“SESUNGGUHNYA kejayaan seluruh maknusia hanya dalam agama. Yaitu sejauh mana kita menjunjung ajaran Sunnah Rasulallah saw.” Inilah rangkapan kata (slogan) muqadimah setiap kali kita iklan sebelum bayan selepas maghrib. Kita kumandangkan kata-kata falsafah ini kepada masarakat Islam ke seluruh dunia. Tujuanya supaya menarik pemikiran ummat Islam kepada ‘Sunnah’ dan kita adalah angota jemaah yang memikul tangungjawab memperkenalkan, mendakwahkan, dan mengajak mengamal Sunnah kepada seluruh masarakat hari ini. Sebagai menyahut seruan Rasulallah saw memwarisi usahanya menyampaikan rahmat ke seluruh alam. Semoga jemaah kita mendapat derjat yang tinggi disisi Allah.......Aminn.
Sebenarnya kewajipan kita yang diamanahkan Allah adalah terlalu besar dan tersangat berat. Mungkin kita tidak menyedarinya selama ini, kerana sememangnya tidak digalakan untuk diberitahukan hal ini kerana dikhuatiri melemahkan semangat. Namun ada juga nilai positifnya, kerana bila kita sedar kawajipan kita tersangat besar dan berat, kita akan selalu menilai sejauh mana kemampuan kita dan selalu berfikir untuk menguatkan jemaah demi menyelsaikan amanah Allah setelah jemaah kita bekerja untuk menyempurnakanya selama hampir menjelang 100 tahun.
Selama ini dengan usaha jemaah kita yang ada, kita mengharapkan seluruh ummat Islam kembali membetulkan amalanya kepada Sunnah yang tulin. Bersatu padu berganding bahu menangani satu masaalah ummah yang berat menuju satu matalamat yang sama. Untuk merealisasikan cita-cita ini kita bentuk atau tubuhkan jemaah agar dapat ummat Islam bergerak dalam satu wadah perjuangan sahaja. Dengan lain perkataan kita harap semua ummat Islam menyertai jemaah kita. Tapi ternyata kompolan lain juga menubuhkan jemaah untuk mendokong cita-cita yang sama. Maka jadi mustahilah seluruh ummat Islam boleh doduk dalam satu wadah perjuangan yang kita taja.
Atas kesedaran ini wajiblah para pendokong jemaah yang benar-benar ikhlas menyatukankan fikrah dan tenaga, sama-sama menjunjung amanah Allah yang tersangat berat itu. Kerana kami telah sedar bahawa selama ini kita telah melakukan satu kelalaian atau kesilapan yang nyata.Yaitu iltizam atau komitmen kita (para pendokong jemaah Islam) yang tinggi terhadap agama
tidak kita gandingkan bersama bagi menghadapi satu tugas dan matalamat yang sama. Malah sebaliknya wujud perpecahan dan persaingan yang tidak sehat antara jemaah-jemaah yang mendokong amanah yang sama daripada Allah. Bukankah Allah menyuruh kita tolong menolong atas jalan kebaikan dan taqwa.? Rujuk firman Allah hujung ayat 2 Al-Maa’idah.
Persoalan yang timbul sekarang ialah bagaimana kita hendak menyelsaikan amanah Allah yang berat itu sedangkan antara jemaah yang iltizam ikhlas hendak menegakan Islam kerana Allah pun berpecah belah, tidak dapat disatukan fikrah dan tindakanya. Kenapa.? Sedangkan ia berpandu kepada kitab dan Sunnah yang sama. Tuan-tuan baca seterusnya semoga dapat jawapanya Insyak-Allah. Oleh sebab itu persepsi kami, fikir untuk menyatukan jemaah Islam adalah lebeh afdhal daripada berangan-angan menyatukan seluruh ummat Islam, sebab dengan menyatukan jemaah, ummat Islam akan ikut bersatu.
Menunggu ulama memainkan peranan.
Sejak lebeh 20 tahun persoalan perpecahan jemaah-jemaah Islam berlegar dan bersarang dalam minda kami. Pada kami ia suatu yang sangat penting. Malangnya hingga saat ini tiada sebarang rumusan yang dapat dipertangung jawabkan. Kami sedar ia adalah masaalah besar yang sewajarnya ditangani oleh ulama yang benar-benar Warisatul-Anbiyak.
Setelah 20 tahun kami menunggu dengan penoh sabar, sambil meluangkan banyak masa memikir, mengkaji dan berbincang dengan segala yang termampu, rumusan ulama yang kami harap-harapkan tidak juga kunjung tiba hingga saat ini. Justeru itu, kini kami merasa terpanggil bahkan saolah-olah terpikul kewajipan menerbitkan rumusan hasil kajian kami sendiri. Namun sekarang ini kami saolah-olah diburu oleh perasaan dha’if dan tidak layak. Kami bukan orangnya, kerana ia adalah kerja para ulama besar Warisatul-Anbiyak.
Bermula dari menitikberatkan amalan Sunnah.
Masaalah pokoknya ialah hendak membawa kembali seluruh ummat Islam menitikberatkan amalan Sunnah. Sebenarnya semua jemaah-jemaah Islam yang ditubuhkan oleh aktivis Islam mendakwa menjunjung amalan Sunnah Rasul, tetapi hakikatnya terjadi persaingan yang tidak sehat kerana ia tidak mengikhtiraf atara satu sama lain. Akibatnya timbul semacam perasaan iri hati dan monopoli antara jemaah, saolah-olah mereka berpengang pada persepsi; Allah swt kurang mampu menyediakan pahala besar kepada semua aktivis yang mendakwahkan dan membela agamaNya. Tentunya iri hati demikian itu didorong oleh bisikan syaitan. Ingatlah seikhlas-ikhlas kita syaitan masih berjaya mencelah membuat kerosakkan dalam hati norani kita.
Ini terjadi kerana tidak pernah wujud standard kayu ukur atau piawaian As-Sunnah yang mutlak yang diiktiraf oleh semua jemaah. Hal ini menyebabkan semua jemaah mendakwa jemaah mereka adalah lebeh senior daripada jemaah yang lain. Bahkan lebeh buruk lagi mereka hingga sangup memperleceh dan mencemoh jemaah rakan seperjuangan mereka. Ini sebenarnya adalah kejayaan syaitan yang sangat cemerlang tidak kita sedari.
Perbezaan fikrah juga sebagai sebab perpecahan
Perbezaan fikrah hasil dari perbezaan latar belakang tarbiyah, sesetengahnya secara tidak disengaja meletakan ulama atau tok guru sendiri mengatasi nash (Al-Quran dan Sunnah) telah banyak menyumbang kepada perpecahan yang sukar ditangani, sebab sudah lama bertapak dan bertunjang dalam jiwa masarakat khususnya masarakat Melayu Islam. Apabila tarbiyah dirujuk kepada Sunnah yang asal, mereka saolah-olah kebingungan tidak memahami hakikat Islam sebenarnya, walaupun yang sudah bertaraf ilmuan. Sebab itu terdapat segelintir ulama yang menetang keras jemaah tabligh.
Sebagai bukti kami paparkan satu kesah benar pengalaman sahabat karib kami: Ia saorang lelaki India kakitangan jabatan kerajaan, ia memeluk Islam kira-kira 2 tahun lalu. Rakan-rakan sejawatnya 80% Melayu Islam. Kini ia meluahkan rasa kecewa dan tidak selesa dikalangan rakan-rakan sejawatnya kerana selalu menerima cemuhan dan penghinaan daripada mereka. “Engkau baru Islam dua hari menyibuk berkejar-kejar kamasjid setiap hari. Kita sejak lahir dah Islam pun tak macam engkau. Kau ingat sembahyang kamasjid itu hebat sangat ke” Begitulah yang dilaporkan kepada kami.
Cemuhan kepada orang yang hendak mentaati perentah fardhu daripada Allah, kami angap sebagai tersangat jahil. Apatah lagi cemuhan itu dilontarkan kepada saudara yang baru masuk Islam. Jaoh sekali mendakwahi mengajak masuk Islam, yang sudah Islam pun dicemuh dan dihina. Apakah yang mereka paham tentang Islam. Apakah ini diangap sebagai kes terpencil.? Jawabnya TIDAK. Cerita begini mudah kita dengar dimana-mana dikalangan ummat Islam Melayu justeru tarbiyah Islam yang tidak merujuk kepada Sunnah sebenar. Siapa yang bertangung jawab layak dipersalahkan.? Ahli dakwah, ibu bapa, masarakat umum, atau pehak yang berwajib kerajaan yang memerentah.?
Hal ini rasanya dapat diatasi menerusi konsep Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah (KKAS) Konsep ini sebenarnya berasal dari negara jiran kita Indonesia. Satu ketika lebeh kurang 10 tahun dulu satu golongan dalam jemaah gerakkan Islam negara kita pernah memperkenalkan konsep ini kepada jemaah mereka atas tujuan menyatukan fikrah dalam jemaah, tetapi gagal kerana tidak mampu mengamalkanya. Dalam jemaah tabligh sebenarnya sudah cukup dengan slogan ‘kejayaan seluruh maknusia adalah dalam agama, sejauh mana dapat menjunjung ajaran Sunnah Rasulallah saw’. Kedua-dua konsep dan slogan ini tidak banyak beza sebenarnya, tetapi dari segi keperluan menangani masarakat umum kita perlukan konsep KKAS untuk mudah diterima Insyak-Allah. (untuk keterangan lebeh detail semak bab 6)
Sekarang kami rasa jemaah kita tabligh mampu mengambil manafaat dari konsep ini kerana uslup tarbiyah jemaah kita sangat menitikberatkan amalan Sunnah yang sebenarnya, yaitu amalan dengan pengorbanan, bukan teori atau retorik semata-mata, sebagaimana yang telah dilakukan oleh sesetengah jemaah yang ada.
Sewajarnya semua jemaah Islam berganding bahu lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Apabila wujud standard kayu ukur As-Sunnah yang mutlaq diiktiraf semua pehak. Semua peranan jemaah, kekurangan dan kelebihan setiap satu jemaah dinilai mengikut standard atau piawaian kayu ukur berkenaan. Rumusanya diiktiraf atau diakui oleh semua pehak yang terlibat. Dengan demikian diharapkan melenyapkan perasaan iri hati dan molopoly antara jemaah, sebaliknya diharapkan timbul ukhwah dan kerjasama yang solid antara jemaah menuju matalamat yang satu. Insyak-Allah. Ini memerlukan kajian yang teliti tentang tertib perjalanan As-Sunnah dan sirah. Sebab itu kami sangat mengharapan peranan ulama Wartisatul-Anbiyak.
Kepahaman aqidah juga perlu dinilai mengikut standard kayu ukur yang sama.
Perbezaan pahaman aqidah juga sangat penting diberi perhatian. Sebab, dikalangan ummat Melayu Islam sudah sangat kukuh bertapak nilai-nilai falsafah dalam memahami aqidah khususnya dalam bab ‘Tauhid’. Kami sangat memandang serious, kerana tauhid adalah tersangat penting dalam agama, ia mencegah daripada gejala syirik. Oleh sebab itu sewajarnya ia hanya diambil yang tulin dari Rasulallah dengan dalil yang kukuh sahaja.
Dalam jemaah tabligh, ia nampak berjaya mengatasi masaalah perbezaan kepahaman aqidah ini, walaupun masih tedapat beberapa kelemahan yang perlu ditangani secara ilmiyah. Para karkoon, sebelum menyertai jemaah tabligh, mereka terdiri dari angota masarakat yang sama seperti angota jemaah-jemaah lain juga, mereka juga terdedah dengan bermacam latar belakang tarbiyah. Dalam jemaah tabligh fikrah dapat disatukan tanpa timbul konflik dengan cara mempertebal semangat menjunjung As-Sunnah.
Slogan ‘tiada Sunnah, tiada kejayaan’ diterapkan dalam jiwa mereka. Akhirnya mereka menjadi ‘fanatik’ kepada Sunnah. Fanatik kepada Sunnah Rasul memang dituntut dalam agama. Ia tidak salah. Akhirnya mereka melupakan pahaman-pahaman lama yang tidak berdasar kepada Sunnah. Walau bagaimana pun dalam jemaah tabligh sendiri masih perlu peningkatan dari segi ilmu dan falsafah As-Sunnah itu sendiri kerana Sunnah perlu dihayati secara menyeluruh. (penjelasan lanjut dalam bab 1 dan 3)
Perlu diwujudkan matalamat perjuangan dakwah.
Akhir-akhir ini kami saolah-olah diburu dengan satu persoalan yang belum dapat jawapan atau kepastian setelah kami cuba berbincang dengan beberapa burzruk dan awalin (karkoon senior) termasuk yang bertaraf ustad. Persoalanya: Apakah sebenarnya wujud satu cita-cita yang kita dokong untuk mencapai sesuatu matalamat dipenghujung usaha dakwah kita.? Semua mereka yang kami ajak bertukar fikiran memberi jawapan Yang sama: “Usaha dakwah kita tiada penghujung sampai hari qiamat. Matalamat dakwah kita hanya satu yaitu; hidup dalam keredhaan Allah dunia dan akhirat”
Kamudian kami membalas hujah: Andainya Allah kurniakan panjang usia hingga 200 atau 300 tahun, dalam keadaan konsisten kita tidak mengubah suasana kehidupan ummah seperti hari ini. Artinya hidup kita (masarakat Islam) dipengaruhi oleh perubahan yang dicipta oleh golongan maknusia yang menolak Sunnah. Bukan kita yang mempengaruhi perubahan, bahkan kita yang terus hidup dibawah pengaruh golongan yang mengenepikan Sunnah. Sedangkan kita jemaah yang membawa seruan menitikberatkan amalan Sunnah yang telah mengubah peradaban (tamadun) maknusia seluruh alam. Apakah Allah redha jika kita terus istiqamah dengan keadaan demikian.?
Sebenarnya dalam minda kita tidak pernah terlintas yang Allah akan mengurniakan panjang usia hingga 200 – 300 tahun. Namun jika hari ini kita wujudkan cita-cita matalamat perjuangan, generasi kita akan datang akan meneruskan perjuangan yang kita asaskan hari ini. Memang demikianlah halnya perjuangan menegakkan yang haq disisi Allah memakan masa panjang hingga beberapa generasi. Jika kita tidak wujudkan, ummat Islam akan terus hidup dibawah pengaruh perubahan masarakat yang menolak Sunnah. Sampai bila.? Tiada makhluk yang mampu memberi jawapan dengan tepat. Kami khuatir dalam tempuh yang panjang, Sunnah yang kita dokong ini pun lamakelamaan semakin tipis dan boleh menjadi lenyap. Sedangkan Rasulallah saw telah menyempurnakan Sunnahnya dalam tempoh 23 tahun sahaja. Soalnya apakah Allah redha jika kita tidak menuju kearah metalamat ‘menyempurnakan Sunnah’.?
Walau bagaimana pun kami yakin maulana-maulana ulama pimpinan jemaah kita menghayati akan wujudnya matalamat dakwah yang sewajarnya menjadi dokongan kita. Artinya dihadapan kita wujud satu takaza atau cabaran besar untuk diselesaikan sebagai memenuhi tuntutan amanah Allah yang tidak mungkin dapat kita elakan.
Keyakinan kami berdasarkan kepada bayan yang disampaikan oleh pimpinan ulama tertinggi jemaah kita; Maulana By Wahab di Jhor antarabangsa di Nilai N/Sembilan pada bulan July 2009 lalu. Katanya: “Hari ini kita kena memohon banyak-banyak ampun kepada Allah kerana kita hanya mampu buat kerja dakwah saja. Kerja-kerja lain akan kita lakukan kemudian” Beliau mengulangnya berpuluh-puluh kali sahingga selesai bayanya yang sangat bernas dan panjang itu. (penjelasan lanjut semak lampiran petikan bayan Maulana halaman 74)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan