Jumaat, 11 Jun 2010
BAB 2 DUA PRINSIP DALAM PIAWAIAN AS-SUNNAH YANG GAGAL DITITIKBERATKAN DALAM PAS
1. Pas gagal menjadikan kegiatan ‘dakwah’ sebagai amalan routin disemua perengkat ahli. (Prinsip pertama dalam piawaian As-Sunnah)
2. Pas gagal menjaga amalan solat fardhu mengikut ketentuan As-Sunnah yang asal. (Prinsip kedua dalam piawaian As-Sunnah)
YANG PERTAMA DALAM BIDANG DAKWAH.
Penghayatan Pas tentang ‘dakwah’ tidak menyeluruh.
Kegiatan dakwah dalam Pas hanya dipraktikkan oleh golongan tertentu yang diangap berkelayakan menyampaikan kepada orang ramai. Ini kerana dalam Pas, pada prinsipnya ‘dakwah’ hanya diangap sebagai kegiatan menyampaikan ilmu untuk memahamkan Islam dan peringatan, demi untuk menukar penghayatan dan pendirian saorang individu kepada sikap menerima Islam sebagai cara hidup yang syumul. (Ad-deen) Yaitu menyokong idealisme perjuangan yang didokong oleh Pas. Ini adalah ciri dakwah yang tinggi disisi Allah kerana ia bersangkutan dengan aqidah Islam. Tetapi yang jelasnya Pas tidak begitu berjaya dalam menukar sifat dan amalan mereka-mereka yang sudah ditukar pendirianya.
Bertolak dari penghayatan ini, maka wujudlah trend dakwah satu hala dalam Pas. Maksudnya para pemimpin dan ulama Pas menyampaikan dakwah kepada ahli dan orang ramai. Peranan ahli biasa hanya semata-mata sebagai penerima dakwah, tiada sebarang peranan menyampaikan dakwah itu sendiri. Walau pun para pemimpin sering mengesa supaya setiap ahli sama-sama berperanan menyampaikan dakwah, namun hakikat yang berlaku sebenarnya ialah dakwah satu hala. Sebab usaha dakwah bukan begitu mudah mampu mengamalkan dengan hanya gesaan. Ia memerlukan kekuatan dan latihan yang jitu
(26)
sepertimana jamaah tabligh. Dengan begitu pun tidak semua karkoon (angota jemaah tabligh) mampu menjadi pendakwah yang baik, namun sekurang-kurangnya semangat dakwah sebagai mengusahakan hidayah untuk orang lain dan ketinggianya pada padangan Allah dapat dihayati.
Kami berpandangan selama ini penghayatan kita (Pas) terhadap ‘dakwah’ tidak menyeluruh. Sabda Rasulallah saw: “Hendaklah kamu menyampaikan walau satu ayat daripada aku” Selama ini kita angap hendak menyampaikan satu ayat dari Rasuallah saw memerlukan taraf keilmuan dan akhlak yang tinggi. Jika itu penghayatan kita selama ini, sekarang kami yakin ia adalah salah. Sebenarnya perentah Rasulallah itu adalah umum kepada semua ummatnya. Tidak terhad kepada orang yang berilmu tinggi sahaja. Walau bagaimana pun kepada individu yang berilmu tinggi memikul tanggung jawab lebeh berat dalam dakwah, sementara orang yang kurang ilmu tidak pula gugur tangungjawab untuk menyampaikan ‘walaupun satu ayat daripada Rasulallah saw’.
Pengalaman yang kami perolehi dari jemaah tabligh telah memberi kami penghayatan yang agak luar biasa tentang dakwah. Mengikut ajaran As-Sunnah yang sebenar, ummat Islam hendaklah berpegang kepada konsep ‘mengusahakan hidayah untuk orang lain, khususnya ahli keluarga sendiri dan penduduk sekampong”. Oleh itu dalam masarakat Islam perlu wujud kegiatan dakwah secara menyeluruh melibatkan sebahagian besar angota masarakat, yang akan menjadi dominant kepada seluruh pemikiran masarakat setempat samada yang sudah Islam atau yang belum Islam. Ini telah terbukti berlaku di Miwat (sebuah kampong dipinggir New Delhi India) Dimana kegiatan dakwah jemaah tabligh pertama kali dimulakan sejak 70 tahun dulu (rujuk Bab 12 memwujudkan 100% suasana agama)
Kami dalam jemaah tabligh menghayati bahawa ‘dakwah’ ialah uslup tarbiyah kerohanian yang tidak dipahami oleh majority masarakat Islam hari ini. Berarti sebahagian besar masarakat Islam tidak lagi menjalani tarbiyah kerohanian secara umum, akibatnya penghayatan dan semangat membesarkan Allah dan RasulNya terlalu tipis dikalangan ummat Islam hari ini. Dalam jemaah tabligh, ia menajdi uslup tarbiyah kerohanian kerana dakwahnya dikuti dengan unsur pengorbanan tiga perkara. Yaitu. Harta, diri dan tenaga, serentak sekali gus semata-mata untuk Allah dalam usaha mendakwahi orang ramai secara langsung, dengan semangat memangil hidayah untuk sasaran dakwah kita. Walau pun sekop penyampaianya agak sempit, namun ia bersifat asasi yang wajib. Sebab itu kesan kerohanianya benar-benar menusuk jiwa pendakwahnya, sebab itu kita nampak perbezaan antara karkoon tabligh dengan ahli jemaah lain.
Slogan (rangkapan kata-kata) yang mengekang kerja dakwah dalam masarakat Islam.
Pada hari ini secara meluas kita biasa mendengar pandangan umum masarakat Islam dimana-mana seluruh Nusantara ini. Yaitu : ‘Baikki diri sendiri dulu sebelum mendakwahi orang lain’ rangkapan kata-kata ini yang diangap sebagai falsafah atau kata-kata hikmat yang tinggi nilainya. Hingga saat ini ia diterima oleh semua pehak dimana-mana pun. Sahingga kini belum terdengar mana-mana golongan yang cuba mempertikaikanya. Secara sepintas lalu memang saolah-olah ia tersangat benar dan tepat. Kita rasakan tak mungkin sesaorang mampu membaikki orang lain kalau akhlak diri sendiri tidak cemerlang. Tetapi rupanya apabila kita terap rangkapan kata-kata itu kedalam kewajipan dakwah keatas ummat Islam, ternyata ia sangat meleset dan mendatangkan kesan buruk kepada agama. Mungkin belum ramai orang yang menyedari, tapi bagi kami ia adalah sahih muta’watir. Tidak mungkin boleh dirubah lagi.
Kami pernah mendengar kuliah ilmu yang disampaikan oleh ulama atau ustaz-ustaz dalam Pas, dalam menghuraikan tafsir sepotong firman: “Wahai orang-orang yang beriman peliharakanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”……………At-Thahrim ayat 6. Hujah mereka menjadikan firman ini sebagai dalil bahawa kita wajib menyelamatkan diri dan ahli keluarga sendiri dulu sebelum pergi mendakwahi orang lain. Sekarang kami mengangap tafsir yang sedemikian itu adalah keliru atau salah paham. Kerana maksud ‘menyelamatkan diri dan ahli keluarga dari api neraka’ itu ialah dengan cara membanyakan amal salleh.‘Berdakwah’ menyampaikan Islam itu adalah salah satu ciri amal salleh yang
(27)
sangat tinggi disisi Allah. Yang penting diberi priority kepada ahli keluarga sendiri dulu untuk didakwahi atau diajak berdakwah menyampaikan Islam kepada orang ramai. Dalil sirahnya, Rasulallah saw sendiri menyuruh sahabat-sahabatnya yang baru menerima Islam supaya berdakwah menyampaikan Islam kepada ahli keluarga dan jiran taulan terdekat secara rahsia.
Ayat ini samasekali tidak bermaksud memastikan diri sendiri dan seluruh ahli keluarga menjadi ahli syurga atau memastikan semua telah mencapai akhlak yang terpuji barulah layak mendakwahi orang lain (mengajak kebaikkan). Sebab kalau dipahamkan demikian, pada hari ini siapakah yang sebenarnya layak menyampaikan dakwah mengajak orang ramai kepada Islam.
Disini kami ingin memetik tafsir Al-Azhar oleh Dr. Hamka. Dalam menafsirkan surah At-Thahrim ayat 6 itu. Beliau tidak sedikit pun mengaitkan dengan amalan menyampaikan dakwah kepada orang ramai. Ia menukilkan: “Pangkal ayat 6 ini menjelaskan bahawa semata-mata beriman sahaja belumlah cukup. Iman mistilah dipelihara dan dipupuk, terutama dengan dasar iman yang ada hendaklah orang menjaga keselamatan diri dan ahli keluarganya dari api neraka dengan cara membanyakan amal salleh”.
Begitu juga dalam tafsir Ar-Rahman dan Ibnu Katsier. Tidak ada yang mengaitkan ayat ini secara langsung atau tidak langsung berkenaan syarat menyampaikan dakwah kepada orang ramai, mistilah memastikan diri sendiri dan seluruh ahli keluarga menjadi ahli syurga terlebeh dulu. Dalam tafsirnya Ibnu Katsier telah mencatatkan pendapat Ibnu Abbas (salah saorang sahabat yang terkemuka dengan ilmu) “Laksanakanlah amal salleh, taat kepada Allah dan meningalkan segala maksiat dan suruhlah semua anak-anak kamu selalu berzikir kepada Allah, nescaya Allah akan selamatkan kamu semua dari api neraka.” Demikianlah tafsir Ibnu Katsier.
Dengan keterangan dan dalil diatas tadi kami mengambil kesimpulan muktamad bahawa ungkapan kata-kata ‘baikki diri sendiri dahulu sebelum mendakwahi orang lain’ adalah sebagai rangkapan kata-kata bathil yang boleh menyesatkan dan hendaklah ditolak secara total kerana ia terbukti cetusan dari akal cetek semata-mata tanpa kajian ilmiyah dan dalil nash yang kukuh.
Ini dikukuhkan lagi dengan hasil penelitian kami selama lebah 10 tahun. Kami mendapati tiada saorang pun individu Islam yang mampu membaiki akhlak dirinya sendiri tanpa terlebeh dahulu menceburkan diri dalam galangang dakwah (mendekatkan diri kepada agama) samada secara langsung atau tidak lengsung. Sekurang-kurangya mereka hendaklah menerima iktikad (mengakui dan mengiktiraf) ‘Islam sebagai cara hidup yang lengkap sempurna dalam segala aspek kehidupan maknusia dan menjadi penyelamat maknusia dunia dan akhirat’.
Semangat ini wajiblah diikuti dengan amalan yang menjadi tuntutan pengiktirafanya itu. Yaitu menyampaikan kepada orang lain mengajak sama-sama menghayati semangat menjunjung agama yang syumul dalam keredhaan Allah. Atau sekurang-kurangnya bersimpati atau berjuang bersama-sama dengan jemaah yang iltizam dengan usaha dakwah dan menegakkan Islam secara berdaulah.
Dengan demikian barulah wujud unsur-unsur membaikki akhlak dan amalan dirinya. Sesiapa yang menolak falsafah ini, mereka tidak akan dapat membaikki apa-apa nilai moral pada dirinya. Tidak usah harap akhlaknya bertambah baik, boleh bertahan dalam keadaan yang sedia ada itu pun sudah dikira baik. Kalau tidak pun menjadi bertambah-tambah buruk menjelang akhir hayatnya. Oleh sebab itu kami yakin benar apabila kita terus berpegang dengan rangkapan kalimah ‘Membaikki diri sendiri dahulu, sebelum mendakwahi orang lain’ maka usaha dakwah dalam masarakat Islam akan terkubur (dan memang sudah pun terkubur beberapa abad). Jemaah tabligh dan Pas mampu melahirkan individu-individu yang cemerlang akhlak dan taqwanya ialah kerana mereka sangat tinggi komitmen kepada usaha dakwah dan amal ibadahnya sejak usia remaja lagi. Bukan menunggu baikki diri sendiri dahulu.
(28)
Dan hendak menyampaikan (mendakwahkan) nilai-nilai ini kepada masarakat bukanlah memerlukan tahap ilmu yang tinggi sangat. Namun kalau dengan ilmu yang tinggi tentunya lebeh baik lagi. Dan jauh sekali menunggu diri sendiri dulu terjamin menjadi ahli syurga barulah hendak menyampaikan dakwah kepada orang lain. Ini kerana telah terbukti jelas kegiatan dakwahnya itulah yang sentiasa mencabar dirinya untuk meningkatkan taqwa, ilmu dan membaikki akhlak dirinya. Disamping kegiatan dakwah itu sendiri sebenarnya memberikan natijah kepuasan rohani yang tiada tolok bandingnya. Apatah lagi kalau orang yang kita dakwahi dapat menerima dengan baik dan mencapai peningkatan hasil dari usaha dakwah kita.
Dengan lain perkataan yang mudah sampai kepada maksudnya ialah: Dengan terus menyahut cabaran dakwah Islamiyah barulah wujud nilai peningkatan akhlak dan amal. Bukan dengan cara membaikki diri sendiri dulu. Justeru pada hari ini hampir diseluruh dunia masarakat Islam berpegang dengan falsafah (yang sebenarnya bukan falsafah) ‘Baikki diri sendiri dulu’ akibatnya kegiatan menyampaikan dakwah secara asasi hampir-hampir lenyap sebelum wujud jemaah tabligh dan gerakkan Ikhwanul Muslimin.
Nilai dakwah yang sebenar.
Majoriti ummat Islam sebenarnya tidak menyedari bahawa ‘dakwah’ adalah amalan yang sangat tinggi disisi Allah. Justeru ‘dakwah’ adalah amalan warisan seluruh para rasul yang diturunkan Allah, dan ia diantara perentah yang terawal dari Allah kepada seluruh RasulNya.. Sebda Rasulallah saw: “Barangsiapa berdakwah menyampaikan agama daripada aku, ganjaran yang diperolehi adalah sama banyak dengan segala ganjaran ibadah dan kebajikan yang diamalkan oleh orang-orang yang mengikut seruanya, dengan tidak sedikit pun mengurangi pahala untuk dirinya sendiri. Demikianlah orang-orang yang paling mulia dan utama disisi Allah ialah amalan yang paling banyak memberi manfaat kepada orang ramai” Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah.
Demi ketinggian nilai disisi Allah dan besarnya peranan dakwah yang menjadi tunggak permulaan arus politik dan jihad untuk mendaulatkan syariat Allah yang akan menjadi pelindung seluruh ummat maknusia dibumi. Maka barangsiapa berjihad untuk keredhaan Allah, Allah akan mendorongkan taufiq dan hidayahNya , Yaitu meningkatkan kepaham ilmu dan membaikki akhlak: Fiman Allah swt: “Dan orang-orang yang berjihad untuk Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka akan jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” Surah AL-Ankabuut 69. Inilah dalil nash yang ‘dakwah’ adalah satu uslup tarbiyah rohani, dan menolak rangkapan kalimah ‘baiki diri sendiri dulu’
Hadis dan firman diatas tadi adalah sebagai dalil Allah memang memandang tinggi kepada hambaNya yang berjihad dijalanNya.. ‘Berjihad’ arti yang khusus ialah membela agama dengan kesungguhan yang tinggi sahingga taraf mempertaruhkan nyawa. Namun sebelum agama dibela tentulah wajib disampaikan dahulu kepada maknusia . Ini tertib perjalanan As-Sunnah yang mutlaq, tidak menerima sebarang perubahan sampai qiamat. Dengan demikian membela agama dengan berdakwah menyampaikan agama adalah sama tarafnya. Disudut ‘awaliyat’ tentunya ‘dakwah’ lebeh aula daripada ‘politik dan jihad’. Oleh sebab itu orang yang terbunuh kerana berjihad membela agama atau berdakwah menyampaikan agama. Kedua-dua nya mendapat taraf yang sama yaitu ‘syahid akhirat’.
(29)
Oleh sebab itu jemaah kita (tabligh) secara total menolak rangkap kalimah ‘Baikki diri sendiri dulu sebelum mendakwahi orang lain’ sebab pengalaman telah menyakinkan kita bahawa membaikki akhlak dan meningkatkan taqwa hanyalah menerusi kegiatan dakwah khususnya dakwah asasi (seperti program dakwah jemaah tabligh) yang mudah disertai oleh segenap lapisan masarakat. Sebab perkataan yang kita sampaikan mengajak kebaikan kepada orang lain sentiasa mencabar kita untuk mengamalkan kebaikkan itu. Jika kita sendiri tidak mampu mengamalkanya, akhirnya kita akan menang menghadapi halangan dari syaitan apabila kita terus istiqamah dengan usaha mengajak orang lain. (dakwah) Contohnya lihatlah akhlak dan amalan para karkoon (ahli peserta tabligh) secara keseluruhan. Dan akhlak serta maqam sahabat Nabi yang mencapai taraf yang paling unggul, salah satu sebabnya ialah kerana mereka memulakan amalan ibadahnya dengan ‘dakwah’ disamping mendapat tarbiyah dari Rasulallah saw sendiri.
Tarbiyah ummat Islam Nusantara sejak generasi moyang kita tidak menghayati ‘dakwah’.
Pada hari ini kita dapati ummat Islam saolah-olah sengaja dikekang dari menghayati As-Sunnah yang sebenar. Betapa tidak. Kalau kita menerima tarbiyah dengan penekanan nilai As-Sunnah, pasti pada awal-awal lagi kita mengahayati usaha dakwah oleh Rasulallah saw dan para sahabatnya. Dan menghayati betapa pentingnya ummat Islam memulakan tarbiyah dengan semangat atau usaha dakwah demi untuk menyempurnakan amanah Allah yang terpikul diatas bahu setiap orang yang beriman.
Justeru ketandusan semangat ‘dakwah’ kita dapat lihat kejadian anih yang berlaku sebelum tahun 70 han dalam kalangan masarakat majmuk (berbilang bangsa dan agama) negera kita. Pada tahun-tahun sebelum itu terdapat beberapa kelaurga bukan Islam (China) tinggal bermustautin dalam perkampungan Islam. Mereka berniaga menjadi peraeh atau pemborong hasil pertanian orang Islam pada waktu itu selama berpuluh tahun dikelilingi oleh keluarga Malayu Islam. Sahingga pengaruh budaya, bahasa, pakaian, dan makanan Melayu menjadi kelaziman anak-anak mereka. Malah ada yang sampai mampu meniru laungan azan dan membaca fatheha.
Namun apa yang TIDAK terjadi kepada keluarga China ini ialah menukar agama kepada Islam. Justeru beratus-ratus keluarga Islam disekelilingnya, tidak seorang pun diantara mereka yang menyampaikan ‘Islam’ kepada keluarga China berkenaan. Kerana tidak terdapat sebesar zarah pun penghayatan ‘dakwah’ dikalangan masarakat Islam disekelilingnya pada waktu itu. Fenomena ini berakhir dengan insiden bentrokan kaum pada 13 May l969 diseluruh Tanah Melayu pada waktu itu, menyebabkan keluarga China yang tingal bermustautin dalam perkampungan Islam lari meningalkan kampong Melayu tempat mereka bermustautin berpuluh-puluh tahun.
Ini membuktikan bahawa Melayu Islam telah menerima tarbiyah agama tidak secocok dengan perjalanan As-Sunnah. Yang menyebabkan kerja dakwah mengajak orang kafir kepada Islam adalah dirasakan terlalu asing pada waktu itu. Mungkin
(30)
ia sudah berlaku selepas saja wali songgo menyampaikan Islam di tanah Jawa. Oleh sebab itu semangat kepahaman ‘membaikki diri sendiri dulu sebelum mendakwahi orang lain’ tumbuh dengan subur dikalangan Islam Melayu hingga hari ini. Tidak pernah terdengar mana-mana kalangan yang cuba membahas atau memikirkan semula falsafah yang menjadi pengangan iktikad Melayu Islam selama ini.
Akibatnya, diri sendiri tidak pernah bertambah baik, maka dakwah pun tidak pernah diamalkan dan juga tidak pernah ditarbiyahkan supaya menjadi amalan routin sebagai ibadah yang tinggi disisi Allah. Tidak pernah terfikir bahawa ‘dakwah’ itu ada tangung jawab kewajipan setiap ummat Islam, sebab sejak sekian lama kita menghayati ‘dakwah’ sama dengan menyampaikan ilmu dan tazkirah kepada orang ramai maka ia adalah kewajipan para ulama dan ustad-ustad sahaja.
Puak Islam secular Umno yang memerentah Negara (yang diberi kepercayaan oleh penjajah Ingrish) tidak membuat apa-apa langkah untuk membetulkan kepercayaan Melayu Islam yang sungsang itu, malah sebaliknya mengeluarkan kenyataan yang lebeh memburukan lagi. Telah diwawarkan kenyataan bahawa Mengajak orang kafir kepada Islam boleh diangap sebagai mengugat keharmonian kaum. Inilah satu gejala mungkar yang tidak disedari oleh ummat Melayu Islam hingga hari ini. Oleh sebab itu bagaimana mungkin karkoon tabligh menyokong kerajaan Umno. ? Tentulah kerana disebabkan kedangkalan ilmu aqidah Islam.
Dakwah Islam di Malaysia selepas wujud jemaah Pas.
Sahingga awal tahun 50 han jemaah gerakkan Islam ‘Pas’ diperkenalkan kepada ummat Islam Melayu Malaya. Selepas itu pun tangapan ‘dakwah’ dikalangan ummat Melayu Islam masih tidak banyak berubah, kerana tangapan kalangan pemimpin Pas sendiri bahawa ‘dakwah’ itu adalah sama dengan menyampaikan ilmu atau contoh amalan baik mengikut lunas Islam untuk mengajak orang ramai menyokong dan mendapat keselamatan dalam Islam. Maka hanya ulama dan para ustad sahaja yang layak kerja menyampaikan dakwah. Samasekali tidak pernah diangap ‘dakwah’ itu sebagai uslup tarbiyah kerohanian. Oleh sebab itu ‘dakwah’ dalam Pas berjalan satu hala.
Akibatnya sahingga hari ini ahli-ahli Pas saolah-olah tidak menyedari kewajipan mereka mendakwahi rakan seperjuangan politik mereka dari Parti Keadilan Rakyat. Malah yang lebeh malang kejadian yang menyangah syarak, yaitu melihat kehadiran Parti Keadilan Rakyat sebagai saingan sengit untuk mendapatkan peluang menjadi calun pilihanraya. Ini bukan saja telah tergelincir dari penghayatan dakwah, bahkan meruntuhkan reputasi dan moral jemaah semata-mata kerana tiada menghayati nilai ‘dakwah’ yang sebenarnya.
Mujurlah sekarang wujud jemaah tabligh, yang sedikit sebanyak membuka mata masarakat Islam kepada kegiatan dakwah asasi yang diamalkan oleh Rasulallah saw pada perengkat awal menerima perentah ‘dakwah’. Sebelum itu mengertian ‘dakwah’ hanya dihayati oleh semua orang sebagai menyampaikan kesedaran Islam dengan berbagai cara. Sememangnya diakui ia adalah salah satu uslup ‘dakwah’ Namun hanya dakwah satu hala oleh orang-orang tertentu yang layak, ia tidak memberi kesan tarbiyah kerohanian kepada ahli biasa sebagaimana jemaah tabligh.
(31)
Kesan usaha dakwah Pas berbanding jemaah tabligh.
Walau bagaimana pun uslup dakwah dan tarbiyah memberi kepahaman kepada masarakat Islam secara umum yang dilakukan oleh Pas, samada berbentuk ceramah umum, atau majlis-majlis ilmu dimasjid dan disurau-surau, telah berjaya memberi kesan kesedaran yang sangat positif kepada masarakat Melayu Islam. Kerana sememangnya sejak beberapa abad masarakat Melayu Islam telah menerima tarbiyah agama tidak memenuhi keperluan kepahaman asas prinsip Islam itu sendiri. Ini kerana mungkin kesilapan ulama silam, disamping kerajaan penjajah dan kerajaan secular selepas penjajah tidak ingin melihat rakyat Islam beramal dan menghayati Islam yang tulin daripada As-Sunnah. Semata-mata kerana memelihara kepentingan politik mereka. Yaitu supaya mereka yang tidak benar-benar memahami Islam akan terus menyokong pahaman politik secular yang durjana dan terkutuk disisi Allah.
Kami sendiri sebelum ini hanya memahami Islam sebagai satu anutan yang melarang kita makan daging babi, wajib tunaikan solat lima kali sehari, tak boleh menyembah berhala, misti puasa dibulan ramadhan, dan sambut hari raya dipenghujungnya. Amalkan keduri tahlil do’a selamat beberapa kali setahun, dan kalau cukup harta kaMakkah mengambil haji. Cukup itu saja, dalam tahun-tahun 40han, 50han dan 60han, majoriti angota masarakat Islam khususnya orang kampong secara umumnya memhami Islam yang demikian itu. Termasuk ketua kampungnya, Imamnya, bilalnya dan kadang termasuk juga ustadnya. Sebab itu guru-guru tareqat yang membawa ajaran sesat mudah bertapak mendapat sambutan dikalangan masarkat Islam yang tidak memahami Islam yang sebenarnya.
Bermula dari mendengar ceramah dan majlis kuliah ilmu yang disampaikan oleh ustad-ustad dan ulama Pas, minda kami mula terbuka untuk memahami Islam yang kita anuti sejak beberpa kurun sebelum kita. Minat kami mula bercambah dengan sering menatap kitab-kitab tafsir Al-Quran, hadis Rasulallah dan Sirah, yangmana itu semua tidak pernah menarik perhatian kami sebelumnya. Minda kami dipenohi dengan program-program kedunian saolah-olah kekal abadi tidak akan berpindah keakhirat. Ini adalah semangat kepahaman puak secular yang memerentah Negara kita hari ini.
Kemudian jemaah tabligh pula menarik perhatian kami kerana akhlak dan amalnya nampak mengatasi jemaah Pas. Usaha dakwahnya sungguh mena’ajubkan kami. Para burzruknya (ahli vetran tabligh) mampu memujuk kami hingga beberapa tahun dengan penoh semangat dan sabar. Kami sungguh merasa terhutang budi kepada burzruk berkenaan kerana gigihnya mendakwahi kami.
Kini selepas membuat menyelidikan berbelas tahun, barulah kami paham mengapa burzruk berkenaan begitu bersungguh berusaha keatas sesaorang individu supaya menyertai jemaah mereka. Hakikat sebenarnya ia melakukan itu bukan semata-mata untuk kami, tetapi untuk agama Allah. Disebabkan kuatnya semangat dakwah dan penghayatan tingginya pandangan Allah kepada usaha dakwah. Ia telah mengorbankan harta, diri, dan tenaga serentak sekali gus semata-mata untuk dakwah. Ia sungguh berkesan dalam pengalaman kami pertama kali menyertai program jemah tabligh 3 hari. Kami merasakan satu kejutan rohani yang belum pernah kami alami sebelum ini. (Bagaimana ia boleh terjadi begitu kami jelaskan dalam bab-bab selanjutnya.)
(32)
Setelah bebrapa lama kami menimba pengalaman dalam jemaah tabligh, kami dapati tarbiyah kerohanian jemaah tabligh benar-benar memberi kesan kepada jiwa sesaorang, maka sewajarnya tarbiyah begini dilalui oleh semua orang Islam. Namun begitu pengalaman kami telah meningalkan satu persoalan yang menjadi konfik dalam naluri kami: Yaitu jemaah tabligh tidak bersetuju dengan Pas. Ada yang berani memberikan alasan ‘Pas adalah jemaah bathil’ tetapi kami tetap menolak alasan yang keterlaluan itu. Ia telah mendorong kami menyelidik mencari jawapan sebagaimana yang kami hasilkan sekarang.
Nilai dengan lapang dada akan nampak persamaan kedua jemaah.
Kami telah menyedari bahawa As-Sunnah itu adalah terlalu berat tuntutanya untuk disempurnakan amanahnya oleh ummat dizaman ini. Justeru Allah swt pun memang mengajurkan supaya kita tolong menolong dalam hal membuat kebajikan kepada Allah. Oleh sebab itu jika kita menilai dan meneliti dengan lapang dada dan penoh ikhlas semata-mata kerana Allah, kita dapati tidak terdapat perbezaan yang besar antara kedua jemaah, bahkan mereka bersifat sempurna dan menyempurnakan antara satu sama lain.
Ada pun perbezaan yang wujud hari ini hanyalah semta-mata kita (jemaah tabligh dan Pas) gagal meneliti perjalanan Sirah Rasulallah saw dan kurang semangat untuk menjunjung selruruh prinsip As-Sunnah secara keseluruhan berpandu kepada konsep ‘Fiqhul Awaliyat’. Kemungkinan besar kerana disedari ia terlalu berat, dan merasa jemaah sendiri tidak mampu, tetapi kelemahan itu sedaya upaya ditutupi demi menjaga ‘maruah keungulan’ sahingga sangup mengenepikan nash. Apa yang wujud hari ini masing-masing dengan pendekatan yang berbeza melahirkan keperibadian yang jauh berbeza saolah-olah tiada kaitan antara keduanya.
Dalam Pas tarbiyahnya banyak dalam bentuk kepahaman ilmu, haraki dan semangat politik. Manakala dalam jemaah tabligh kerohanian dan amal ibadah, dan menerapkan semangat kebesaran Allah dan Rasul kedalam jiwa. Ia merupakan asas kepada iman dan keikhlasan. Kesemuanya adalah sama penting untuk membentuk satu syaksiah yang berilmu dan ungul. Mengapa tidak satu jemaah tunggal diwujudkan untuk mengamal dan menitikberatkan semua prinsip As-Sunnah itu.? Inilah sebagai bukti yang ia sebenarnya terlalu berat.
Sewajarnya semangat kebesaran Allah dan Rasul mendominasi seluruh jiwa ummat Islam, kerana ia merupakan nilai yang asas yang wajib dihayati oleh segenap penganut Islam. Apabila ditinjau, semua orang Islam mengakui ‘membesarkan Allah dan Rasul’, tapi hakikatnya tidak begitu, ia hanya sekadar mengaku dimulut sahaja, sebab hampir tidak nampak sebarang pengorbanan untuk benar-benar membesarkan Allah dan RasulNya. Buktinya solat yang menjadi tiang agama pun dengan mudah dilalaikan. Termasuk individu yang sudah memegang keahlian Pas selama berpuluh tahun.
Begitulah pentingnya “Fiqhul Awaliyat’ dan tertib missi ke Rasulan 7 prinsip dititikberatkan dalam tarbiyah dan amalan dalam menegakkan As-Sunnah. Berpandu kepada konsep standard kayu ukur As-sunnah, jemaah tabligh telah mem
(33)
ulakan tarbiyahnya kebetulan tepat dengan tertib dan prinsip piawaian As-Sunnah
yang pertama secara tidak sengaja. Oleh sebab itu tidak timbul masaalah kepada karkoon tabligh apabila diseru supaya menitikberatkan segala amalanya kepada konsep ‘Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah’ sedangkan konsep berkenaan tidak pernah diperkenalkan secara formal kepada jemaah tabligh.
Dalam Pas konsep ini pernah cuba diperkenalkan oleh satu golongan dalam jemaah Pas itu sendiri untuk menjadikan tunggak tarbiyah demi untuk merealisasikan ‘konsep satu amal satu fiqrah’. Ternyata tidak berjaya kerana ramai orang Pas tidak mampu mengamalkanya kerana ketandusan semangat kebesaran Allah dan Rasul dengan ertikata yang sebenarnya . Karkoon tabligh telah menjalani tarbiyah asas dilatih menghayati ketingian nilai usaha dakwah disisi Allah, menyebabkan mereka sentiasa sebuk dengan program dakwah, dan secara tidak sengaja terlalai pula tarbiyah memahami As-Sunnah secara menyeluruh. Yang menyebabkan mereka menolak perjuangan Pas.
Dan kegiatan dakwah asasi seperti program jemaah tabligh itu sebenarnya dapat menjelmakan kepuasan rohani yang tinggi yang tidak pernah dialami oleh ahli Pas. Walhasil ‘dakwah’ sebenarnya hendaklah juga dipandang sebagai uslup tarbiyah kerohanian, bukan semata-mata menyampaikan ilmu dan penghayatan demi untuk mengubah pendirian sesaorang kepada menerima Islam sebagai cara hidup yang syumul.
……………………………………………….
(34)
YANG KEDUA PAS GAGAL DALAM BIDANG MENJAGA SOLAH FARDHU.
Perentah solah mengikut As-Sunnah yang asal.
Dalam tarbiyah Pas sangat kurang, atau boleh dikatakan samasekali tidak ada program jemaah secara tersusun dalam hal menjaga kewajipan solah fardhu mengikut tuntutan As-Sunnah yang sebenar. Dibawah ini kami catatkan hadis-hadis yang bersangkutan dengan tuntutan menjaga solah fardhu. Kami kutip hadis-hadis ini dari buku jemaah tabligh ‘Fadhilat solah’ Ditulis oleh Raisul Muhadisin Maulana Muhammad Zakaria. Syaikul Hadis, Mahazir Ulum, Shahranfur India.
1. Dari Mu’az bin Annas ra. Beliau telah mendengar Rasulallah saw bersabda : “Sesaorang yang tidak menunaikan solah dimasjid setelah terdengasr azan , ia diangap melakukan satu kesalahan
besar kerana telah sampai kepada batas kufur dan nifaq”. Hasdis riwayat Abu Daud dan Nasya’ei.
2. Dari Ibnu Abbas beliau telah mendengasr Rasulallah saw bersabda: “Sesaorang yang tidak pergi menunaikan solah berjemaah setelah mendengar azan dari masjid tanpa dengan uzur syara’ei, maka solatnya yang ditunaikan dirumah tidak diterima Allah”. Kemudian saorang sahabat baginda bertanya “Apakah uzur syar’ei itu Ya Rassullah saw” Maka baginda menjawab: “Sakit atau ada bahaya yang mengancam keselamatan kamu”. Hadis riwayat Dharaqutni.
3 Dari Abdullah bin Qurt ra beliau telah mendengar Rasulallah saw bersabda: “Amalan solat ialah yang pertama sekali disoal pada hari hisab. Jika solat kamu didapati lulus, maka amalan yang lain akan mengikut lulus. Jika solatnya gagal semua amalan lain akan ikut gagal” Hadis riwayat At-Tabbrani.
4. Dari Abu Hurairah ra beliau telah meriwayatkan satu kesah dimana Rasulallah saw pernah ditanya oleh saorang sahabatnya yang cacat penglihatan bernama Maqtum: “Ya Rasulallah. Hamba ini buta, tiada siapa yang hendak menolong berjalan kamasjid. Bolehkah hamba menunaikan solat fardhu dirumah.? Dengan sepontan Rasulallah saw menjawab “Boleh” Tetapi sejurus setelah Maqtum beridar meningalkan Rasulallah saw, Rasulallah memangilnya semula dan bertanya: “Apakah dari rumah kamu boleh terdengar azan.? “Ya. Hamba dapat mendengarnya” jawab Maqtum. “Kalau begitu kamu hendaklah datang kemasjid menunaikan solat berjemaah” kata baginda. Hadis riwayat At-Thamizi.
5. Dari Abu Hurairah ra beliau telah mendengar Rasulallah saw bersabda: ‘Daku ingin menyuruh kanak-kanak mengumpul kayu api banyak-banyak untuk ku, dan aku akan pergi kerumah-rumah orang yang menunaikan solat fardhu dirumahnya sendiri , akan ku bakar rumah-rumah mereka.” Hadis riwayat Imam Muslim.
6. Dari Abu Dharda ra beliau telah mendengar Rasulallah saw bersabda: “Walau hanya dua orang Islam dalam satu kampong. Hendaklah mereka mnunaikan solat fardhu berjemaah. Jika tidak syaitan akan menguasai mereka. Ingatlah solat berjemaah adalah sangat mustahab. Mereka yang solat fardhu bersendirian umpama saekor kambing yang tunggal, dengan mudah akan diratah oleh serigala” Hadis riwayat Imam Ahmad bin Hanmbal.
(35)
7. Dari Ibnu Abbas ra beliau telah mendengar Rasulallah saw bersabda: “Saorang yang sengaja melengah-lengahkan solatnya (walaupun ia mengqadhakanya kemudian) Ia akan ditempatkan dalam neraka jahanam selama satu huqub. Satu huqub bersamaan 80 tahun diakhirat. Manakala sehari diakhirat bersamaan 1000 tahun didunia.” Hadis riwayat Abul Laith Samarkandi.
8. Ada saoang sahabat bertanya kepada Ibnu Abbas ra setelah kewafatan Rasuallah saw: “Bagaimana saorang yang berpuasa sepanjang bulan dan menunaikan solat nafil sepanjang malam, tetapi tidak pernah menghadirkan diri solat berjemaah dimasjid sepanjang hayatnya.”? Maka jawab Ibnu Abbas: “Orang itu akan menjadi penghuni neraka jahanam”. Dari buku Fadhilat Solat oleh Maulana Zakaria.
9. Firman Allah swt: “Hanyalah orang yang memakmurkan masjid-majid Allah, ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah. Maka merekalah yang diharapkan termasuk orang yang mendapat petunjuk Allah”. Surah At-Taubbah ayat 18.
Keterangan dan ulasan rengkas.
Hadis 1 dan 2 jelas sekali menunjukan bahawa hukum menyahut seruan azan dari masjid adalah fardhu ‘ain. Samasekali tidak boleh direngankan. Imam Ahmad bin Hanmbal salah saorang imam mazhab kiata maseh terus berpegang kepada hukum ‘Fardhu ain’.
Hadis 3 menjelaskan betapa beratnya yang ditanggung sekirangsya amalan solatnya tidak lulus pada hari hari hisab kelak. Patutkah kita sebagai angota aktivis gerakkan Islam memandang rengan perkara ini,?. Hadis 4 pula menunjukan Rasulallah saw tidak mau bertolak ansur dengan saorang yang buta dalam hal menyahut seruan azan. Dan kemarahan Rasulallah saw digambarkan dalam hadis 5 walaupun tiada riwayat Rasulallah saw betul-betul membakar rumah para sahabatnya., namun gambaran kemarahanya sudah jelas. Hadis 6 pula menerangkan bahawa ajaran Rasulallah saw samasekali tidak membolehkan ummt Islam menjalani hidup sendiri-sendiri tanpa bergabung menjadikan satu jemaah untuk menjunjung perentah Allah. Dan kesatuan ummat Islam misti dimulakan dari menunaikan solat berjemaah dimasjid. Oleh sebab itu langkah pertama Rasulallah saw setelah hijrah di Madinnah ialah membena masjid, walaupun waktu itu penganut Islam masih terlalu minority.
Hadis 8 fatwa dari saorang sahabat baginda yang terkanan bernama Ibnu Abbas menguatkan lagi hukum fardhu ‘ain. Manakala firmah Allah surat At-Taubbah ayat l8 mengambarkan betapa rapatnya kaitan antara iman dan kewajipan memakmurkan masjid.
Dalam menangapi hadis-hadis yang tersebut diatas tadi, salah saorang naqib usyrah kami memberi tahu bahawa kebanyakan hadis-hadis fadhilat yang terdapat dalam buku jemaah tabligh itu adalah hadis falsu. Kami meragui samada hujahnya itu berbentuk ilmiyah atau kerana sikapnya yang anti jemaah tabligh. Sebab kalau dikatakan hadis-hadis itu lemah perawinya, mudahlah kami menerima. Tetapi kalau dikatakan palsu. Ia menimbulkan banyak persoalan. Sebab kita tidak nampak apa-apa motif orang memalsukan hadis untuk tujuan menyuruh orang ramai rajin mengimarahkan masjid.
Mencipta hadis palsu sudah tentu hukumnya haram dan berdosa besar. Tetapi kalau memalsukan hadis bertujuan supaya orang ramai rajin mengimarahkan masjid, sudah tentu luar biasa dan menimbulkan berbagai tanda tanya. Bagaimana boleh dikaitkan dengan dosa besar kalau ia mendatangkan kebaikkan kepada ummat Islam keseluruhanya.
Disamping itu cuba sama-sama kita renungkan pula akibatnya apabila ummat Islam hari ini mengabaikan amalan hadis-hadis yang dikatakan palsu oleh naqib kami tadi. Khususnya dalam kontek keperluan mengimarahkan masjid dalam menjunjung cita-cita perjuangan ummat Islam hari ini. Dengan hujjah ini naqib kami telah mengajukan persoalan ini kepada saorang yang diangap mempunyai otority dalam bidang hadis. Ia dengan tegas
(36)
menolak tangapan yang mengatakan hadis-hadis tersebut adalah palsu. Justeru itu sahingga hari ini kami tetap berpendirian menghormati dan ambil respon positif terhadap jemaah tabligh yang sentiasa menitikberatkan amalan berpandu hadis-hadis tersebut.
Sepanjang pengalaman kami terlibat dalam bermacam-macam program tarbiyah Pas, hadis-hadis yang kami paparkan diatas tadi sangat kurang atau hampir tidak pernah samasekali dibaca atau dihuraikan oleh ustad atau ulama Pas. Sebab utama kerana ia tidak termasuk dalam kurikulum tarbiyah. Dan yang keduanya kami mengangap kerana ramai para ustad dan ulama Pas sendiri yang kurang mampu untuk mengamalkanya. Oleh itu mereka memilih untuk tidak menghurai hadis-hadis itu.
Kami merasakan sesungguhnya untuk mengamalkan hadis-hadis itu istiqamah adalah sangat mencabar kekuatan iman. Ini kerana dalam tarbiyah Pas selama ini kurang memandang penting tentang menghadirkan diri menyahut seruan azan. Sahingga pada akhir-akhir ini issu keenganan ahli Pas menjadi pengimarah masjid hampir menjadi kontroversi yang memalukan disetengah-tengah tempat. Mereka bercakap lantang diluar masjid, didalam masjid tidak kelihatan batang hidungnya. Oleh sebab itu selama ini nampaknya ustaz-ustaz Pas lebeh memilih mengamalkan solat fardhu mengikut mazhab Imam Syafi’ei: “Menyahut seruan azan dari masjid adalah fardhu kifayah” .
Tarbiyah menjaga solat dalam Pas sangat perlu dititikberatkan.
Mengikut ijtihad mazhab Imam Syaf’ie tidaklah ada salahnya pada syarak. Tetapi sebagai angota jemaah gerakan Islam yang mendokong cita-cita agong mengembalikan martabat Islam, sewajarnya kita berfikir menentukan amalan solat yang menjadi tunjang Islam itu sendiri menepati ketentuan As-Sunnah yang asal. Apatah lagi apa bila memandangkan solat itu sebagai ‘tiang agama’ yang disebut oleh Rasulallah saw sendiri, sejajar dengan cita-cita jemaah hendak mendaulahkan Islam yang kita perjuangkan mati-matian hingga saat ini. Tambahan pula perkembangan politik hari ini menunjukan penguasaan jemaah kita kepada institiusi masjid adalah sangat starterjik.
Oleh sebab tidak wujud program menjaga solat dalam tarbiyah Pas secara formal, maka hingga saat ini Pas masih lazim mengadakan program-program politik yang melambatkan solat, khususnya waktu asar dan zuhur secara sengaja solat dikemudiankan. Ia berlalu dengan keadaan normal, tidak ada sebarang gambaran berlakunya sesuatu incident yang dikesali sebagaimana dalam jemaah tabligh. Semata-mata kerana tiada penghayatan tentang konsep ‘Fiqhul Awaliyat’ jauh sekali piawaian standard kayu ukur As-Sunnah. Yang mana lebeh aula antara ‘politik dan solat ’tidak pernah menjadi pertimbangan. Inilah nilai-nilai yang belum pernah dititikberatkan dalam tarbiyah Pas.
Sepanjang yang kami pernah terlibat dalam tarbiyah Pas mengenai ‘solat’. Ada diantara ustad-ustad Pas yang sangat cenderong meneliti nilai As-Sunnah dalam kafiat mengerjakan solat. Umpamanya membahas dan meneliti dalil-dalil jarak jaoh bermusafir yang membolehkan menjama’ solat. Membahas hukum meningalkan do’a qunut, wirit selepas solat yang mana lebeh Sunnah secara bersendirian atau scara berjemaah. Dan banyak lagi tajuk-tajuk penting yang tidak mungkin dapat kami catatkan semua disini.
Kami sangat memandang positif tetang pengkajian ilmu nilai Sunnah dalam solat, sebab kesanya sangat positif. Ia dapat menghilangkan sikap fanatic atau ta’asuf kepada sesuatu mahzab, sebab ternyata seikap ta’asuf yang melampau sangat tidak baik dalam kontek ‘kesatuan ummat Islam’. Tetapi dalam menangapi soal ini pehak kami telah menjadi mangsa tuduhan sebagai ‘pengugat ketentraman’ kerana menyebabkan terjadi khilaf antara dua golongan yang menyokong dan menetang.
Ini terjadi apabila kami mengemukakan pandangan bahawa penelitian nilai As-Sunnah yang kita (jemaah Pas) lakukan sekarang adalah terlalu tinggi sahingga terlepas pendang sesuatu yang lebeh aula dan lebeh afdhal yang wajib dititikberatkan sejak awal lagi sebab taraf dalilnya adalah sahih muta’watir yang tiada khilaf antara ulama. Faktanya ialah: Tidak terdapat mana-mana kitab sirah atau sejarah Nabi yang mencatatkan Rasulallah saw dan para sahabatnya menunaikan solat fardhu sendirian ditumah masing-masing apabila azan waktu solat dilaungkan. Sepanjang hayat Rasulallah saw dan para sahabatnya semuanya bergegas kamasjid menunaikan solat fardhu berjemaah’.
(37)
Pada pendangan kami fatka sirah ini tidak memerlukan kepada perbahasan yang panjang kerana dalil-dalil yang terdapat, Rasulallah saw hampir tidak memberi ruang samasekali untuk absent (tidak menghadirkan diri) dari solat fardhu berjemaah dimasjid, walaupun kepada saorang sahabat yang buta. (sila semak semula dalil-dalil yang kami kemukakan pada awal bab ini) Perbahasan yang kami usulkan ini menyebabkan terjadi perselisihan. Ada golongan yang menyokong dan membenarkan kesilapan berlaku selama ini, kerana tidak berani menafikan dalilnya yang sahih bertaraf muta’watir. Manakala golongan yang menentang hujahnya terlalu cetek, atas alasan perbezaan zaman dan status masjid, yang tidak dapat diterima samasekali. Apa yang kami nampak hanyalah semata-mata helah kerana tidak mampu hendak mengamalkanya. Dan ada juga golongan yang mahu keputusan dari ulama tertinggi jemaah kita.
Fakta sejarah mengenai solah berjemaah diatas tadi sebenarnya sangat penting dipahami dan dihayati oleh semua ummat Islam khususnya ahli Pas untuk dijadikan dasar ibadah solat mereka. Sebab kami mendapati amalan bergegas kamasjid tanpa dengan niat dan semangat yang betul (menjunjung As-Sunnah) selalunya gagal istiqamah atau terhenti ditengah jalan. Telah terjadi kepada ramai ahli jemaah masjid yang sudah bertahun-tahun bergegas kamasjid setiap kali waktu solat, tiba-tiba berhenti dengan tanpa sebab. Penyelidikan kami telah memberikan jawapan: Mereka kamasjid bukan atas penghayatan untuk menjunjung amalan As-Sunnah. Bahkan mereka tidak pernah mendengar sejarah sirah tentang pentingnya berjemaah dimasjid yang ditekanlah oleh Rasulallah saw. Semangat atau niat mereka merasa perlu bergaul dengan ahli-ahli jemaah masjid, mudah kalau adakan kenduri kendara. Atau seronok bertemu kawan-kawan sebaya sambil mendapat pahala lebeh. Dan yang lebeh teruk “Apa nanti orang kata kalau kita mengaku Islam tapi tak pernah kamasjid”
Timbul persoalan, mengapa mereka tidak paham tentang sirah kewajipan berjemaah sedangkan mereka sering mengkuti majlis ilmu yang disampaikan oleh para ustad dimasjid ?. Jawapan yang kami dapat ialah: Sahingga saat ini belum ada ustad atau ulama yang benar-benar mampu bersuara dengan tegas menyatakan fakta syarak ‘menghadirkan diri menunaikan solat fardhu berjemaah dimasjid adalah fardhu ‘ain. Jika tiada uzur syara’ie menunaikan solat fardhu bersendirian dirumah tidak diterima Allah.” Kecuali ulama jemaah tabligh yang sejak mula-mula kita mengikuti tarbiyahnya keluar 3 hari fakta sejarah sirah inilah yang mula-mula dititikberatkan.
Malangnya bayan (penjelasan) yang disampaikan oleh para karkoon dimasjid-masjid hampir tidak mendapat perhatian dari ulama luar. Yang pertama kerana penyampainya diangap tidak berkelayakkan. Yang kedua kerana pandangan negative terhadap jemaah tabligh. Sebab itu mereka (penceramah ilmu dimasjid) tidak mampu menentang arus amalan kebiasaan masarakat Islam hari ini, kerana risikonya seperti yang kami alami. Kami dituduh ‘mengugat ketenteraman’, kerana kononya kami menyangah ulama mazhab.
Namun begitu kami dapati ada segolongan ulama dan ustad Pas yang mampu menyangah amalan kebiasaan masarakat Islam hari ini. Mereka berani bersuara lantang mengatakan perbuatan kenduri aruakh adalah bid’ah. Isti’adat pengantin bersanding adalah bid’ah dholallah. Memasang pelita pada 27 Ramadan bukan dari ajaran As-Sunnah , dan berbagai macam lagi yang tidak mungkin dapat dicatat semua. Tetapi apa yang kami sedari selama ini mereka nampaknya tidak mampu mengutarakan fakta As-Sunnah ‘Menunaikan solat fardhu bersedirian dirumah masing-masing adalah juga bid’ah yang sangat tercela’ Sedangkan dalilnya jelas terang sekali tiada khilaf antara ahli hadis. Pada angapan kami ialah kerana mereka ( ulama dan ustad berkenaan) merasa dirinya tidak mampu mengamalkanya, maka mereka lebeh memilih untuk terus mengikut mazhab imam Syafie dan tidak menonjolkan hadis-hadis tersebut kepada orang ramai. Itulah sebabnya mereka yang sentiasa mengikuti majlis ilmu dimasjid-masjid pun masih belum menghayati tuntutan mengamalkan solat fardhu berjemaah setelah terdengar azan. Sahingga hari ini mereka hanya didedahkan dengan fadhilatnya, tetapi tidak ‘tuntutanya’.
Bolehkah sengaja melengahkan solat fardhu kerana program politik ?
Kebanyakan ahli Pas paham betapa Rasulallah saw sangat memberatkan solat fardhu pada awal waktu. Sedang dalam peperangan pun Nabi tetap mengutamakan solat dengan caranya yang tertentu. Tetapi ada satu riwayat dalam sirah, berlaku semasa perang Khandak Rasulallah saw pernah menta’akhirkan solat Asar kerana kepentingan mengepung kampong Yahudi banu Khuraiza bagi memastikan musuh yang dilaknat Allah itu ditumpaskan setelah mereka mengkhianati perjanjian dalam peperangan itu. Ketika peristiwa sedemikian itulah baru Rasulallah saw mengharuskan solat fardhu dilambatkan. Kami pernah mendengar ceramah tokoh Pas yang mengunakan alasan riwayat ini untuk membolehkan Pas melambatkan solat fardhu kerana program politik.
(38)
Persoalan yang timbul dalam kontek sekarang ialah: Apakah harus peristiwa dalam perang Khandak itu kita samakan dengan urusan mesyuarat, sessi majlis dialog sambil beramah mesra dengan pemimpin.? Bagaimana pun kami rasa adalah harus kita mengambil iktibar riwayat sirah yang tersebut diatas kerana motif usaha kita adalah
sama untuk menumpaskan musuh Islam walau pun dalam keadaan yang tidak tegang seperti yang berlaku dalam riwayat itu. Tetapi hendaklah dengan syarat-syarat tertentu: Yang pertama hendaklah dilakukan atas keadaan yang benar-banar mendesak bukan dijadikan budaya kelaziman yang menyebabkan memandang enteng kewajipan menjaga solat fardhu. Saolah-olah tiada apa-apa cacat celanya.
Syarat yang kedua kita wajib memwujudkan uslup menjaga solat fardhu secara menyeluruh, untuk membangkitkan kesedaran betapa pentingya menjaga solat fardhu sebagai ‘tiang agama’ dan menghayati mengikut tuntutan As-Sunnah. Jadi, kalau pun pada ketika tertentu kita terpaksa melambatkan solat fardhu atas sebab program perjuangan politik, maka kita akan melambatkan solat dengan rasa penoh terharu, kerana atas kesedaran: Solat adalah lebeh aula dari program politik. Hendaklah juga dihayati program politik kita tidak akan memberi apa-apa makna jika kita bertindak menterbalikan konsep ‘Awaliyat’ dimana tertegaknya standard kayu ukur dengan prinsip dan tertib As-Sunnah yang bersifat static, tiada menerima sebarang perubahan sampai qiamat.
Apa yang terjadi hari ini, nampaknya ahli-ahli Pas merasa normal sahaja terhadap kejadian melambatkan kewajipan solat fardhu. Tiada sebarang rasa terharu atau tercela, sedangkan disisi As-Sunnah ia adalah sangat berat. Maka dengan ini kami mengambil kesimpulan perbuatan melambatkan solat fardhu dalam keadaan tenang dan gembira adalah berdosa. Dan ia memberi gambaran tentang tangapan jemaah kita (Pas) terhadap kewajipan menjaga solat fardhu. Ditahap mana sebenarnya kita meletakkan ‘tiang agama’ yang boleh menyebabkan pertolongan Allah kepada jemaah kita tertangguh kerana kita mengabaikan ‘tiang agama’.
Walau bagaimana pun adalah mustahil sebuah jemaah yang angotanya beratus-ratus ribu orang seperti Pas ini dapat membaikki solatnya mengikut tuntutan As-Sunnah 100%. Tetapi sebagai satu jemaah besar yang mendokong cita-cita syarak yang besar, memwujudkan tarbiyah menjaga solat fardhu bagi memenuhi tuntutan As-Sunnah adalah menjadi wajib sejajar dengan matalamat perjuangan yang hendak dicapai. Pasti akan wujud golongan yang tinggi dan rendah pencapaianya, bahkan tentu akan ada yang gagal samasekali. Ini perkara lazim dalam satu-satu uslup tarbiyah.. Ia tentunya tidak mengugurkan kewajipan memwujudkanya.
Tanggapan Pas dalam menjaga kewajipan solat fardhu hari ini.
Secara keseluruhan, cara Pas menangapi amalan solat fardhu mengambarkan betapa Pas memang memandang rengan dalam hal ini. ‘Tunaikanlah solat mengikut keselesaan anda asalkan jangan ditinggalkan samasekali’ Saolah-olah itulah yang menjadi falsafah peganganya. Walau pun tidak pernah kedengaran mana-mana ulama atau ustad Pas menyebut falsafah demikian. Namun soal menjaga solat fardhu, soal berjemaah dimana azan dilaungkan, soal menjaga solat nafil, soal khususk, dan sebagainya tidak pernah dijadikan agenda tarbiyah secara formal. Yang ada hanya disebut dalam ceramah dan kuliah ilmu, kerana sesungguhnya dalam Pas memang sukar untuk dilaksanakan, kecuali berganding bahu dengan jemaah tabligh.
Sungguh pun para ulama kita memang sering mengingatkan kita tentang pentingnya solat , namun sekadar peringatan tentunya tidak cukup. Ia perlu diprogramkan secara khusus dalam uslup tarbiyah yang menjurus kepada menitikberatkan kepada ajaran dan amaran Rasulallah saw dalam hal menunaikan fardhu sebagai ‘tiang agama’.
Golongan kami yang menghayati ‘konsep kesatuan’ kedua-dua jemaah terpaksa membuat perbandingan secara langsung dengan jemaah tabligh. Hasilnya dengan apa cara atau dengan apa penjelasan sekali pun, kami tidak dapat menerima mengapa Pas menjadikan dirinya saolah-olah bebas dari arahan dan amaran Rasulallah saw mengenai ketentuan menjaga solat fardhu. Sedangkan Pas adalah jemaah yang menangani secara langsung urusan politik ummat yang sangat memerlukan taqwa dan keikhlasan yang tinggi.
Memandangkan bagaimana prihatinya para pemimpin ulama kita menjaga amalan solatnya, jelaslah bahawa para pemimpin ulama kita tidak pernah memandang enteng tentang solat.. Akan tetapi apabila ia tidak dititikberatkan dalan uslup tarbiyah secara formal kami angap ia adalah satu kesilapan yang besar. Dalam jemaah tabligh kami ditarbiyah dengan penoh jitu agar sentiasa waspada setiap waktu solat. Kami ditarbiyah bahawa ‘solat’ adalah terlalu besar dan tersangat penting, kerana ternyata kesan dan impaknya adalah terlalu besar disisi Allah
(39)
sebab ia merupakan hubungan scara langsung antara hamba dengan khlaiknya. Oleh itu menunaikan solat fardhu bersaorangan sangat tidak digalakkan kecuali keadaan yang sangat memaksa. Apatah lagi kalau terdengar azan dari mana-mana masjid atau musola. Jikalau ada program perhimpunan jemaah, walaupun seramai mana jumlah para hadirin, pasti juga diadakan solat berjemaah secara besar-besaran. Kami sendiri pernah terpaksa sujud diatas tanah yang tidak beralas kerana kesesakan tempat. Kami ditarbiyah menghayati bahawa lagi besar pengorbanan dan susah payah yang kita lakukan semata-mata untuk mentaati perentah Allah, begitu juga besarnya keredhaan Allah kepada kita.
Cacatan apabila solat hajat dikabulkan Allah.
Dalam jemaah tabligh, kami ditarbiyah supaya menjadikan ‘solat’ sebagai wasilah tempat kita meminta pertolongan kepada Allah. Dalam apa keadaan sekalipun sekiranya kita berdepan dengan sebarang masaalah samada persendirian atau jama’ei mistilah menanganinya dengan memulakan solat hajat sekurang-kurangya 2 rakaat. Sesuwai degan firman Allah: “Hendaklah kamu meminta pertokogan (Allah) dengan solat dan penoh sabar” Al-Baqarah ayat 45.
Untuk maklumat perbandingan, disini ingin kami catatkan sebuah kesah kejadian berkenaan solat hajat karkoon tabligh yang pernah dikabulkan Allah secara tunai. Ia berlaku semasa kami keluar bertabligh disebuah negasra jiran selama 40 hari dalam tahun l988. Ia sungguh menakjubkan. Akal maknusia tidak memahami mengikut lojik apabila sesuatu permohonan hamba dikabulkan Allah.
Daripada markas pusat jemaah tabligh Negara jiran berkenaan kami telah dihantar berdakwah kesebuah bandar kecil dengan perjalanan bas selama lebeh kurang 5 jam. Salah saorang karkoon (ahli jemaah tbligh) rumbungan kami telah tertinggal dompet dimarkas tersebut yang mengandungi dokumen perjalanan dan lain-lain yang penting serta wang tunai untuk perbelanjaanya. Untuk berpatah balik dengan perjalanan yang begitu jauh bukanlah mudah. Tambahan pula tak dapat dipastikan samada dompet tersebut masih terdapat dimana ia tertinggal. Apa yang dapat kami lakukan hanyalah meminta pertolongan Allah dengan solat hajat seluruh angota rumbungan.
Setelah lebeh kurang satu jam kami mengerjakan solat hajat, berdoa dan berzikir, tiba-tiba muncul saorang yang berpaikan jubah dan serban putih dikalangan kami. Tengkah laku dan percakapanya ia menunjukan warga tempatan bukan karkoon tabligh. Bertalu-talu kami bertanya tentang hal kedatanganya dengan bahasa tempatan dan bahasa Arab, tetap ia tidak melayan pertayaan kami. Sebaliknya ia hanya bertanya kepada kami tentang nama karkoon yang tertinggal dompet itu. Apabila mereka bertemu, ia pun menyerahkan dompet yang tertinggal itu kepada yang empunya dengan tiada sedikit pun kekurangan atau kecacatanya.
Kami semua menjadi tercengang kehairanana yang amat sangat, maka kami pun sebuk membuat persiapan dan layanan sebaik yang mungkin kepada tetamu yang memang kami rasakan tersangat istimewa. Kami tersangat gembira dan sangat berharap agar ia terus kekal bersama-sama jemaah kami. Oleh itu kami semua berkorban demi untuk memberikan layanan sebaik mungkin. Namun harapan kami semua hampa kerana secara tiba-tiba saja satu lagi kejadian aneh berlaku. Dalam keadaan kami semua memberi perhatian penuh kepadanya, tiba-tiba saja ia menghilang tidak saorang pun diantara kami menyedari kemana arah perginya ia meninggalkan kami.
Sebenarnya dalam jemaah tabligh kejadian serupa itu bukanlah sesuatu yang sangat luar biasa. Ia sudah menjadi biasa dilapurkan berlaku pada tahun 70han dan 80 han dimana mula-mula kami menceburkan diri dengan jemaah tabligh. Akhir-akhir ini kesah-kesah serupa itu sudah sangat jarang kedengaran. Mungkin kerana kami sendiri kurang mendapat maklumat terkini. Sebab jemaah tabligh tidak mengeluarkan apa-apa jenis bentuk terbitan berita atau bulletin kerana diangap sebagai kerja bid’ah. Semua bentuk berita hanya dilapurkan dari mulut ka mulut (sila rujuk bab 10 ‘Islahkan diri misti cukup 72 jam’ menghurai tentang soal bid’ah dalam jemaah tabligh).
Demikianlah kami (para karkoon tabligh) ditarbiyah mengamal dan menjaga solat fardhu dan nafil. Berbanding dengan Pas, dalam tarbiyah Pas soal menjaga solat masih jauh ketingalan, sekadar menyahut seruan azan dari masjid pun masih belum mampu. Bahkan menghayati betapa pentingnya mendirikan solat fardhu berjemaah masih sesuatu yang agak asing dalam jemaah Pas. Begitu pun Pas tidak nampak apa-apa keistimewaan dalam jemaah tabligh, kerana jemaah tabligh tidak memberi sokongan terhadap perjuangan Pas. Mengapa terjadi demikian.? Persoalan inilah yang sedang kami huraikan sekarang.
(40)
Program politik saolah-olah mengatasi kewajipan solat kerana tiada piawaian kayu ukur As-Sunnah.
Walaupun tidak pernah terjumpa mana-mana ulama atau ustad Pas yang mengatakan solat tidak begitu penting berbanding politik, namun pada hakikatnya dalam tarbiyah Pas begitu lemah, sahingga pernah berlaku kejadian yang tidak wajar pernah kami lapurkan kepada pucuk pimpinan jemaah Pas dimusim pilihanraya tahun
1995 kalau tak silap. Kebetulan pondok panas menyimak nama pengudi diletakan berhadapan dengan sebuah masjid dikampung. Apabila kedengaran laungan azan asar dari masjid berkenaan kesemua 2 orang petugas lelaki dari pondok panas BN bergegas kamasjid tingal 2 orang petugas wanita. Sementara dalam pondok panas Pas ada lima orang petugas, dua orang termasuk kami bergegas kemasjid, tiga orang lain tidak berganjak termasuk saorang petugas muslimat.
Sahingga hari ini kami sering mengikuti perjalanan program Pas yang melangar waktu asar atau pun zuhur. Tidak ada aturcara menunaikan solat Asar atau Zuhur berjemaah. Lazimnya Asar dilewatkan sahingga program selesai. Kalau tidak pun dibiarkan semua para hadirin bersurai menunaikan solat asar atau zuhur mengikut keselesaan masing-masing. Ini membuktikan uslup tarbiyah dalam Pas tidak pernah memandang betapa pentingnya solat berjemaah mengikut ajaran Rasulallah saw. Mengapa terjadi demikian.?
Kami tidak nampak apakah istimewanya jemaah Pas boleh menangapi amalan solat fardhu begitu mudah. Boleh mengikut keselesaan masing-masing. Banyak sabda Rasulallah saw mengenai kewajipan solat fardhu tidak dipandang penting dalam Pas, akibatnya uslup tarbiyah yang tidak meningkatkan kerohanian ahli-ahli . Fakta kelemahan rohani ini disedari oleh pimpinan Pas. Cara mengatasinya ialah ‘mengadakan program qiamulaill dimasjid’ semua ahli dijemput hadhir makan minun disediakan dengan rapi. Lazimnya kehadiran tak sampai 10% dan kesanya pula tak sampai 2% . Ini berarti gagal. Pehak kami mengalakan ikut program jemaah tabligh keluar bermusafir 3 hari. Tiada respon. Sebab jemaah tabligh bersikap negative terhadap Pas. Dengan jemaah yang hendak menegakan Islam tabligh tak mau campur, sebaliknya dengan Umno yang hendak meruntuhkan Islam ia boleh berjinak pula, Ikutilah rencana ini seterusnya tuan-tuan akan mendapat jawapanya.
Sebenarnya golongan kami sangat bimbang kalau uslup tarbiyah Pas terus menerus dalam keadaan yang ada sekarang. Ia menunjukan masa depan jemaah yang tidak cerah kerana kita nampak taraf pencapaian perjuangan jemaah adalah sangat banyak bergantung kepada kekuatan rohani. Yaitu waraq, taqwa, dan keikhlasan yang tinggi. Kerana kami yakin, hanya dengan menitikberatkan nilai kerohanian pertolongan Allah akan bertambah hampir kepada jemaah kita.
Menyebabkan kepincangan yang ketara.
Kebimbangan kami adalah kerana kelemahan rohani telah menyebabkan banyak kepincangan yang tidak wajar dalam hal mengimarahkan masjid oleh jemaah kita, (Pas) yang sahingga kini masih belum ada menyelsaikanya. Atau masih belum disedari kesan negsatif akibat kepincangan ini kepada perjuangan jemaah. Pada kami ia sangat penting diambil perhatian untuk menanganinya sebaik mungkin. Dibawah ini kami catatkan beberapa kesah yang benar-benar berlaku dikawasan kami dan dihadapan mata kami sendiri, yang pada perkiraan kami samasekali tidak wajar berlaku dalam jemaah yang hendak menegekan As-Sunnah seperti Pas.
Kesah 1.
Kami pernah menyertai program ‘keluar’ jemaah tabligh disebuah masjid yang dikenali oleh masarakat setempat sebagai masjid Pas sememangnya pembenaannya tidak dibiayai oleh kerajaan, manakala pengendali dan pengimarahnya 95 peratus adalah ahli-ahli Pas. Pemimpin-pemimpin tertinggi Pas kerapkali diundang kamasjid ini. Tapi siapa tahu disebaliknya ada sesuau yang memualkan. Imam rasmi yang bertugas dimasjid berkenaan (orang Pas) bersengketa sengit dengan para makmum, yang mejoriti juga ahli Pas, semata-semata disebabkan imam kerap kali menegur para makmum yang rumahnya bersebelahan dengan masjid supaya sentiassa bergegas kamasjid memenuhi sap sembahyang agar masjid kelihatan makmur. (ramai ahli jemaah menunaikan solat fardhu)
(41)
Rupanya para makmum tidak senang dengan teguran imam tadi, lalu bertindak mengeluarkan kenyataan kepada orang ramai. “Kami kesal dangan sikap imam yang selalu mengesa supaya kami memenohkan sap pada setiap waktu solat, sedangkan imam sendiri yang telah dilantik secara rasmi dan menerima gaji seringkali absent (gagal hadhir pada waktu solat). Jarak rumah Iman dengan masjid lebeh kurang 1.5 kilometers. Maka terjadilah sengketa ada makmum yang menyokong imam dan lebeh ramai lagi yang menentang imam. Siapa yang bersalah.? Jawabnya tentulah kedua-dua belah pehak bersalah kerana tiada semangat ikhlas menjunjung As-Sunnah dalam hal menunaikan solat fardhu berjemaah. Bayangkanlah kalau masarakat Pas sendiri tiada semangat menjunjung As-Sunnah dengan ikhlas, bagaiamana dengan makmum lain yang tidak mendokong cita-cita perjuangan Islam. ?
Kesah 2.
Ini lagi satu kepincangan yang kami angap lebeh kritis berlaku dihadapan mata kami pada awal tahun 90 han. Ia berlaku disebuah cawangan Pas dipinggir Ibu kota. Ada sebuah bengkel pembuat perabut yang letaknya bersebelahan dengan masjid kampong itu. Jaraknya dengan masjid hanya lebeh kurang 300 meters kerana tanahnya memang bersepadannan dengan wakaf masjid. Apabila azan dilaungkan dari masjid, khususnya waktu zuhur, bukan saja tuan punya dan pekerja bengkel berkenaan tidak hadhir menunaikan zuhur dimasjid berkenaan, bahkan kebisingan bunyi mesen perabut yang terus berjalan menganggu para jemaah masjid yang menunaikan solat fardhu dimasjid berkenaan.
Apa yang sangat jangal dalam kesah ini ialah tuan punya (tokeh) bengkel tersebut ialah saorang AJK kanan Pas kawasan. Malah sekarang ia memegang jawatan yang lebeh prnting. Rumah kediamanya bersebelahan dengan bengkel tersebut. Sekarang maseh terus dalam keadaan demikian, hanya operasi bengkelnya agak sangat berkurangan. Dalam sebulan lebeh banyak tutup daripada hari operasinya kerana kemerosotan perniagaan. Kejadian yang tidak wajar ini berlaku semata-mata kerana tarbiyah dalam Pas tiada penekanan dalam hal solat fardhu berjemaah yang ia sebenarnya sangat penting dalam As-Suinnah. Bagaiaman kita hendak memertabatkan semula As-Sunnah, kalau tuntutan As-Sunnah yang lebeh aula dan lebeh afdhal tidak mampu kita amalkan.
Kesah 3.
Dalam pertengahan tahun 80han, ia berlaku pada sebuah cawangan Pas di Selangor. Cawangan ini sungguh bertuah kerana naqib usyrahnya saorang pencen ustaz lepasan Al-Azhar Mesir. Ia dengan sengaja mengarahkan anak usyrahnya supaya menyisihkan diri dari masjid qariah kampungnya dengan alasan ia adalah ‘masjid dhirar’. Dimana ustad itu sendiri hampir-hampir tidak pernah mamijakkan kakinya ka masjid kecuali hari jumaat dan solat Hari Raya.
Walau bagaimana pun selang beberapa tahun dengan bantuan sahabat (orang dalam pejabat Jais) ustad berkenaan telah dianugrah ‘Tauliyah’ yang membenarkan ia menyampaikan kuliah ilmu diseluruh negeri Selangor. Namun begitu ia tidak berjaya menyampaikan sebarang quliah ilmu dimasjid qariahnya sendiri kerana ditentang keras oleh Nazir dan AJK masjid berkenaan (orang Umno) dengan alasan ustad berkenaan tidak pernah mengimarahkan masjid berkenaan sebelum mendapat tauliyah. Sedang jarak rumahnya dengan masjid berkenaan sekitar 700 meters sahaja. Pehak yang mengeluarkan ‘tauliyah’ ( Jais) tidak mampu membantu mengatasi masalah yang dihadapinya kerana alasan itu memang benar-benar berlaku disaksikan oleh sekelian ahli jemaah masjid. Persoalan yang mencengkam minda kami pada waktu itu: Bolehkah diterima alasan ‘masjid dhirar’ dalam keadaan suasana hari ini.? Para ulama kita tolong beri komen.
Pada pandangan kami, kejadian dalam kesah-kesah tersebut adalah akibat dariapda uslup tarbiyah kita (Pas) terhadap institiusi masjid begitu longar. Tiada sebarang penekanan yang jelas mengenai solat fardhu berjemaah dimasjid yang sangat dipandang berat oleh Rasulallah saw. Disamping tiada pula tarbiyah yang jitu menghayati nilai kebesaran Allah dengan menyahut seruan azan. Mengharapkan pahala ganjaran pula tidak digalakan kerana terikut-ikut theory ulama tasawuf kononya. Sedangkan hadis-hadis Rasulallah saw yang jelas perawinya mengenai solat berjemaah dimasjid diabaikan. Sampai bila kita (Pas) sangup meremehkan perkara-perkara sedemikian berlaku dalam jemaah kita. Nampaknya belum ada sebarang langkah atau daya usaha untuk memperbetulkanya. Mungkinkah belum disedari oleh pimpinan teratas.?
(42)
Berbanding dengan jemaah tabligh dalam hal solat fardhu berjemaah.
Bila jemaah tabligh menjadikan tunggak tarbiyah utamanya ‘dakwah dan menjaga solat’ maka kalagnan kita (Pas) saolah-olah menerima tamparan atau cabaran kerana karkoon tabligh yang baru keluar program dakwah beberapa hari sudah mampu menyahut seruan azan dari masjid setiap tiba waktu solat. Ini kerana mereka ditarbiyah supaya menghayati bahawa menunaikan solat fardhu dirumah apabila terdengar azan, solatnya tidak akan diterima Allah. Ini berdasarkan dalil hadis-hadis yang kami paparkan diatas tadi.
Lebeh jauh dari itu, karkoon tabligh mampu menghidupkan semula surau-surau yang sudah mati dikampung-kampung, mereka tidak segan silu pergi kasurau berkenaan dan melaungkan azan dan solat disitu saorang diri sekiranya tiada orang datang berjemaah. Ia mampu istiqamah melakukan itu, lama-kelamaan mesarakat sekeliling tercabar ikut berjemaah. Akhirnya surau itu pun hidup semula. Justeru begitu besarnya mereka menghayati nilai ganjaran disisi Allah kepada individu yang mengusahakan solat fardhu berjemaah yangmana ia memang sangat diberatkan oleh As-Sunnah.
Begitu pun pada Pas tidak nampak sebarang kelebihan yang perlu diberi perhatian dalam jemaah tabligh. Ini kerana wujud sifat ke-egoan dalam jemaah sendiri. Apa yang Pas nampak kelamahanya dari sudut ilmu. Ia diexplotasi untuk tujuan memperlekeh jemaah tabligh. Begitu juga sebaliknya pandangan jemaah tabligh terhadaap Pas. Kegigihan Pas berdepan dengan kezaliman kerajaan sekular yang memerentah. Pas sangup silih berganti menjadi mengsa tahanan ISA (undang-undang zalim kerajaan yang terkutuk disisi Islam) Demi menegur pemerentah yang zalim mengikut perentah Rasul. Sabda Rasulallah: “Jihad yang paling afdhal diantara kamu ialah berkata benar kepada pemerentah yang zalim” Hadis riwayat Abu Dauh dan Ibnu Majjah. (‘Zalim’ mengikut ketentuan Al-Quran, lihat surah Al-Maidah ayat 45 “Sesiapa (pemerentah) yang tidak menghukum dengan apa-apa yang diturunkan Allah mereka itulah orang-orang yang zalim” Ini tidak pernah dipandang positif oleh jemaah tabligh kerana penghayatan jemaah tabligh bahawa ‘kemungkaran’ boleh tercegah semta-mata dengan usaha dakwah.
Syaitan berjaya menipu kita.
Kami yakin sebenarnya syaitan telah menempa kejayaan besar selama ini. Ia (syaitan) telah berjaya memwujudkan perbezaan pandangan pada kedua-dua tokoh pimpinan jemaah yang sangat jauh hingga tidak nampak sebarang ruang untuk dirapatkan. Sedangkan hakikatnya apabila kita lapangkan dada dijuruskan kepada aqidah, ilmu, amanah, dan As-Sunnah, maka jelaslah sebarang pergeseran dan pertentangan adalah haram pada syarak. Sementara persamaan antara kedua jemaah adalah wajib. Sayugia diinsafi bahawa perselisihan yang wujud hari ini semasta-mata disebabkan kelamahan yang kritikal kedua-kedua jemaah dalam menitikberatkan seluruh prinsip As-Sunnah itu sendiri. Janganlah hendaknya antara kedua jemaah saling salah menyalah kerana terikut bisikan syaitan. Kerana kelemahan dan kelebihan memang wujud dalam kedua-dua jemaah.
Sedangkan pada Pas tidak mempunyai apa-apa alasan untuk tidak menekankan kepada seluruh ahli-ahlinya tentang uslup ‘menjaga solat fardhu’ dalam bentuk program yang tersusun rapi dalam sesuatu qariah sahingga seluruh masjid-masjid dibawah pengaruh jemaah kita.. Sedangkan ia sememangnya menjadi fardhu ‘ain.
Dalam majlis-majlis ilmu yang ulama kita sampaikan seringkali bercakap menegur penguasa masjid kerajaan tentang peranan masjid pada As-Sunnah dan hukum syarak yang diabaikan oleh kerjaan Umno BN. Tetapi malangnya kewajipan kita sendiri untuk membetulkan fungsi masjid mungkin kita rasa hanya apabila kuasa pemerentah kerajaan bertukar tangan kepada jemaah kita. Sebelum itu apakah memang tidak ada apa-apa yang patut kita lakukan terhadap institiusi masjid untuk merialisasikan perjuangan jemaah kita.? Dan mampukah kita mengimarahkan masjid mengikut ketentuan As-Sunnah apabila kita mendapat kuasa.? Dan mengapa masjid yang memang dalam kekuasaan jemaah kita hari ini tidak mempu kita mengarapnya sengikut ketentuan As-Sunnah.?
Bila kita berbicara tentang ‘menjaga solat’ ia sangat berkait rapa tentang kewajipan menyahut seruan azan, mengimarahkan masjid, dan memasarakatkan Pas dalam institiusi masjid. Memang kita tahu pernah diwujudkan ‘Program memasarakatkan Pas’ sejak beberapa tahun dulu. Tetapi kami merasa tidaklah wajar apabila Pas berjaya diserlahkan diluar masjid. Sedangkan didalam instituisi masjid Pas terlalu kerdil kerana kesilapan tarbiyah. Sedangkan mengimarahkan masjid adalah fardhu ‘ain. Dimanakah ruangnya ahli-ahli Pas untuk menyisihkan diri dari masjid.?

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan