keliru disebabkan kurang mendapat tarbiyah pahaman aqidah, samada dari Pas atau Tabligh. Golongan ini sebenarnya lebeh ramai dari golongan pemisah pelarian. Kesimpulanya sebarang hujah menentang persepahaman Pas Tabligh dari kedua-dua jaguh pemisah ini tidak boleh diambil kira samasekali kerana telah jelas tidak memberi apa-apa menfaat kepada ummat Islam.


Rumusan.

Diatas tadi telah kita hurai empat perkara pokok yang menjadi sebab utama terjadinya semangat memisah yang kuat antara kedua jemaah, walau pun mereka mendokong cita-cita syarak yang sama. Pertama tiada mengnali antara satu sama lain kerana memang perancangan syaitan. Kedua, khilaf tentang batalnya kalimah syahadah. Ketiga, jemaah tabligh tidak mengikhtiraf uslup dakwah jemaah lain. Keempat, wujud jaguh-jaguh pemisah dalam kedua-dua jemaah.

Pada pandangan kami keempat-empat perkara ini perlu diberi perhatian serious dalam menjalin ukhwah kerjasama dan membetulkan kepincangan yang wujud. Pada kami semuanya adalah khilaf kecil yang samasekali tidak boleh dijadikan sebab memisah antara kedua jemaah. Kesemua empat perkara itu sebenarnya mudah diselesaikan, dengan syarat tokoh-tokoh pemimpin kedua belah pehak berjumpa dengan dada yang terbuka (mengiktiraf antara satu sama lain) mencari penyelsaian demi semata-mata untuk menjunjung seruan Allah berpandu kepada Kitabullah dan prinsip Missi Ke-Rasulan secara hakiki.



………………………………………….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan