Jumaat, 11 Jun 2010

BAB 1 PERPADUAN JEMAAH ISLAM SUKAR DICAPAI KECUALI DIWUJUDKAN STANDARD PIAWAIAN KAYU UKUR As-SUNNAH YANG MUTLAQ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH.

UMMAT ISLAM HARI INI KELIRU KERANA JEMAAH YANG MENJADI WADAH PERJUANGAN MEREKA BERPECAH BELAH.

Sebuah hadis Rasulallah saw riwayat Tirmizi dan Abi Daud, yang mahfumnya: “Ummatku diakhir zaman nanti akan berpecah kepada 73 golongan. Semuanya menjadi penghuni neraka, kecuali hanya satu”. Sahabat bertanya: Siapa golongan yang satu itu ya Rasulallah.? Jawab baginda: “Golongan yang tetap berpegang teguh dengan Sunnahku” (beramal dan menegakanya). (Ijmak ulama memanggil golongan yang satu itu sebagai ‘Ahlu-Sunnah-Waljamaah’). Ummat Islam awam rata-rata sudah berpuas hati apabila ada ustaz atau tok guru yang memberi tahu bahawa semua imam-imam mazhab ikutan kita termasuk dalam golongan yang satu yang dimaksud dalam hadis tadi.

Namun orang-orang yang benar-benar prihatin dengan imanya, belum berpuas hati hanya dengan pernyataan demikian itu. Sebab diakhir zaman ini, yang mendakwa pengikut mazhab tertentu masih boleh dipertikai sejaoh mana kita benar-benar mengikut mazab Imam Sya’fie, misalnya. Sebab perbezaan ummat Islam hari ini sangat jauh berbanding dengan zaman imam-imam mazhab itu berijtihad. Dari sudut aqidah pun kita nampak ramai yang tidak mampu, apatah lagi disudut syari’at yang memerlukan semangat dan pengorbanan. Oleh itu mereka yang pentingkan iman usaha bersungguh-sungguh memastikan dirinya termasuk dalam golongan ‘yang satu’ dengan menubuhkan jemaah-jemaah yang matalamatnya memwujudkan wadah untuk perjuangan mengamal dan menegakkan Sunnah Rasul dari sumber yang benar-benar sahih, supaya terhindar dari bid’ah dholallah.

(6)

‘Sunnah’ yang kita gambarkan dalam risalah ini ialah seluruh budaya perjalanan hidup saorang Rasul penamat samada dari aspek perbuatanya, percakapanya, dan membenarkan perlakuan para sahabatnya. Ia pembawa rahmat seluruh alam yang dilahirkan Allah. Dibimbing dengan wahyu untuk panduan hidup seluruh maknusia akhir zaman. Yaitulah Nabi Muhammad saw, sebagai Rasul terakhir diutus Allah. Kami berangapan bahawa As-Sunnah adalah perojek bena insan atau modal insan yang teragong, yaitu pensruktruran tamadun maknusia sejagat secara langsung dari Allah. Dimana Nabi Muhammad saw sebagai arkitek pengurus projek dalam missinya untuk menyempurnakan ‘Ad-deen’ dalam jangkamasa selama 23 tahun. Yaitu 80hari sebelum wafatnya Allah turunkan wahyu penutup. “Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Ku-redha Islam sebagai agama mu…..Al-Maaidah ayat 3. (Selepas ini kita panggil ‘As-Sunnah’ sahaja bermaksud seluruh perjalanan Sunnah Rasulallah saw.)

Oleh sebab itu untuk ummat zaman ini, kita sudah ada modiul atau pun contoh untuk sebarang program bena insan atau modal insan. Samasekali tidak perlu memerah otak untuk mengatasi masaalah ummat yang timbul hari ini dengan mencipta berbagai konsep dan falsafah diluar As-Sunnah. Prinsip-prinsip dan tertib pembenaan Ad-deen menerusi As-Sunnah sudah lebeh dari cukup untuk menangani masaalah ummat hari ini, disamping menjamin keberkatan Allah.

Pada hari ini ummat Islam telah wujudkan bermacam-macam jemaah yang beriltizam menegakkan As-Sunnah. Tetapi dikalangan jemaah-jemaah yang sama-sama berhak mendakwa menegakkan As-Sunnah masih terjadi perpecahan yang sengit, kerana terjadi persaingan yang tidak syara’ei, disamping ketiadaan hakim pemutus yang dapat menilai tahap perjuangan dan peng-amalan As-Sunnah yang diiktiraf oleh semua pehak. Semua mereka berhujah mengemukakan dalil-dalil sahih bagi membela gerak kerja dan pendekatan mereka. tetapi mesih belum lengkap merangkumi semua aspek perjalanan As-Sunnah sebagaimana dicontohkan oleh Rasulallah saw. Akibatnya wujud berbagai macam jemaah mendokong cita-cita serupa tetapi tidak sehaluan bahkan bertentangan antara satu sama lain. Inilah sebenarnya pokok bid’ah yang sangat besar, tidak disedari hingga hari ini. Justeru kita tidak pernah memikirkan contoh As-Sunnah secara menyeluruh. Dengan hanya satu jemaah tunggal yang dipimpin oleh Rasulallah saw telah mengubah seluruh struktur tamadun maknusia akhir zaman. Ini bukan berarti kita ditegah menubuhkan lebeh dari satu jemaah. Biar berapa banyak pun jemaah, perselisihan dan pertentangan (khilaf) dalam soal prinsip tidak boleh dibiarkan wujud, sebab kita menjunjung kitab dan Sunnah yang sama.

Mereka, (tokoh pendokong jemaah) yang bersungguh-sungguh mendakwa mendokong perjuangan As-Sunnah, tetapi tidak menyedari telah gagal mengambil panduan dari seluruh prinsip perjalanan As-Sunnah dalam gerakerja dan kegiatan mereka. Akibat dari kegagalan ini pula telah menjelmakan sifat sombong antara satu sama lain, justeru semua merasakan jemaah merekalah yang lebeh aula, lebeh afdhal, dan lebeh senior dari yang lain. Begitu jauhnya mereka terpisah sahingga kadang-kadang sangup memperlekeh dan menghina jemaah rakan seperjuangan, sedangkan sebenarnya mereka mendokong satu cita-cita yang sama. Yakinkah kita Allah telah redha dengan keadaan demikian itu.? Marilah sama-sama kita lapangkan dada, renongkan, fikirkan dan sama-sama kita bincangkan.

Apa sebenarnya terjadi antara jemaah Tabligh dan Pas.

Selama ini sebenarnya ummat Islam masih belum berjaya memwujudkan sebuah jemaah tunggal yang memenuhi piawaian As-Sunnah secara lengkap dan menyeluruh. Yang benar-benar mampu menjadi wadah perjuangan dan ikutan bagi seluruh ummat Islam seperti mana contoh As-Sunnah yang dibawa oleh Rasulallah. Apa yang wujud dihadapan kita hari ini, beberapa jemaah yang terpisah jauh, bahkan mereka tidak mengikhtiraf antara satu sama lain, saolah-olah mereka berpandu kepada kitab dan Sunnah yang berlainan. Akibatnya masarakat Islam menjadi keliru. Jemaah mana yang sebenarnya ‘golongan yang satu’ yang benar-benar mendokong cita-cita dan semangat keimanan Ahlu-Sunnah-Waljamaah sebagai dimaksudkan dalam hadis diatas tadi. Kalau kedua-dua jemaah diakui layak sebagai pendokong semangat keimanan Ahlu-Sunnah mengapa antara keduanya berselisih dan tidak pernah sehaluan.? Fakta inilah yang mendorong kami membuat penyelidikan, semoga hasilnya kini di Berkati Allah.

(7)

Inilah sebenarnya yang menjadi persoalan utama menyebabkan perpecahan jemaah dan ummat Islam hari ini. Begitulah juga halnya yang terjadi antara jemaah dakwah (Tabligh) dan jemaah gerakkan Islam (Pas) dinegara kita hari ini. Oleh sebab selama ini kedua-dua jemaah tidak pernah memandang As-Sunnah itu dalam bentuk satu pakej berpandu kepada standard kayu ukur yang mutlaq, maka mereka sebenarnya belum menyedari hakikat As-Sunnah yang sama-sama mereka junjung itu adalah terlalu besar dan tersangat berat. Justeru hakikat As-Sunnah yang dibawa oleh Rasulallah saw adalah berfungsi mengubah seluruh struktur peradaban ( tamadun) maknusia seluruh alam, yang bersifat dominan dizaman hayat Rasulallah. Pada hari ini fungsi As-Sunnah yang kita dokong tetap sama. Bezanya hari ini kita berdepan dengan raja sekular sedunia (golongan anti Islam) yang mempunyai kapal pengangkut jet pejuang USS dan berbagai jenis senjata nuclear, yang kononya mampu memusnahkan seluruh muka bumi dalam masa beberapa minit.

Walhasil, jemaah-jemaah Islam yang wujud hari ini secara fizikal sebenarnya adalah terlalu kerdil untuk menjunjung As-Sunnah secara bersendirian. Tetapi kemungkinan besar mereka tidak menyedari hakikat ini kerana tidak pernah tergambar betapa besarnya As-Sunnah sebenarnya. Sebab itulah mereka tidak pernah terfikir untuk bantu-membantu bekerjasama dalam hal menegakkan As-Sunnah, walaupun sebenarnya Allah sangat menganjurkan supaya orang-orang beriman berbuat demikian. Tidakah boleh kita angap ini sebagai satu kelalaian atau kealphaan yang sangat serious yang tidak kita disedari.?.

Walau bagaimana pun kami yakin ramai diantara mereka (pendokong jemaah) menyedari hakikat dengan siapa mereka berhadapan hari ini. Mereka tidak pernah gentar dengan kapal pengangkut jet pejuang USS dan senjata nuclear, justeru mereka benar-benar menghayati nilai ‘kebesaran Allah’ yang Maha Agong, tiada makhluk yang layak menjadi sainganNya. Dan America itu sendiri dipandang terlalu kerdil disisi Allah, tidak sedikit pun mengegarkan bulu roma. Ini kerana dunia kebendaan tidak dipandang besar dalam hati-hati nurani mereka. Dan kita penoh yakin Allah tetap akan bersama-sama dengan golongan yang membantu agamaNya, yang pasti akan diberi kemenangan akhirnya. Namun ini bukanlah falsafah yang boleh dijadikan alasan untuk kita berpecah belah mengenepikan seruan Allah supaya bersatu padu.

Oleh itu mari kita renong atas satu persoalan yang wajib kita cari jawapanya, yaitu: Mungkinkah Allah akan menurunkan pertolonganNya kepada ummat Islam yang berpecah belah tidak diatas sebab yang dibenarkan syarak.? Dimana sebaliknya Allah menyuruh orang beriman supaya bersatu padu berganding bahu menegakan ma’aruf. Firman Allah: “Hendaklah kamu bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan taqwa, dan jangalah sesekali kamu membantu dalam melakukan dosa dan perlangaran (hukum Allah) Bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya azab Allah adalah tersangat berat” Al-Maidah ayat 2.

Telah ternyata sekali perpecahan yang wujud antara jemaah hari ini adalah kerana bergerak dengan tanpa menitikberatkan prinsip-prisip dan tertib As-Sunnah. Masing-masing membela reputasi atau ‘maruah keungulan’ yang kononya jika kita meniru atau mencedok sesuatu nilai dari jemaah lain akan tercemarlah ‘maruah’ jemaah. Ia diasak oleh emosi dan nafsu dengan senmangat ‘kekitaan’ yang tebal tanpa mengendahkan nash dari Allah dan RasulNya. Pada hemat kami, kita adalah ummat yang bakal mendapat kemurkaan Allah kerana mengabaikan seruanNya yang menyuruh kita bersatu padu.

Jemaah Tabligh dan Pas telah mengabaikan empat prinsip yang menjadi tunggak terpenting As-Sunnah kerana tidak menyedari hakikat As-Sunnah yang sebenar.

Kami telah mengenal pasti empat prinsip terpenting dalam perjalanan As-Sunnah, yang penghayatanya sangat kurang, atau tidak dipandang penting dan amalanya tidak begitu cocok dengan nilai As-Sunnah sebenar. Ia menjadi kelaziman kedua-dua jemaah, saolah-olah prinsip berkenaan tidak wujud dalam perjuangan menegakkan As-Sunnah. Maksud kami, setiap jemaah mengabaikan dua prinsip yang berlainan. (prinsip yang dimaksudkan akan kami hurai dalam bab selepas ini)

(8)

Dua prinsip As-Sunnah yang tidak dipandang penting (diabaikan) oleh jemaah tabligh, sedangkan prinsip yang sama menjadi agenda yang terpenting dalam Pas. Pas telah mencurahkan pengorbanan yang besar dalam menangani prinsip As-Sunnah berkenaan Ini menyebabkan jemaah tabligh agak tersinggung. Untuk menutupinya, sudah tentu cara biasa bagaimana orang menghadapi golongan pesaing yang kita tidak setuju. Yaitu mencari kelemahan lawan kemudian mencemuh atau memperlekeh mereka mengikut nafsu.

Begitu juga sebaliknya, Pas tidak begitu menekankan (mengabaikan) 2 prinsip As-Sunnah yang lain, yang sama pentingnya dalam perjalanan sejarah sirah Rasulallah saw. Pas mengamal ciri-ciri As- Sunnah berkenaan sekadar mengikut kelaziman biasa seperti bukan angota aktivis gerakkan Islam. Manakala dalam Tabligh prinsip yang sama dijadikan agenda tarbiyahnya yang terpenting yang telah menghasilkan satu kelebihan yang ketara, maka Pas pun merasa tercabar. Reaksinya ciri-ciri kelemahan dalam jemaah tabligh diexplotasi untuk diperlekehkan mengikut nafsu.

Demikianlah yang terjadi antara dua jemaah, berlarutan hingga hari ini sejak mula jemaah tabligh bertapak di-Malaysia. Setiap pehak mendedahkan kelemahan disamping menyembunyikan kelebihan pehak lawan sahingga pada satu tahap ada diantara pengikut dan tokoh kedua jemaah yang berani menuduh pehak lawan sesat atau pun bathil. Justeru semata-mata didorong oleh angapan jemaah sendiri lebeh senior dalam segala hal, tanpa menyedari hakikat kelemahan jemaah sendiri kerana ketiadaan standard penilai yang mutlaq.

Mereka yang berperanan membesarkan gap pemisah antara kedua jemaah nampak begitu puas, tetapi yang sebenarnya puas ialah nafsu zulmat yang dipandu oleh syaitan, sebab yang pasti menerima kesan buruk dari perbuatanya itu adalah ummat Islam keseluruhanya. Konon jemaah lain tak Sunnah, bathil, talibarut Yahudi dan sebagainya, sedangkan jemaah sendiri hanya mampu membawa 1 % dari salah satu prinsip As-Sunnah itu sendiri. Walau bagaimana pun kami agak merasa lega kerana perselisihan kedua jamaah menunjukan graf yang menurun berbanding pada mula-mula kami melibatkan diri dalam kedua jemaah pada pertengahan tahun 80han dulu kerana kepahaman ilmu bertambah meningkat. Namun masih jauh dari tahap memenuhi seruan Allah agar orang beriman bersatu padu.

Kita dapat lihat hakikat sebenarnya kedua-dua jemaah tidak mampu menjunjung kesemua prinsip As-Sunnah, tetapi dalam keadaan mereka tidak menyedarinya. Ini semata-mata kerana ketiadaan kayu ukur atau standard penilai yang mutlaq. Inilah dia sebenarnya ciri-ciri yang menjadi tunggak penyebab perpisahan atau perselisihan yang sewajarnya tidak berlaku. Jika sekiranya kedua-dua jemaah betul-betul berpegang teguh kepada panduan prinsip dan tertib perjalanan As-Sunnah dalam segala aspek perjuangan mereka, samada disudut dakwah, tarbiyah, ibadah, politik, dan jihad dengan nilai keikhlasan yang cukup tinggi, perselisihan (khilaf) antara kedua jemaah seperti yang berlaku hari ini tidak akan wujud.

Yang terjadi sekarang ialah semangat kekitaan yang tinggi menyebabkan kedua-dua jemaah hampir tidak wujud sikap lapang dada, melihat dan menilai berpandu kepada tertib perjalanan dan gambaran As-Sunnah yang sebenar. Khususnya dalam jemaah tabligh yang sangat berpegang kepada konsep ‘Keluar’. Sedangkan 4 prinsip As-Sunnah yang diabaikan oleh kedua-dua jemaah itu adalah bersifat tunjang yang sangat penting dalam As-Sunnah yang sama-sama dijunjung dan diperjuangkan. Bahkan ia sebenarnya wajib didokong, diamalkan, dan dititikberatkan oleh setiap individu Muslim. Apatah lagi kepada jemaah-jemaah besar yang mendokong cita-cita perjuangan ummat Islam yang sangat murni disisi Allah, tanpa mengira cara pendekatan dan dibumi mana mereka berada. Justeru sudah dikenal pasti; menerima dan mengamalkan keseluruhan intisari As-Sunnah adalah sebenarnya menjadi tuntutan aqidah Islam yang menjadi fardhu ‘ain kepada setiap muslimin. Sebab itu kami berangapan keperluan memwujudkan piawaian (standard kayu ukur) untuk jemaah-jemaah Islam adalah sangat mendesak.

(9)

MEMPERKASA PERPADUAN UMMAT ISLAM DENGAN MEMWUJUDKAN PIAWAIAN (STANDARD) KAYU UKUR AS-SUNNAH YANG DIIKTIRAF SEMUA PEHAK.

Standard kayu ukur yang ingin kami rumuskan adalah berdiri diatas dasar prinsip dan tertib perkembangan perjalanan As-Sunnah atau tertib ‘Missi Ke-Rasulan Nabi’. Dimana kita menitikberatkan hubungkaitnya dengan konsep ‘Fiqhul Awaliyat’. Bermula dari mendapatkan gambaran rupa bentuk As-Sunnah secara menyeluruh, supaya dapat dijadikan garis panduan gerakerja dan kegiatan perjuangan jemaah secara konsistan.

Untuk dapat dilihat gambaran bentuk As-Sunnah sebagai satu pakej, perlu dikenal pasti prinsip-prinsip yang terpenting perkembangan perjalanan As-Sunnah (akan kami princikan dibawah ini) Namun telah dikenal pasti gambaran bentuk As-Sunnah belum dapat menjamin kejayaan kita menjunjung As-Sunnah yang sangat berat itu. Oleh sebab itu tertib dan perkembangan bagaimana cara Rasulallah saw menyempurnakan Ad-deen dengan As-Sunnah adalah sangat penting dititikberatkan.

Kedua-dua factor, prinsip dan tertib perjalanan As-Sunnah wajiblah digandingkan, sebab sudah dikenal pasti punca utama kegagalan atau kesukaran mengembalikan matrabat As-Sunnah adalah disebabkan memisahkan kedua-dua faktor ini. Selama ini kita sangat memandang berat prinsip atau falsafah As-Sunnah, tetapi tertib bagaimana Rasulallah saw memulakan gerakerja atas perentah Allah tidak pernah dipertimbangkan. Sebab itu ulama tersohor kita hari ini, Dr. Yusuf Al-Qardhawi ada menerbitkan bukunya yang agak terkini tentang penting nya konsep ‘Fiqhul Awaliyat’ (sila rujuk)

Contoh yang perlu kita pandang berat sekarang ialah; pada perengkat permulaan Islam diperkenalkan. Allah tidak terus memwajibkan orang yang baru menerima Islam mengerjakan solat 5 waktu. Kita dapati perentah dakwah lebeh aula daripada perentah wajib solat, sebab amalan dakwah boleh mempertengkat iman dan membaiki akhlak secara langsung. Allah Maha mengetahui maknusia tidak mampu mentaati perentah wajib solat lima waktu, kecuali jika sudah dijelmakan nilai kebesaran Allah dan RasulNya serta rasa kemanisan iman dalam dadanya menerusi usaha dakwah. Firman Allah; “Sesungguhnya solat itu berat, kecuali bagi orang-orang yang tunduk hatinya kepada Allah, yaitu orang-orang yang mengetahui bahawa mereka akan kembali kepada Allah” Al-Baqarah 45 – 46.

Pada hari ini semua ummat Islam walaupun baru memelok Islam sehari sudah diberi tahu kewajipan menunaikan solat 5 waktu. Dan sekarang solat sudah menjadi lebeh afdhal daripada dakwah kerana nashnya memwajibkan lima waktu tidak boleh absen barang satu waktu pun. Manakala hukum ‘dakwah’ tidak begitu ketat. Namun dari segi awaliyat (aula) ‘dakwah’ tetaplah lebeh aula daripada solat. Sewajarnya hingga saat ini ‘hukum dakwah’ hendaklah dihayati sebagai kewajipan kepada stiap individu muslim, bukan terhad kapda para ulama sahaja. Contohi jemaah Tabligh. Inilah fakta yang telah kita lalaikan dengan tidak kita sedari sahingga hari ini.

Kesilapan kita ialah mengabaikan konsep fiqhul Awaliyat dalam prinsip dan tertib perjalanan As-Sunnah. Kita samasekali tidak mengambil berat tentang nilai iman dan penghayatan kebesaran Allah dan RasulNya pada jiwa ummat Islam. Selama ini kita tak pandang sebelah mata tarbiyah jemaah tabligh, maka akibatnya majority ummat Islam samada yang sudah lama atau yang baru memluk Islam tidak mampu istiqamah menjaga perentah wajib solat 5 waktu dengan baik. (mengikut ketentuan As-Sunnah yang sebenar) Lihat jemaah tabligh, mengapa saorang remaja belasan tahun mampu bergegas kamasjid setiap kali terdengar azan. Bahkan ia mampu istiqamah menjaga solat witir dan duha. Ini kejadian benar berlaku dihadapan mata kami

Lazimnya kita (Pas) gunakan hujah mudah merendahkan mereka. “Mereka sekadar kuat ibadah tapi tak ada ilmu. Amal ibadah yang tiada ilmu sangat rendah disisi Allah”. Memang benar, tetapi malangnya kita berpuas hati sekadar memperlekeh orang lain, mengapa tidak kita cari jawapan untuk satu soalan ini. “Jemaah kita yang cukup tarbiyah ilmu mengapa tidak ada remaja kita yang mampu beramal begitu,?. Bahkan ustaz-ustaz kita (Pas) pun tidak ramai yang mampu istiqamah bergegas kamasjid setiap kali terdengar azan. Sedangkan ia sangat dipandang penting dalam ajaran As-Sunnah. Inilah titik tolak yang mendorong kami membuat penyelidikan secara menyeluruh seperti yang wujud hari ini semoga diberkati Allah. . Sebab apabila solat tidak dapat dijaga dengan baik, ia menjadi punca utama kemerosotan ummat Islam secara menyeluruh. Kami harap selepas ini, program Pas yang melambatkan atau merengankan solat fardhu hendaklah dipandang sebagai kesalahan serious, sebab hakikatnya solat adalah lebeh aula dari politik.

(10)

Oleh sebab itu piawaian atau standard kayu ukur ini sangat mementingkan prinsip dan angka tertib (Awaliyat) perjalanan As-Sunnah itu sendiri. Dimana Allah telah memutuskan untuk diperjuangkan, diamalkan, dan disempurnakan oleh RasulNya dan para sahabatnya dalam jangkamasa selama 23 tahun. Hari ini ia sudah lengkap
sempurna ditangan kita dan kewajipan diatas bahu kita menjunjung dan mengamal As-Sunnah serentak sekali gus. Ternyata ia tersangat berat. Kita tidak akan mampu sekiranya tidak berpandu secara jitu tertib perjalanan yang dicontohkan oleh Rasulallah saw. Dan kami yakin Insyak-Allah dengan kewujudan kayu ukur penilai seumpama itu akan mampu mewujudkan satu tamadun masarakat Islam tulin dalam suasana kerjasama yang intim antara jemaah demi memenuhi tuntutan syari’at Allah Insyak-Allah.

Berikut ini kami gariskan tujuh prinsip dan tertib intisari missi ke-Rasulan yang disempurnakan oleh Rasulallah saw sebagai perjalanan As-Sunnah (sirah) yang bersifat static, yang layak dijadikan tunggak kayu ukur penilai setiap jemaah Islam yang kommited dengan perjuangan menegakan martabat As-Sunnah secara langsung.

1. Menyempurnakan akhlak sebagai saorang individu Muslimin yang sejati.

2. Menerima wahyu Allah menerusi Jibrael dan menyampaikan kepada ummat.

3. Berdakwah menyelamatkan ummat; mengajak mentauhidkan Allah dan percaya kepada ke-Rasulan Nabi dan balasan akhirat. “Hai orang yang berselimut, bangunlah lalu berilah peringatan dan Agongkanlah Tuhanmu” Surah Al-Mudatsir ayat 1,2,3.

4. Menyempurnakan ibadah solat, dan mengembangkan budaya ilmu bersumber wahyu.

5. Berperanan dalam politik Negara, motif menegakkan ma’aruf dan mencegah kemungkaran secara total. (pengertian ‘politik’ rujuk halaman 17)

6. Terpaksa berjihad dengan senjata, (perang) apabila jalan damai sudah tertutup. Kerana musuh terus-menerus memusuhi Islam yang telah diketengahkan oleh Rasulallah saw secara dakwah dan politik.

7. Berperanan sebagai kalifah Allah. Memerentah dimuka bumi dengan Kitabbullah. Firman Allah: “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat sesungguhnya Aku hendak menjadikan maknusia kalifah dimuka bumi” Surah Al-Baqarah 30.

Nah, sekarang kita nampak dengan jalas gambaran awal Rasulallah saw menyempunakan missinya demi melengkapkan Ad-deen dengan 7 prinsip terbesar, dan 7 langkah tertib (perkembangan perjalanan Sirah) telah diputuskan Allah, yang bersifat static. Yaitu tiada menerima sebarang perubahan sampai hari qiamat.. Sewajarnya semua jemaah yang kommit dengan perjuangan martabat As-Sunnah memberi perhatian, demi untuk menilai gerakerja dan pendekatanya.

HURAIAN DAN ULASAN RENGKAS.

Prinsip dan tertib pertama: Menyempurnakan akhlak sebagai saorang Rasul (individu muslim yang sejati)

Sejak kelahiran Nabi Muhammad, Allah telah mentarbiyahnya (mendidik) secara langsung agar supaya minda Muhammad bersih dari sebarang pengaruh masarakat jahiliyah sekelilingnya. Bahkan Allah telah membesarkanya sebagai anak yatim piatu. Ayahnya meningal dunia sejak ia dalam kandungan ibu 2 bulan. Manakala ibunya meningal dunia ketika ia berumur 6 tahun.

Tengkah laku, perwatakan, dan akhlaknya menjadi yang terunggul disisi Allah dan juga sekelian makhluk, sahingga masarakat qaumnya memberi gelaran ‘Al-Amin’ (Yang benar dan yang lurus) Tiada sebarang keraguan tentang kejujuranya, kebenaran dan keihklasanya. Sahingga setiap perkataan yang keluar dari mulut Muhammad dipercayai kebenaranya, sahingga qaumnya menjadikan ia sebagai orang kepercayaan untuk menitipkan (menyimpankan) barang-barang berharga.

Demikianlah Allah membentuk keperibadian Nabi sebelum mengangkatnya menjadi Rasul apabila umurnya mencapai 40 tahun. Pertama kali Jibrael mengunjunginya digua hirraq.

(11)

Prinsip dan tertib kedua: Menerima dan menyampaikan wahyu dari Allah. (Allah mengangkat menjadi RasulNya)

Menjelang umurnya 40 tahun, Allah utuskan Jibrael mengunjunginya digua hirraq untuk menyampaikan wahyu pertama kepada Muhammad. Sayugia dipahami bahawa perbuatan Nabi menyepikan diri dalam gua adalah Sunnah yang tidak perlu dicontohi oleh ummat, sebab perbuatan itu dilakukan oleh Nabi sebelum ia diangkat menjadi Rasul. Bertujuan mengasingkan diri dari hiruk pikuk kemungkaran dalam masarakat jahiliyah pada masa itu. Pada hari ini hiruk pikuk kemungkaran yang berlaku dihadapan kita adalah menjadi kewajipan kita mencegahnya secara langsung kerana nash dan dalilnya sudah lengkap ditangan kita. Adalah bercanggah dengan syarak apabila kita mengambil sikap membisukan mulut dan memekakan telinga. Perbuatan jemaah Tabligh mencegah secara tidak langsung dengan hanya mengajak kebaikan, adalah mencontohi Sunnah awalan sebelum jihrah, sewajarnya dihayati perbezaan antara zaman Nabi dimana wahyu belum habis diturunkan dengan dizaman ini semua hukum-hukum sudah disempurnakan.

Urusan menerima wahyu ini sebenarnya adalah haq mutlaq antara Jibrael dan Nabi semata-mata. Tiada sebarang makhluk lain terlibat. Oleh itu, sungguh pun ia menjadi tertib missi kerasulan yang kedua, tiadalah apa-apa yang perlu dicontohi oleh ummat. Tugas kita sebagai ummat semata-mata menerima atau mengambil segala apa yang disampaikan oleh Rasulallah saw kepada kita. Sesuai dengan sifat Rasul yang terunggul yaitu ‘Tabligh’. Dengan lain perkataan kita wajib menerima, beramal dan mengkaji selidik segala ilmu bersumber wahyu yang terletak pada tertib kedua dalam prinsip As-Sunnah. Artinya hampir sama tarap dengan tertib ketiga ‘menyampaikan dakwah’ Nabi sendiri terus diperentah Allah berdakwah pada perengkat permulaan wahyu diterima. Terjadi kemuskilan, kenapa Allah tidak terus memwajibkan solat. Jawabnya kerana amalan dakwah dapat menjelmakan kekuatan rohani (iman) yang boleh mendorong sesaorang Islam menjaga solat dengan baik. Contohnya lihat jemaah kita Tabligh hari ini. Allah sudah tentu lebeh mengetahui tabe’at makhluk maknusia yang diciptaNya. Firman Allah: “Sesungguhnya solat itu adalah berat, kecuali bagi orang-orang yang tunduk hatinya kepada Allah, yaitu orang-orang yang mengetahui bahawa mereka akan kembali kepada Tuhanya” Al-Baqarah 45 – 46.

Prinsip dan tertib ketiga: Menyelamatkan ummat dengan berdakwah; mengajak tauhidkan Allah dan percaya kepada kaRasulan Nabi dan balasan akhirat.

Setelah Rasulallah saw mula mengenali Jibrael dari wahyu pertama yang disampaikanya di gua Hirraq. Allah telah memberhentikan penurunan wahyu. Nabi menjadi resah menunggu kedatangan Jibrael seperti biasa tapi tidak kunjung tiba, sahingga puak kafir Quraisy memperleceh dan mencemuh Nabi. Namun Nabi tetap menunggu dengan sabar. Antara buku sejarah sirah terdapat khilaf tempuh Nabi menunggu kedatangan Jibrael, ada yang mengatakan 6 bulan dan ada yang mengatakan lebeh setehun.

Apabila Jibrael diperentahkan Allah turun semula, ia (Jibrael) membawa perentah supaya Rasulallah saw bangun dan memberi peringatan. (berdakwah) Perengkat permulaan mengajak setiap maknusia bertauheed kepada Allah dan percaya keRasulan Nabi serta percaya pada pembalasan hari akhirat. Mulai hari itu Rasulallah saw menunaikan perentah dakwah dari Allah, menemui secara peribadi setiap individu dengan gigihnya tiada mengenal penat lelah, walau pun menerima tentangan sengit dari kabilahnya sendiri. Sejak menerima perentah itu Jibrael sentiasa turun membawa wahyu perengkat demi perengkat. Begitu juga semua sahabat-sahabat baginda yang baru masuk Islam diajak sama-sama menyampaikan dakwah secara sulit memperkenalkan Iman dan Islam kepada semua jiran dan taulan. ‘Dakwah’ adalah tempoh yang terpanjang iaitu selama 10 tahun sebelum wajib solat, selama tempuh itu bermacam-macam peristiwa yang perlu diambil tauladan dan sempadan dalam kegiatan dakwah jemaah kita.

Prinsip dan tertib keempat: Menyempurnakan ibadah solat dan ilmu wahyu kepada ummat.

Setelah lebeh kurang 10 tahun Rasulallah saw menjalankan dakwah diMakkah sambil berdepan dengan berbagai rintangan dan halangan yang hingga perengkat mengancam nyawa, kemudian ia diangkat Allah Isyrak-Ma’araj kelangit dalam masa satu malam. Dimana Rasulallah saw dibawa Jibrael bertemu Allah, dan Allah memberikan perentah solat 5 waktu secara langsung untuk ummat dan baginda sendiri. Tujuanya memwujudkan hubungan rohani secara langsung antara hamba dengan Tuhanya yang Maha pengasih lagi Maha penyayang, Maha pencipta, Maha mengetahui, Maha berkuasa dengan segala sifat-sifat Maha Suci dan Maha Sempurna yang tidak dapat diketahui oleh makhluk hakikat sebenarnya.

(12)

Semenjak itu ‘solat’ menjadi amalan routin kepada semua sahabat-sahabat yang sudah menerima Islam. Sebelum itu Rasulallah saw sendiri telah sedia diajar oleh Jibrael cara kifiat mengerjakan solat, dan sudah pun diamalkan oleh Rasulallah dan sahabat-sahabat terdekat sebanyak dua kali sehari, tetapi belum diwajibkan Allah. Sejarah sirah jelas menunjukan amalan dakwah, solat, dan politik telah membentuk syaksiyah dan keperibadian para sahabat pada taraf maqam tersangat unggul yang telah mendorong dengan mudah menerima pengilan jihad bersenjata apabila keadaan memaksa. Pada hari ini pun kita lihat individu yang mencapai taraf maqam tertinggi ialah yang mampu mencontohi amalan ketiga-tiga ciri prinsip As-Sunnah ini. Oleh sebab itu kami berkeyakinan, meninggalkan salah satunya adalah berarti kegagalan.

Rasulallah saw telah mentarbiyah sahabat-sahabatnya banyak kearah mendokong cita-cita akhirat. Cita-cita dunia menjadi tandus hampir tiada bersemi samasekali dalam jiwa-jiwa mereka. Inilah yang menjadi tunggak sifat-sifat ikhlas, jujur, waraq dan taqwa yang tinggi tiada tolok bandingnya. Jemaah Tabligh telah memulakan kegiatanya bertepatan dengan prinsip dan tertib ketiga dan keempat. Sebab itu kita lihat Tabligh mendapat kekuatan iman dan akhlak yang lebeh baik dari lain-lain jemaah. Dan hakikatnya ia sedang berdepan dengan prinsip dan tertib kelima, keeman dan ketujuh secara tidak disedari kerana standard kayu ukur As-Sunnah masih belum wujud dikalangan jemaah. Jika ia menolak piawaian kayu ukur ini, kami khuatir sifat sombong dan berpecah belah antara jemaah tidak dapat dikekang, justeru mereka merasa jemaahnya sendiri melebihi jemaah lain dalam segala hal. Namun kami memang mengakui uslup tarbiyah jemaah tabligh lebeh aula berdasarkan kayu ukur yang kami rumuskan ini, tetapi seharusnya ia menyedari perjuangan menegakan As-Sunnahnya masih sekerat jalan. Takaza dihadapanya masih sangat besar belum disentuh.

Prinsip dan tertib kelima: Menanggani urusan politik Negara menegakan ma’aruf dan mencegah mungkar secara total.

Lebeh kurang setahun selepas peristiwa Isyra’ Maeraj Rasulallah saw telah menerima perentah hijrah ka Madinah. Di sana Rasulallah saw tidak semata-mata menjalankan kegiatan dakwah, bahkan ia menanggani urusan politik, sebab pengikut Nabi (penganut Islam) pada waktu itu sudah ramai, sudah terbentuk satu masarakat orang-orang beriman. Keperluan sebuah masarakat Islam adalah termasuk ajaran wahyu yang disampaikan oleh Jibrael kepadanya. Sebab itu Nabi wajib berpolitik demi kesempurnaan ajaran Islam sebagai Ad-deen yang datang dariapda Allah. (rujuk pengertian ‘politik’ dihalaman 17)

Tindakkan politik Rasulallah saw yang pertama ialah: Memwujudkan perjanjian damai dengan kabilah-kabilah yang belum menerima Islam didalam dan diluar Madinah, termasuk puak Yahudi yang bermustautin di Madinah, demi untuk memelihara keamanan Madinah. Sekarang perjanjian itu dikenali oleh ahli sejarah sebagai perlembagaan Madinah. Yaitu negera pertama didunia yang mempunyai perlembagaan bertulis diseluruh tamadun maknusia pada masa itu. Sedangkan Rasulallah saw sendiri sifatnya sebagai ‘ummi’ (tiada boleh membaca dan menulis). Ini membuktikan bahawa peradaban Islam lebeh maju kehadapan daripada peradaban agama lain.

Yang kedua Rasulallah saw telah melaksanakan satu langkah untuk membebaskan Makkah dari kekuasaan puak kafir Quraisy kerana kedudokkan ka’abah disana. Dimana Allah akan memwajibkan ummat Islam dari seluruh dunia mengunjungi ka’abah. Dalam tindakkan ini Rasulallah saw telah menunjukan contoh yang sangat berhemah dan berlemah lembut. Seboleh-bolehnya mengelakan dari kekerasan dan pertumpahan darah.

Peristiwa perjanjian Hudaibiyah menjadi bukti sejarah sirah yang sangat jelas. Motifnya supaya puak kafir Quraisy mengiktiraf kewibawaan masarakat Islam dibawah pimpinanya di Madinah. Agar supaya puak kafir Quraisy mau mengikat perjanjian damai dengan Islam bagi membolehkan masakarat Islam mengunjungi ka’abah dengan aman pada bila-bila masa. (lebeh lanjut sila semak dalam bab 9 ‘Contoh Rasulallah berpolitik’ akan terbit kemudian)

Prinsip dan tertib keenam: Situasi keadaan memaksa Rasulallah berjihad menghunus senjata demi untuk menegak dan mempertahankan Islam.

Usaha Rasulallah saw melembutkan hati pemerentah Kafir Quraisy di Makkah secara dakwah dan politik telah gagal. Perjanjian Hudaibiyah yang dapat dimetrai dengan penoh kontroversi pun akhirnya dikhianati oleh puak Kafir Quraisy. Hikmahnya Allah memang mengkehendakki kekuasaan Kafir

(13)

Quraisy di Makkah dilenyapkan samsekali, ditukar sepenohnya kepada pemerentahan Islam. Ini kerana pandangan puak Quraisy terhadap masarakat Islam terlalu negative. Kafir Quraisy tidak mau menerima kewujudan Islam sebagai institiusi masarakat yang berwibawa, melainkan ia dipandang sebagai kompolan pengacau yang perlu dilenyapkan. Ini dapat kita lihat pada peristiwa perang Khandak. Oleh sebab itu tiada pilihan lain bagi ummat Islam melainkan jihad menghunus senjata.

Akibatnya, terjadilah perang yang pertama dengan puak Kafir Quraisy yang bernama ‘perang badar’. Dimana Nabi tidak sedikit pun berniat sengaja mencetuskan peperangan dengan mana-mana pehak. Pada waktu itu pejuang Islam hanya berjumlah 313 orang, itupun dengan kelengkapan yang sangat minima. Manakala pehak musuh menyediakan kelengkapan tentera seramai 1000 orang lengkap dengan biduan (penyanyi) dan tukang musik tujuan untuk merayakan kemenanganya melenyapkan kumpulan Islam yang dipimpin oleh Rasulallah saw.

Doa Nabi diperkenan Allah. Allah pun menurunkan pertolonganNya secara langsung dan memberi kemenangan kepada Islam. Demikianlah seterusnya siri peperangan demi peperangan tercetus semata-mata kerana pehak kafir terus menolak kebenaran Islam serta berhasrat melenyapkan Islam samasekali. Namun oleh sebab Islam itu agama Allah tentulah Allah sendiri melindunginya. Dalam semua siri peperangan itu akhirnya Allah memberi kemenagan kepada Islam. Dan kita melihat fakta sejarah akan berulang semula dizaman kita hari ini. Kita dapat kesimpulan disini bahawa jihad dengan senjata hanya apabila keadaan memaksa. Yaitu apabila jalan damai sudah tertutup samasekali. Sekiranya masih terbuka, pertumpahan darah adalah diharamkan. Oleh sebab itu jangan kita letakan jihad senjata sebagai agenda yang diwajibkan, sebab ia hanya menjadi wajib jika terpaksa. Yang wajibnya ialah kewaspadaan dan berusaha mengerunkan pehak musuh dengan apa cara sekali pun.
-

Prinsip dan tertib yang ketujuh: Menjadi kalifah Allah memerentah muka bumi dengan syari’at Allah.

Setelah semua musuh-musuh berjaya ditumpaskan, ramai yang secara sukarela menerima Islam. Akhir sekali tunggak musuh besar yang berjaya ditumpaskan ialah tentera Romawi (golongan kristian) yang berpengkalan di Tabuk. Dengan tentera Romawi terjadi siri peperangan yang panjang kerana ia kuasa terbesar dunia pada waktu itu. Sahingga saat kewafatan Rasulallah masih belum selesai. Setelah wafat Rasulallah saw pertembungan dengan Romawi dipimpin oleh Zaid ibnu Haritha dan Khalid ibnu Walid. Dan akhirnya dapat dikalahkan secara mutlaq. Nagara-negara bawah ta’aluknya semua menerima Islam tanpa sebarang tentangan.

Semasa hayat Rasulallah saw beliau berkesempatan mengIslamkan seluruh tanah Hijaz dan semenanjung Arab termasuk negara-negara jajahan taaluk Romawi seperti Yaman, Oman, dan Hydralmaut secara sukarela mereka semua menerima Islam. Maka secara otomatik Rasulallah saw diangap sebagai Amirul-Mukminin pemerentah yang mendaulatkan syari’at Allah diseluruh negara Islam secara total. Dengan kekalahan itu, dendam puak kristian terhadap Islam tidak kunjung padam hingga hari ini.

Tindakan diplomatic yang bersifat politik, Rasulallah saw pernah mengirim utusan mengajak ketua-ketua negara menerima Islam: Hatib bin Abi Balta’a diutus menemui raja Mesir, Amir bin Umaya menemui raja Habsyah, Abdullah bin Huzafa menemui raja Farsi, sementara Dihya bin Khalifa menemui Herculis Penguasa Romawi. Dan ramai lagi diseluruh negara-negara sekitar, jauh dan dekat. Rasulallah saw sudah mengirimkan utusan sebelum pehak Romawi ditundukan sepenohnya. Akhirnya semua negara-negara yang pernah dikirim utusan oleh Rasulallah saw telah menjadi wilayah Islam walaupun pada mulanya menunjukan penentangan yang keras.

Jemaah dakwah kita (Tabligh) ada mencontohi Sunnah Rasulallah saw mengirim jemaah keluar negara untuk menyampaikan Islam. Tetapi selama ini ia hanya mampu berdakwah dalam kalangan rakyat biasa. Belum sampai kaperengkat mengajak Islam kepada pehak berkuasa pemerentah. Justeru jemaah kita sendiri belum mempunyai tunggak pemerentahan dalam negera sendiri. Ini satu bukti yang jelas jemaah Tabligh dan lain-lain jemaah pun tidak akan mampu mencontohi keseluruhan As-Sunnah secara utuh (tulin) kerana perbezaan situasi dan politik yang wujud hari ini. Kita tidak dapat lari dari mencari uslup yang sesuai untuk keadaan hari ini. Cara penyelsaian yang kami nampak ialah mengatur program mengikut penghayatan piawaian (standard) kayu ukur As-Sunnah dan tertib yang kita rumuskan. Manakala pengisianya mengikut inspirasi yang diberi Allah apabila semangat keimanan menyerah diri dan harapan petunjuk jalan yang lurus cukup tinggi kepada Allah. Sesuwai dengan permohonan kita setiap kali menunaikan solat. (membaca Fatheha)

(14)

GAMBARAN BENTUK As-SUNNAH YANG SEBENAR. (SEBAGAI SATU PAKEJ)

Nah. sekarang dengan cara mengimbas kembali seluruh prinsip dan tertib perjalanan As-Sunnah berdasar konsep ‘Awaliyat’ diatas tadi, dengan cepat kita dapat gambaran rupa bentuk As-Sunnah yang sebenarnya. Ia bermula dengan saorang individu maanusia yang telah dilahirkan Allah membawa missi ke Rasulan untuk mengubah stuktur peradaban masarakat maknusia seluruh alam.

Kemudian Allah membentuk akhlaknya yang sangat cemerlang diikhtiraf oleh seluruh maknusia. Lepas itu Allah sampaikan wahyu kepadanya. Kemudian diperentah berdakwah menyelamatkan orang lain, kemudian ummatnya diajar berhubung kepada Allah secara langsung dengan ibadah solat, dakwah dan zikir. Lepas itu berpolitik demi kesejahteraan ummat Islam, kemudian terpaksa berjihad dengan senjata demi mempertahankan dan menegakan Islam. Akhir sekali memerentah negara dengan syari’at Allah.

Ini adalah fakta sejarah sirah dengan prinsip dan perkembanganya yang static telah diputuskan Allah. Kami yakin ia wajib diterima semua pehak secara terbuka bebas dari sebarang prejudis. Inilah tunggak kayu ukur yang selayaknya dijadikan piawaian (standard) untuk menilai prinsip perjuangan memertabatkan As-Sunnah dan tertib awaliyatnya oleh jemaah-jemaah yang menangani masaalah ummat diseluruh dunia hari ini.

Adapun angka tertib perkembangan As-Sunnah 1 – 7 itu telah diputuskan Allah bagi panduan umat akhir zaman yang bersifat static tanpa menerima sebarang perubahan sampai hari qiamat. Oleh sebab itu ia samasekali tidak boleh diubah suwai atau ditukar tebalikan. Umpama memberi keutamaan tertib kempat dulu dan meremehkan yang lain, adalah sangat bercangah. Namun ini bukan berarti setiap satu tertib hendaklah diselesaikan satu demi satu mengikut angka giliran. Sebenarnya angka tertib itu hanya wajib dipandang dari sudut konsep ‘Awaliyat’ yaitu yangmana lebeh utama didahulukan mengikut contoh perjalanan missi kerasulan yang disempurnakan oleh Rasulallah, hendaklah dihayati dan diterjemah kepada amalan. Manakala cara praktikal hukum-hukum syari’at untuk ummat zaman ini hendaklah berjalan serentak sekali gus, kerana dalil nashnya semua sudah lengkap ditangan kita. Mana-mana syari’at yang belum dapat diamalkan hendaklah ada alasan syarak. Sebagai contoh kita belum mampu melaksanakan hukum ‘Hudud’ hendaklah ada alasan yang diterima syarak.

Bahkan dizaman Nabi pun tertib tujuh prinsip itu tidak diamalkan secara bergilir-gilir, tetapi dakwah telah diperentahkan jauh lebeh awal lebeh kurang 10 tahun baru hukum wajib solat diberikan Allah semasa peristiwa Isyrak-Me’araj. Sebelum itu Nabi telah mendirikan solat tetapi belum diwajibkan kepada ummat. Setelah hukum solat diwajibkan bukan berarti perentah dakwah sudah selesai. Dakwah dan solat terus berjalan, didatangkan pula perentah politik. Sambil dakwah, solat, dan politik berjalan datang pula perentah jihad bersenjata mengikut keperluan dan keadaan. Begitulah seterusnya hingga hari ini perentah dakwah, solat, politik dan memerentah negara dengan syari’at Allah sudah menjadi fardhu kepada seluruh ummat Islam tanpa pernah dimansuhkan. Semua tertib perjalanan sejarah ini adalah sahih muta’watir, tiada mana-mana golongan jemaah atau individu yang berhak mengubahnya.

Hubungkait dengan aqidah Muslim.

Sebagai contoh menterjemahkan dari penghayatan kepada amalan: Dizaman ini syarak tidak membolehkan kita mengunakan alasan ‘Cukuplah saya dapat menjaga solat, soal politik saya tidak berminat’. Dalam kontek wahyu dan As-Sunnah telah lengkap sempurna ditangan kita sekarang ini, dimana kesemuanya sudah menjadi kewajipan kita mengamalkanya, maka hujah seperti itu adalah bercangah pada syarak kerana kedua-dua nya ‘solat dan politik’ sudah menjadi wajib sebagai tuntutan aqidah Islam. Namun ada kelongaran kepada mu’alaf yang baru belajar mengenal dan memahami Islam, sebab itu hukum berdakwah dan wajib solat jauh jarak antara keduanya. (rujuk pengertian ‘politik’ halaman 17)

(15)

Begitu juga sebaliknya, hukum syarak tidak membolehkan kita berhujah: “Buat masa ini kita hanya perlu menitik beratkan aspek politik sahaja, tentang solat adalah amalan lazim yang tidak perlu ditekankan” Justeru ‘solat’ adalah lebeh aula daripada ‘politik’ mengikut konsep Fiqhul Awaliyat dan standard kayu ukur As-Sunnah, maka perbuatan merengankan kewajipan solat adalah diharamkan oleh syarak. Walau dengan apa keadaan sekali pun solat wajiblah dititikberatkan. Dan sememangnya demikianlah Rasulallah saw menunjukan contoh kepada kita.

Walhasil apa juga nilai atau fakta yang sudah menjadi tuntutan aqidah Islam, samasekali tidak boleh (atau haram) kita merengankan atau mengenepikan pada perbuatan atau lebeh-lebeh lagi pada penghayatan, sebab penghayatan tidak perlu kita melakukan dengan tenaga, harta, atau apa-apa pengorbanan. Tetapi ia perlu diterjemahkan kepada amalan seberapa yang termampu. Dalilnya sabda Rasulallah saw: “Apabila kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu cegah dengan tangan kamu (dengan kuasa) Jika tidak mampu cegahlah dengan lidah kamu (menegur dengan perkataan) Jika kamu tidak mampu sekurang-kurangnya hendaklah kamu benci dalam hati. Itulah selemah-lemah iman, tiada lagi iman selepas itu” Hadis riwayat Muslim.

Sayugia diingat dalam Islam, perbuatan mencegah kemungkaran adalah menjadi tuntutan aqidah yang sangat penting. Sengaja mengingkarinya boleh membatalkan iman dan Islam, oleh sebab itu Rasulallah saw memberi tahu jika tidak mampu mencegah secara fizikal sekurang-kurangnya hendaklah membenci dalam hati,. Sebab membenci dalam hati tidak memerlukan sebarang pengorbanan. Kalau itu pun tidak mampu, artinya kita redha dengan kemungkaran yang sangat dibenci Allah. Terlalu banyak dalil-dalil firman dan hadis dimana Allah sangat menekankan supaya mencegah kemungkaran. Oleh itu jika kita redha walaupun yang melakukan kemungkaran pehak kerajaan yang memerentah negara, dan kita menyokongnya: Maka syarak memutuskan batal Iman dan Islam kita, kerana penghayatan kita bercangah dengan kehendak Allah Tuhan yang menghidupkan kita. Apabila iman dan Islam sudah terbatal berkejarlah kita kamasjid setiap kali terdengar azan. Berdakwahlah kita 3 hari setiap bulan. Pikulah bendera sambil bertempik ‘Allah-Hu-akbar’ sampai kehujung dunia. Allah tetap tidak memandang, tiada sebarang pahala akan diberikan. Demikianlah pentingnya tuntutan aqidah. Ia sangat perlu dititikberatkan.

Kita tidak boleh mengambil panduan dari tertib missi ke Rasulan 7 prinsip secara utuh (tulin sepenohnya)

Untuk mengambil garis panduan dari prinsip dan tertib As-Sunnah sebagai dasar gerakerja atau prinsip perjuangan jemaah tidak dibolehkan kita mencedok secara utuh (asli ) sebagaimana gambaran As-Sunnah yang kita dapatkan diatas tadi. Sebab, apa yang sangat penting kita hayati ialah: Prinsip missi ke Rasulan itu telah digariskan Allah untuk dibawa oleh RasulNya sebagai pembawa rahmat seluruh alam. Sedangkan kita sebagai ummat dibawah bimbingan Rasul tentunya perlu menghayati perbezaanya.

Sayugia dihayati bahawa prinsip dan tertib As-Sunnah 7 perkara itu ialah asas permulaan sebagai rangka pembenaan agama sahingga sempurna sebagai Ad-deen yang dianugrah Allah kepada ummat. Hari ini Ad-deen itu sudah sempurna, namun dalam rangka mengangkat kembali martabat As-Sunnah kita wajib mengambil tauladan dan panduan dari prinsip dan tertib Sunnah (Ad-deen) itu dibena. Sebab itu kita terpaksa menguna pakai standard kayu ukur As-Sunnah yang sedia diwujudkan Allah, dengan sedikit pindan yang sesuai untuk ummat. Selama ini kita gagal kerana tanpa memwujudkan piawaian (standard kayu ukur) yang diiktiraf semua pehak.

Contohnya pada tertib yang pertama, ia hanya untuk saorang Rasul yang diangkat Allah yang bakal membawa rahmat kaseluruh alam. Dalam hal mentarbiyah akhlak, Nabi mendapat tarbiyah secara langsung dari Allah sahingga digelar Al-Amin oleh qaumnya. Apa yang perlu kita hayati; sebagai ummat tidak boleh menunggu Allah mentarbiyah kita secara langsung sebagaimana berlaku pada Nabi. Oleh itu untuk mempertengkat (membaikki) akhlak kita wajib menitikberatkan amalan As-Sunnah itu sendiri mengikut tertib yang sudah digariskan Allah bermula dari usaha menyampaikan dakwah, menjaga solat, dan politik.

Begitu juga halnya dengan tertib yang kedua, Allah menurunkan wahyu kepada RasulNya, itu adalah urusan mutlaq Rasulallah dan Jibrael semata-mata, tiada lain-lain makhluk yang terlibat. Dan tidak ada apa-apa yang perlu diambil contoh oleh ummat. Peranan kita sebagai ummat semata-mata menerima apa jua yang disampaikan Rasulallah saw serta dengan mempelajari, mengkaji, dan menjunjung segala perentah Allah dan RasulNya.

(16)

Nah sekarang sudah jelas tujuh perkara prinsip untuk Rasul. Prinsip pertama dan kedua samasekali tidak melibatkan ummat. Yang relevan untuk piawaian (kayu ukur) ummat Islam ialah mengambil dari prinsip ketiga hingga ketujuh. Yaitu ambil lima daripada tujuh, atau diubahsuwai prinsip satu hingga lima seperti yang berikut dibawah ini.

Prinsip dan tertib yang pertama: Menyampaikan dakwah dan menitikberatkan perentah wahyu dan As-Sunnah (untuk membena iman dan akhlak)

Prinsip dan tertib yang kedua: Menjaga solat fardhu mengikut ajaran As-Sunnah yang asal.

Prinsip dan tertib yang ketiga: Berpolitik demi menyempurnakan Ad-Deen. (rujuk pengertian ‘potitik’ halaman 17)

Prinsip dan tertib yang keempat: Jika keadaan sudah memaksa Jihad dengan senjata.

Prinsip dan tertib yang kelima: Memerentah negara dengan syari’at Allah.

Huraian dan ulasan.

Sekali imbas saolah-olah sudah nampak kekeliruan. Pada hari ini dimana-mana pun para ulama mengajar kita; perentah agama yang utama ialah wajib menidirikan solat 5 waktu. Bahkan kepada orang yang baru memeluk Islam pun, awal-awal lagi diberitahu ‘mendirikan solat adalah wajib’ yang tidak boleh ditinggalkan walaupun satu waktu, tetapi dalam tertib prinsip As-Sunnah diatas ini yang pertama ialah ‘Menyampaikan dakwah dan menitikberatkan perentah wahyu dan As-Sunnah’.

Harap jangan tersalah paham. Ia bukan satu kekeliruan. Solat 5 waktu memang sudah menjadi fardhu kepada seluruh ummat Islam selepas peristiwa Isyrak Me’araj sahingga hari qiamat. Yang nampak semacam keliru, mengapa dalam tertib As-Sunnah diatas tadi pertama ‘menyampaikan dakwah’. ? Dalam tertib As-Sunnah sememangnya mendahulukan ‘dakwah’ bukanya solat. Firman Allah: “Hai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berilah peringatan, dan agongkanlah Tuhanmu” Al-Mudatsir1,2,3. Ini diantara ayat yang awal diturunkan memerentahkan Nabi supaya berdakwah dan mengangongkan Allah. Ada tafsir yang mengatakan adalah ayat kedua selepas surah Al-‘Alaq. (wahyu pertama) Tetapi ini bukanlah berarti dizaman ini kita dibolehkan mengerjakan dakwah sahaja dengan meningalkan solat. Dalam tertib pertama itu juga ada disebutkan ‘menitikberatkan perentah wahyu dan As-Sunnah’ Artinya ‘solat’ dan lain-lain ibadah semuanya terkandung dalam perentah wahyu dan As-Sunnah.

Keperluan meletakan tertib pertama ‘Menyampaikan dakwah’ ialah kerana supaya kita dapat sentiasa menghayati bahawa perentah dakwah diturunkan Allah 10 tahun lebeh awal sebelum Isyrak Me’araj. Hakikatnya perentah ‘dakwah’ selepas wahyu awal diterima. Agar supaya kita tidak pernah lalai dengan kewajipan dakwah, kerana Allah swt tentu lebeh mengetahui, dengan mendahulukan perentah dakwah ummat maknusia akan mendapat kekuatan rohani untuk membolehkan ia mampu menjunjung perentah solat 5 waktu. Dan disana juga ada dicatetkan (untuk membena iman dan akhlak) Telah terbukti dalam jemaah Tabligh, mereka lebeh mampu menjaga solat dengan akhlak yang baik justeru kerana menitikberatkan usaha dakwah asasi secara langsung. (mengajak beriman kepada Allah)

Kemudian tertib kedua ‘Menjaga solat fardhu mengikut ajaran As-Sunnah yang asal’ Hendaklah diteliti hadis-hadis sahih cara menjaga solat mengikut ajaran asal dari Rasulallah saw. Keterangan sahih mutawatir dari Rasulallah: Tidak dibolehkan menunaikan solat fardhu dirumah atau dilain tempat apabila terdengar azan dari masjid atau musola, kecuali azan tidak kedengaran kerana jauh atau lain-lain sebab syara’ie. (rujuk bab 2 halaman 34) Sungguhpun solat sudah menjadi amalan lazim semenjak beratus tahun, tetapi tuntutan amalan menjaga solat mengikut As-Sunnah yang asal menjadi satu cabaran yang sangat berat kepada seluruh angota jemaah Islam, kecuali jemaah tabligh, kerana arah tarbiyahnya memang menjurus kepada dakwah dan menjaga solat. Yang lainya terus menguna pakai ijtihad sebahagian imam mazhab yang mengharuskan tidak menyertai jemaah masjid apabila terdengar azan. Tidaklah salah beramal mengikut ijtihad imam mazhab, tetapi dalam hal solat, kita sebagai aktivis pendokong perjuangan As-Sunnah, selayaknya kita berpegang kepada As-Sunnah yang asal sahaja, demi menjunjung As-Sunnah yang kita perjuangankan mati-matian.

(17)

PENGERTIAN KALIMAH ‘POLITIK’

Pada hari ini seringkali kita mendengar orang Islam meluahkan kata-kata: “Saya tidak minat campur urusan politik” atau “Dalam hal politik saya tidak menyebelah mana-mana pehak” atau “Politik menyebabkan pecah belah masarakat Islam” Bahkan dalam jemaah tabligh berbincang soal politik sangat dilarang, saolah-olah ia haram pada syarak. Semua ayat-ayat seperti diatas diluahkan oleh orang yang tidak benar-benar paham pengertian kalimah ‘politik’ Mereka hanya memahami mengikut cetusan akal sendiri dipengaruhi oleh keadaan masarakat sekeliling. Dalam kamus-kamus ada yang mendifinasikan ‘politik’ sebagai ‘Kebijasanaan dalam pergaulan masarakat’ Ada yang menterjemahkan ‘hal-ehwal pemerentahan negara’ Dan ada kamus Melayu yang menterjemahkan sebagai ‘syiasah’ Tetapi ‘syiasah’ itu pun bukan perkataan Melayu. Semuanya boleh diangap betul tapi kami yakin ia tidak merangkumi keseluruhan aspek pengertian ‘politik’ yang menjadi topic perbincangan kita hari ini.

Pada penelitian kami sebenarnya tiada ‘satu’ perkataan Melayu yang cukup menterjemahkan kalimah ‘politik’ Ia sebenarnya merangkumi 3 perkataan dalam bahasa Melayu untuk memenohi pengertian ‘politik’ yang kita maksudkan. Yaitu pengaruh, kekuasaan, dan pemerentahan. Apabila sebut ‘politik’ ia sebenarnya berkait dengan ketiga-tiga unsur itu. Ia tidak semestinya merujuk kepada hal-hal pemerentahan negara. Sebab itu kita biasa mendengar orang menyebut tentang ‘politik persatuan’, politik kampus, politik syarikat, dan sebagainya. Semua itu merujuk kepada hal-ehwal kuasa, pengaruh, dan pemerentahan. Ia berkait dengan soal siapa yang berpengaruh dan siapa yang dipengaruhi. Siapa yang memerentah dan siapa yang diperentah. Siapa yang menyokong dan siapa yang disokong. Siapa yang memimpin dan siapa yang dipimpin. Apatah lagi dalam system politik demokrasi ia sangat mementingkan bilangan penyokong. Ia sebenarnya bukan ajaran As-Sunnah, tetapi ia tidak haram pada syarak.

Sebagai contoh pengertian ayat ‘mempolitikkan bantuan baja’ Ia merujuk kepada parti politik mana yang memberi bantuan baja, mengambil kira faedah sokongan daripada yang menerima bantuan baja. Pada beg pembungkus baja itu pun dicap lambang parti politik yang memberi bantuan baja. Satu lagi contoh. ‘Umno mempolitikkan dasar pelajaran negara’ Pengertianya, dasar pelajaran itu digubal untuk memastikan akan melahirkan rakyat yang buta aqidah Islam dan akan terus menjadi penyokong Umno sampai beberapa generasi akan datang. Artinya dasar pelajaran itu mengambil kira faedah keuntungan sokongan kepada Umno.

Nah sekarang kita kembali rujuk kepada 7 prinsip missi ke-Rasulan (perjalanan As-Sunnah) yang sedang kita perkatakan sebagai standard kayu ukur yang hendak kita gunapakai sekarang. Dengan pengertian ‘politik’ yang kami huraikan diatas tadi, jelas sekali Rasulallah saw ada terlibat secara langsung dalam ‘politik pemerentahan negara’. Dalam tertib missi ke-Rasulan, ia termasuk dalam prinsip dan tertib yang kelima. (Ia adalah mutlaq, samasekali tidak boleh diubah menjadi prinsip yang kedua atau yang keempat). Artinya dalam menegakkan As-Sunnah kita wajib berpolitik. Yaitu setelah kita menghayati dan mengamalkan tertib-tertib sebelumnya yang pertama hingga keempat. Namun untuk mencontohi satu persatu secara utuh (tulin sepenohnya) tentulah mustahil kerana perbezaan zaman dan keadaan yang wujud hari ini. Tetapi prinsip dan falsafah politiknya tetaplah sama, yang wajib kita ambil jadikan panduan. Yaitu untuk mendaulatkan syari’at Allah keseluruhanya. (Ambil panduan bagaimana Rasulallah saw mendapat kuasa memerentah Negara Madinah. Rujuk bab 4 halaman 124)

Kita biasa mendengar dalam jemaah kita orang tidak paham ‘poltik’ menghubung kaitkan ‘politik’ dengan pilihanraya. “Di-zaman Nabi nama ada pilihanraya”? Soalnya. Penjelasan kami: Sebenarrnya ‘pilihanraya hanyalah satu juzuk kecil dalam politik. Ia diwujudkan semata-mata sebagai makenisma untuk mencapai keadilan dalam masarakat yang bukan semuanya beriman kepada wahyu. Dalam Islam adalah harus, bahkan ada ketikanya menjadi wajib, apabila dengan tanpa demokrasi menyebabkan ketegangan mengancam keselamatan Negara. (sila rujuk bab 8 ‘Islam dengan politik demokrasi). ‘Pilihanraya’ samasekali tidak mempengaruhi pengertian ‘politik’ yang kita hurai diatas tadi. Dizaman ini pun kita dapat lihat negara-negara yang tidak pernah mengadakan pilihanraya, seperti negeri China, Arab Saudi, Dan yang dekat dengan kita Brunei. Adakah berarti dinegara itu semua tidak ada politik.?

Sikap terhadap ‘politik’.

Apabila perkataan ‘politik’ dirujukan kepada 3 unsur pengaruh, kuasa, dan pemerentahan. Maka jelas-
lah ‘politik’ wajib wujud pada setiap masarakat maknusia yang bertamadun. Bahkan masarakat orang asli yang tinggal dihutan-hutan pendalaman pun ada ‘politik’ walau pun mererka sendiri tidak pernah mengunakan kalimah ‘politik’. Dalam jemaah tabligh sendiri pun wujud unsur ‘politk’ tetapi dalam keadaan aman dan tenteram kerana tiada unsur kepentingan dunia dalam politiknya. Tambahan pula ia selalu merujuk kepada panduan As-Sunnah.

(18)

Begitu juga dalam Pas, tidak ada pergolakkan besar berlaku dalam kepimpinanya, kerana niat asal Pas ditubuhkan ialah untuk menangani urusan politik ummat Islam semata-mata kerana Allah. Yaitu menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran secara total demi memenohi tuntutan syarak. Kadang-kadang nampak sedikit kecoh dalam pimpinan Pas ialah kerana Pas sentiasa campur tanggan dalam urusan politik pemerentahan Negara, dan musuh politik Pas sentiasa menunggu kesempatan untuk memburukkan Pas. Disamping diakui aktivis Pas memang kurang tarbiyah kerohanian yang menyebabkan keikhlasan tidak cukup tinggi apabila berdepan dengan ujian Allah.

Soal ‘politik’ dipahami sebagai punca ‘pecah belah mesarakat Islam’ adalah juga meleset samasekali. Sebab fitrah semula jadi yang Allah jadikan masarakat maknusia diseluruh alam ini berbangsa-bangsa, dan gemar membentuk kelompok-kelompok atau kabilah-kabilah. Ini bukan kerana politik. Ia bertepatan dengan Firman Allah: “Hai orang-orang beriman, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan (Kami) menjadikan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, (yaitu) supaya kamu saling kenal-menganali antara satu sama lain”…………Surah Al-Hujarat 13.
Oleh sebab itu apabila kelompok-kelompok dalam masarakat maknusia itu memainkan peranan politk, maka terjadilah perpecahan yang boleh menjadi sengit kerana politik mereka bermotifkan kuasa dan kekayaan dunia, pasti mereka tidak mampu berlaku adil walaupun sesama kelompok mereka sendiri. Oleh itu saolah-olah perpecahan itu disebabkaan ‘politik’ Sebenarnya mereka sudah sedia berpecah sebelum berpolitik. Sebab itulah Allah menurunkan Rasul untuk mengajar dan membimbing ummat maknusia berpolitik dibawah naungan aqidah agama yang hakiki (Islam) Jelasnya ‘politik Islam’ dapat menyatukan semula masarakat maknusia yang sedia berpecah belah semula jadi.
Sejarah sirah telah membuktikan fakta ini dengan jelas bagaimana keadaan kaum jahiliyah Arab sebelum kedatangan Rasul. Tetapi kita lihat hari ini ramai ahli politik beragama Islam yang berkuasa memerentah negara diseluruh dunia menolak ‘politik cara Islam’ yang diajar oleh Rasulallah saw kerana menjadikan politik tempat mengaut kekayaan untuk dirinya sendiri. Contoh yang paling nyata lihat pemimpin Umno disemua perengkat hari ini, hampir semuanya menjadi jutawan segera atau sekurang-kurangnya menjadi kaya berbanding sebelumnya (terlibat dengan sekandal rasuah dan salahguna kuasa). Peluang mereka hendak mengunakan kuasa mengumpol kekayaan pasti akan hilang apabila mengikut ajaran politik Rasulallah, sebab itu mereka menolak. Akibatnya sampai hari qiamat Umno tidak akan mampu membasmi rasuah sebab pemimpin mereka peringkat tertinggi pun terlibat dengan rasuah.
Orang yang pernah meluahkan kata-kata: “Aku tak minat campur tangan dalam politik” atau “Dalam politik aku tidak menyebelahi mana-mana pehak” Ini mengambarkan mereka sebenarnya tidak paham pengertian ‘politik’ juga tidak menghayati hakikat iman kepada Allah dan Rasul. Sebab, kalau mereka paham bagaimana mungkin mereka boleh menyatakan ‘tidak mau campur urusan politik atau tidak menyebelah mana-mana pehak’
Soalnya apakah taraf iman mereka kalau mereka engan menyokong para ulama yang menubuhkan jemaah gerakkan Islam yang motifnya semata-mata hendak mengembalikan mertabatkan agama Islam, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulallah saw di Madinah. Sedangkan ulama-ulama itu didifinasikan oleh syarak sebagai ulama Warisatul-Anbiyak. Bukankah Rasulallah ada bersabda: Mahfumnya. “Tidaklah kamu beriman sahingga kamu menyayangi Allah dan RasulNya lebeh dari kamu menyayangi diri kamu dan ahli keluarga kamu sendiri” Hadis riwayat Abu Daud.

Nah sekarang kita telah paham bahawa ‘politik’ adalah termasuk salah satu prinsip yang sangat penting dalam missi ke-Rasulan. Kalau begitu bagaimana boleh wujud ummat Islam hari ini mmbentuk jemaah sengaja untuk mengasingkan diri dari ‘politik’. ? Ini menunjukan kesilapan dalam menilai sejarah sirah. Betapa perlunya kita gunakan standark kayu ukur atau piawaian penilai yang diikhitraf oleh semua jemaah Islam yang mendokong cita-cita mengembalikan martabat Islam. Dengan demikian diharapkan mereka akan menyedari hakikat betapa besar dan beratnya As-Sunnah itu sebenarnya. Kita yakin apabila kita sama-sama menyedari tahap mana peranan kita dalam menegakkan As-Sunnah akan mampu mengelakkan perpecahan ummat, sebaliknya kita mampu menjalin hubungan erat antara jemaah-jemaah yang mendokong perjuangan serupa demi semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.

(19)

CARA KITA MEMULAKAN GERAKKERJA BERPANDU KEPADA STANDARD KAYU UKUR AS-SUNNAH YANG KAMI SARANKAN.

Bermula dengan gerakkan tarbiyah. (pendidikkan) Kita sebagai ummat, tidak dibolehkan menunggu Allah mentarbiyah kita secara langsung sebagaimana berlaku kepada Nabi kita. Itu perbezaan pertama. Yang kedua kita tidak dibolehkan mentarbiyah terlebeh dahulu dengan meninggalkan amalan-amalan ibadah yang lain kerana semua hukum-hakam sudah selesai diturunkan dizaman kita ini. Tidak sebagaimana dizaman Rasulallah saw berdakwah, hukum-hukum syarak belum habis diturunkan semuanya. Apabila wahyu dan As-Sunnah sudah lengkap sempurna ditangan kita, kita wajib mengamalkanya dalam semua bidang hukum sekali gus dari mula tarbiyah ilmu membentuk akhlak sahingga pelaksanaan hukum dan memerentah Negara. Mana yang kita belum mampu amalkan, misti ada alasan yang diterima syarak. Itu ciri perbezaan yang wajib setiap ummat Islam menghayatinya. Jika fakta ini gagal dihayati, kita akan mudah terjerumus kejalan sesat.

Langkah tarbiyah awal kita perlu memperkenalkan rupa bentuk As-Sunnah dengan prinsip, tertib, dan standard kayu ukur yang kita rumuskan, agar supaya semua angota mesarakat Islam mendapat gambaran jelas tentang As-Sunnah yang Allah jadikan ‘per-adapan’ untuk seluruh ummat maknusia dan yang wajib kita perjuangkan untuk diangkat semula martabatnya sebagaimana asal Rasulallah saw memwariskan kepada ummatnya.

Kesimpulan awal yang dapat kita rumuskan ialah: ‘Usaha menegakkan As-Sunnah hendaklah dimulakan dengan membentuk syaksiah dan budaya dakwah yang cemerlang, disertai dengan semangat kesedaran tuntutan aqidah menyempurnakan ad-deen dengan menegakkan daulah Islam’. Sifat individu-individu serupa inilah yang diperlukan bakal menjadi pendokong perjuangan mengembalikan martabat As-Sunnah. Malangnya sahingga hari ini terlalu sedikit individu yang syaksiah dan budaya dakwahnya cukup cemerlang, justeru jemaah Islam yang ada hari ini tidak memwujudkan uslup tarbiyah yang menuju kearah itu. Mari imbas kembali bagaimana Rasulallah saw mengabiskan separuh dari usia kerasulanya di Makkah mentarbiyah sahabat-sahabatnya mengentalkan iman dan taqwa menerusi uslup dakwah asasi, menyampaikan kalimah tauheed. (rujuk bab 2 halaman 28 ‘Nilai dakwah yang sebenar’)

Pada hari ini keadaan situasi memaksa kita terus beaksi berhadapan dengan ujian dan cabaran yang berat tanpa terlebeh dahulu menjalani tarbiyah sebagaimana yang dilalui oleh para sahabat Nabi. Oleh sebab itu untuk mengimbangi keadaan ini, kita sangat perlu mementingkan penghayatan tertib Rasulallah menyempurnakan Ad-Deen atau konsep ‘Fiqhkul Awaliyat’ yang menjadi salah satu dasar piawaian atau standard kayu ukur kita. Jika kita gagal maka wujudlah suasana seperti hari ini. Masing-masing tidak menyedari kelemahan, merasa jemaah sendiri sudah cukup lengkap sempurna, tiada sebarang keperluan kepada jemaah lain walaupun pada hakikatnya jemaah sendiri hanya mampu menangani 0.1 peratus sahaja daripada keseluruhan ciri As-Sunnah.

Yang sama penting perlu kita tekankan ialah, nilai keikhlasan ‘kerana Allah’ yang cukup tinggi yang tidak mudah goyah dengan ujian kebendaan. Sungguhpun ia mudah pada teory, tapi sebenarnya ia sukar dicapai, sebab itu kita biasa terjumpa para aktivis yang terkandas dengan ujian kebendaan. Untuk meningkatkan keikhlasan dan budaya dakwah sebenarnya kita memerlukan uslup tarbiyah yang merangkumi 3 unsur pengorbanan serentak sekali gus, yaitu harta, masa, dan tenaga. Kita belanjakan harta kita, kita hadhirkan masa kita, dan kita sumbangkan tenaga kita serentak sekali gus semata-mata untuk usaha dakwah kerana Allah. Uslup tarbiyah sedemikian hanya terdapat dalam program jemaah tabligh semasa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan. Ini secocok dengan tertib standard kayu ukur yang pertama ‘Menyampaikan dakwah dan menitikberatkan perentah wakyu dan AS-Sunnah’. Tidak menafikan wujud juga pada jemaah lain tapi perengkat secondary yang hampir tiada menjelmakan kekuatan rohani secara langsung.

Pada penelitian kami, sahingga saat ini diseluruh Nusantara belum terjumpa satu pun jemaah tunggal yang mampu menyediakan tenaga aktivis memenohi ciri-ciri semangat yang merangkumi keseluruhan standard atau piawaian kayu ukur sepeti yang kami rumuskan diatas. (justeru standard kayu ukur As-Sunnah masih belum pernah diwujudkan) Ia bukan kerana terlalu berat atau terlalu asing, tetapi semata-mata kerana kesedaran, pandangan, dan penghayatan terhadap As-Sunnah masih tidak konsisten dan menyeluruh.

Kita lihat dalam jemaah tabligh mampu memwujudkan individu yang ibadah dan budaya dakwahnya cemerlang, keikhlasanya cukup tinggi, tetapi dari sudut semangat idealisme: Mendokong cita-cita tuntutan aqidah, menyempurnakan ad-deen menegakan maaruf dan mencegah kemungkaran secara total dan melaksanakan syari’at secara berdaulah dalam pemerentahan negara. Semangat idealiasme sedemikian ini masih belum bersemi dalam jemaah tabligh. Malah sebaliknya saolah-olah wujud usaha mengekang (memisahkan) supaya semangat serupa itu tidak terbit samasekali dalam jemaah. Alangkah jangalnya ia berlaku dalam sebuah jemaah dakwah Islam yang bertaraf antara bangsa.

(20)

Dalam Pas, semangat idealisme bersemi dan hidup subur, kerana uslup tarbiyahnya memang menitikberatkan kearah itu, tetapi nilai semangat dakwah dan kemampuan menjaga solat mengikut tuntutan As-Sunnah tersangat menyedihkan. Artinya kedua-dua jemaah gagal memwujudkan kepahaman dan semangat yang memenohi ciri-ciri piawaian kayu ukur As-Sunnah secara menyeluruh. Kami khuatir kedua-dua jemaah ini akan terus gagal menitikberatkan standard kayu ukur As-Sunnah, kecuali jika kedua jemaah ini bekerjasama berganding bahu, secara otomatis mereka bersifat menyempurnakan antara satu sama lain. Dan terus akan menempa kejayaan kerana menyedari tuntutan As-Sunnah yang sebenar berdasar standard kayu ukur tersebut. Insya-Allah.

Keperluan menyertai program dakwah jemaah tabligh.

Dalam kontek standard kayu ukur ini saorang sahabat Pas mengemukakan satu soalan: “Kalau begitu adakah menjadi wajib menyertai jemaah tabligh demi untuk mengikut panduan standard As-Sunnah tadi”? Jawab kami: Tidak wajib. Yang wajibnya ialah menitikberatkan amalan dakwah dan menjaga solat fardhu kepada diri kita sendiri. (sentiasa menyampaikan dakwah dan istiqamah bergegas kamasjid setiapkali terdengar azan.) Ia boleh diamalkan dimasjid qariah sendiri tanpa perlu menyertai mana-mana jemaah. Namun pehak kami telah mengenal pasti menyertai program dakwah jemaah tabligh 3 hari adalah lebeh jauh mudah daripada berdakwah dan menjaga solat bersendirian. Sebab itu kita dapati sangat jarang atau hampir tiada saorang pun yang mampu melakukan scara bersendirian.

Kemudian ia menyambung soalan lagi: “Tidakkah boleh sesaorang menjadi pemimpin politik Islam tanpa terlebeh dahulu menyertai program dakwah jemaah tabligh”? Jawab kami: ‘Boleh. Tetapi lebeh afdhal jika ia menghayati prinsip dan tertib perjalanan As-Sunnah sebagai standard kayu ukur. Jika tidak. Berlakulah apa yang kita lihat hari ini; tidak menyedari nilai dakwah dan menjaga solat fardhu adalah lebeh aula daripada urusan politik. Maka wujudlah kelemahan rohani yang ketara, akibatnya membawa kepincangan kepada jemaah, program politik mengatasi solat fardhu. Walau pun program politik memang kesinambungan daripada dakwah, namun bila diutamakan politik ia adalah terbalik. Akibatnya tiada kesan kerohanian samasekali sebagaimana terdapat dalam program dakwah jemaah tabligh. Terkecuali jika sesaorang itu memang ulama besar menguasai bidang ilmu yang luas dan taqwa yang tinggi, serta terlibat dengan usaha dakwah perengkat menengah yang bersungguh-sungguh.

Bayangkan jika saorang pemimpin berdepan dengan ujian iman yang berat, sedangkan ia melalaikan solat fardhu, justeru ia mengangap urusan solat adalah amalan lazim yang remeh temeh. Solat boleh ditangguhkan beberapa jam hanya kerana bersembang tentang politik. Laungan azan tidak mencabar dirinya untuk membersarkan Allah , sedangkan kelazimanya melaungkan ‘takbir’ dalam perhimpunan berpuluh ribu orang, tetapi sebenarnya tidak benar-benar memahani tuntutan kalimah ‘Allah-Hu-akbar’ itu. Perkara yang penting pada Allah dipandang remeh, sebaliknya perkara yang routin pada kita, mengalahkan nilai ‘kebesaran Allah yang sebenar’ Apakah statusnya sebagai pemimpin gerakkan Islam. Hal ini lazim berlaku, masih belum ada makenisme untuk membetulkanya kerana ia tidak dipandang sebagai satu prinsip yang penting. Dalam Pas istilah menjaga solat hanya dengan slogan ‘jangan sampai meninggalkan solat samasekali’. Hal ini berlaku kerana Pas mendokong cita-cita besar tetapi uslup tarbiyah kerohanianya lemah.

Tanpa berpandu kepada prinsip dan tertib As-Sunnah boleh terjerumus kepada bid’ah sesat.

Sampai tahap ini sahabat Pas tadi mengemukakan pendapat: Kepada jemaah yang mendokong cita-cita dakwah dan perjuangan saya rasa memang cocok standard kayu ukur ini. Tetapi bagaimana dengan jemaah yang tidak termasuk dalam kartergeri prinsip kayu ukur As-Sunnah itu. Mereka semata-mata mementing maqam dan kejernihan rohani. Mereka mendakwa perjuangan mereka lebeh aula dan lebeh afdhal kerana jihad melawan hawa nafsu. Kalau kita tidak kalahkan hawa nafsu, semuanya akan gagal, sebab itu kena menerusi jalan tareqat; Dakwanya.

(21)

Jawapan. “Kami menyedari memang banyak jemaah serupa itu tumbuh dikalangan masarakat Islam Nusantara, khususnya dinegara jiran kita Indonesia. Sebenanrya 5 perkara prinsip itu adalah merupakan pokok atau tunjang As-Sunnah. Tiap satunya mempunyai cabang dan ranting yang banyak. Contohnya, bidang ‘dakwah’ banyak babnya yang perlu dihalusi dalam bentuk ilmiyah, hingga mencapai kaperengkat ijazah universiti.

Namun begitu, biar bagaimana luas konsep ‘dakwah’ itu dikupas dan diprincikan, ia tetap tidak boleh lari dari prinsip asasi yang dicetuskan oleh Rasulallah saw atas prentah Allah. Yaitu menyampaikan dan mengajak beriman kepada kalimah ‘Laa-illah-ha-illallah’. Jika ia terkeluar daripada konsep meng-agongkan kalimah ini, walau sepanjang mana huraian dibuat, ia bukan lagi dipanggil sebagai ‘dakwah’. Ia sekadar menjadi ilmu sahaja. Kekuatan jemaah tabligh ialah kerana ia kembali semula kepada dakwah asasi sebagaimana yang dimulakan oleh Rasulallah saw itu. Begitu juga halnya dalam prinsip kalima, bidang ‘politik’. Terangkum didalamnya bab mengajak maaruf dan mencegah kemungkaran. Sebab ia hanya dapat dilaksanakan dengan berkesan dengan kuasa politik.

Sebenarnya bidang ilmiyah bersumber wahyu dan As-Sunnah itu sendiri terlalu luas umpama lautan tiada bertepi. Segala aspek kehidupan ummat maknusia dari perkara sekecil-kecilnya hingga perkara besar-besar. Bab urusan akhlak pribadi, urusan rumah tangga, bab mu’amalat, jinayat, bahkan bab cakruala angkasa lepas, bab politik memerentah Negara, termasuk bab akhirat samada menyentuh jasmani dan rohani, ibadah dan aqidah serta balasan Allah dialam akhirat. Semuanya terangkum dalam wahyu Allah kepada RasulNya.

Pendeknya jika hendak diperhalusi satu persatu ia memerlukan masa yang panjang dan tidak ramai yang mampu. Semuanya termasuk dalam ruang lingkup lima prinsip As-Sunnah yang kami rumuskan sebagai standard kayu ukur diatas tadi. Oleh sebab itulah pentingnya kita mengetahui terlebeh dulu prinsip-prinsip utama dan tertib perjalanannya, agar dapat melihat dalam bentuk satu pakej As-Sunnah itu sebagai satu wadah perjuangan, demi untuk menyempurnakan ad-deen yang diamanahkan Allah kepada maknusia untuk kesejehteraan hakiki dunia dan akihirat. Adapun jemaah tareqat untuk melawan hawa nafsu yang tuan tanyakan tadi adalah termasuk dalam salah satu cabang yang kecil saja dalam As-Sunnah. Itu pun jika penghayatan dan amalanya semua secocok dengan nash samada firman atau hadis sahih. Jika ia melangar atau bercangah dengan nash walaupun satu saja, ia sudah menjadi sia-sia tiada nilai disisi Allah.

Dikhuatiri jemaah-jemaah tareqat itu beramal tidak bersandar kepada dalil-dalil nash yang sahih, kerana sepenjang yang kami pernah jumpa dan terlibat, lazimnya mereka beramal banyak mengikuti akal fikiran guru atau ketua mereka semata-mata, yang kebanyakanya digelar ‘guru mursyid’. Sebagai contoh kami pernah terjumpa jemaah tareqat yang gurunya mengeluarkan fatwa: “Masa tempuh tawajuh hendaklah 10 hari terus berturu-turut. Selama tempuh itu tidak dibenarnya bertemu sua dengan sebarang meknusia lain kecuali gurunya’ Demi mengikuti fatwa guru itu satu solat jumaat terpaksa ditinggalkan dalam tempoh itu. Artinya satu nash telah dilangar. Dakwaanya yang jemaah mereka menjernihkan hati dan melawan hawa nafsu, tidak nampak terzahir samasekali, yang nampak jelas gurunya saorang penghisab rokok yang sangat kuat.

Sebenarnya banyak lagi yang kami pernah jumpa amalan dan penghayatan jemaah tareqat yang bercangah dengan nash kerana mereka semata-mata berpegang kepada fatwa guru tanpa mernitikbertkan dalil nash. Kalau dikenal pasti demikian halnya, maka tidaklah syak lagi jemaah mereka tidak termasuk dalam kompolan ‘Ahlu-Sunnah-waljemaah’. Walau pun mereka bermati-matian mendakwa pengikut Rasualllah yang tulin. Kewujudanya samasekali tidak penting dalam perjuangan ummat Islam, malah menjadi kewajipan kita untuk mencegahnya. Namun tidaklah boleh kita memutuskan kesemuanya demikian. Ada terdapat satu atau dua jemaah tareqat yang haq dalam beratus-ratus jumlahnya. Tetapi dizaman ini sebenarnya sangat jarang terjumpa.

Konsep ‘lojik akal’ mudah menyesatkan ummat Islam yang tidak paham priunsip As-Sunnah.

Dari segi ‘lojik akal’ memanglah sangat penting, sebab mereka mendakwa berperanan ‘Melawan hawa nafsu’. Memang sebenarnya nafsu zulmat membawa kedurjanaan, kalau tidak dilawan memang mengakibatkan kerosakkan besar disamping amal kita semua ditolak Allah. Sebab itulah kita dapati ada diantara kaum intelek pemegang ijazah Master dan Phd yang menjadi pengikut jemaah tareqat sesat, justeru mereka sebanarnya mencari sesuatu yang hebat disisi Allah, tetapi mereka meraba-raba tidak kenal As-Sunnah yang menjadi tunggak ajaran Islam. Bahkan mereka tidak menghayati hakikat bahawa dalam Islam mengikut lojik akal semata-mata adalah salah.

(22)

Oleh sebab itu Allah menghantar Rasul khususu untuk membimbing dan mengajar maknusia supaya tidak tersesat jalan mengikut akalnya yang cetek. Lebeh-lebeh lagi dalam hal krohanian dan alam ghaib, serta mengenai alam qubur dan akhirat. Kita kena ambil contoh bagaimana Rasulallah saw mengajar sahabatnya meningkatkan iman dan dan maqam untuk melawan hawa nafsu, yangmana telah kita sama-sama akui maqam Rasulallah saw dan para sahabatnya adalah yang paling tertinggi dikalangan seluruh ummat maknusia akhir zaman, yang tidak mungkin ada tolok bandingnya sahingga hari qiamat.

Sebuah hadis Rasulallah saw riwayat Imam Muslim dari Abi Hurairah: “Ada saorang sahabat bertanya kepada Rasulallah saw Ya Rasulallah……Saya telah mendapat sebidang tanah lembah yang ada sumber air dan pokok buah-buahan yang subur. Saya berhayat tinggal disana menyembah Allah saorang diri…..Maka jawab Rasulallah saw. “Jangan engkau lakukan itu. Sesungguhnya berjihad dijalan Allah seketika adalah lebeh afdhal dariapada beribadah bersendirian selama 70 tahun”.

Hadis diatas tadi mengajar kita cara meningkatkan iman dan membersihkan hati norani agar supaya mampu melawan hawa nafsu. Yaitu dengan cara berjihad memenohi tuntutan agama dengan pengorbanan harta, masa dan tenaga serentak sekali gus, samada berdakwah atau berperang pada siangnya. Dan pada tengah malamnya berzikir, solat tahajud, dan tawajuh mendekatkan diri kepada Allah.

Perbuatan mengasingkan diri beribadah tanpa mengambil berat urusan ummat Islam sekeliling bukanlah ajaran dari Rasulallah saw. Sebab ternyata dalam masarakat Islam perbuatan seperti itu tidak boleh diterima akal. Bayangkan bila semua orang Islam mengambil sikap mementingkan ibadah sendiri tanpa mengambil berat hal masarakat, akibatnya sudah tentu yang ma’aruf tak dapat ditegakkan dan yang mungkar tak dapat dicegah. Tentunya ummat Islam menjadi berantakkan (porak peranda) tiada wawasan masadepan dunia, apatah lagi akhirat. Justeru membelakangkan ajaran As-Sunnah. Dan kalau kita imbas semula kronoloji perjalanan sejarah ummat Islam menjadi mundur seperti hari ini, adalah juga bermula apabila meninggalkan ajaran As-Sunnah kerana hubbud dunia. Fakta ini dikuatkan dengan hadis: “Barangsiapa diantara kamu tidak mengambil berat tentang urusan ummat (Islam) ia bukanlah dari ummatku” Hadis riwayat At-Tarmizi. Hadis ini juga menjadi dalil bahawa orang Islam tidak boleh mengenepikan diri dari politik.

Lebeh jelas lagi apabila kita imbas kembali sejarah kemunculan jemaah tareqat yang mementingkan kerohanian semata-mata. Zaman kalifah Bani Abbasiayah dan lewat Mu’awiyah. Tugas para ulama dizaman itu hanya mengajar menyampaikan ilmu agama kepada rakyat dan menegur para umara’ atau kalifah yang didapati menyeleweng . Sebab pada masa itu sudah terdapat sebahagian kalifah yang terlibat dengan maksiat dan berlaku zalim.

Namun begitu kedaulatan syari’at Islam maseh terjamin dalam pemerentahan mereka. Oleh sebab itu para ulama pada waktu itu tidak berdepan dengan tuntutan untuk menegakkan daulah Islam sebagaimana dizaman kita hari ini, dimana para pemerentahan beragama Islam engan menegakkan daulah Islam. Tuntutan yang kuat pada ketika itu ialah memberseihkan rohani daripada fitnah dan maksiat kerana wujud segelintir kalifah yang sudah tergelincir dari jalan As-Sunnah. Mereka pun (ulama-ulama sufi) menubuhkan jemaah-jemaah tasawuf yang motifnya membanyakan tawajuh menjernihkan hati untuk meningkatkan maqam disisi Allah. Pada perengkat generasi pertama semua amalan mereka maseh diatas landasan As-Sunnah. Tetapi pada generasi berikutnya, timbulkah murid-murid atau pengikut yang gagal mencapai sebarang maqam, telah memwarisi sebagai guru pula mengajar beberapa pengikut dibawahnya. Mereka pun mula menyampaikan pelajaran tidak berpandu kepada nash, semata-mata mengikut lojik akal mereka, sahingga zaman kita ini telah membawa kesesatan yang jauh.

Walau pun begitu mereka tetap mendakwa jemaah mereka adalah terungul, tunjang kepada segala amalan As-Sunnah kerana kononya mereka berpegang kepada sebuah dalil hadis “Sebesar-besar jihad adalah melawan hawa nafsu” Mereka (guru-guru tareqat yang mengelar ‘mursyid’) tetap menolak apabila ahli-ahli hadis yang muktabar sepakat mengatakan hadis tersebut adalah ‘palsu’. Kesimpulanya, kewujudan jemaah-jemaah tareqat serupa itu dalam usaha menegakkan As-Sunnah samasekali tidak relavan. Samasekali tidak diperlukan bahkan menjadi kewajipan kita untuk mencegahnya jika ia terus menerus mempengaruhi masarakat meninggalkan jalan As-Sunnah yang sebenar.

Kesilapan pokok yang harus diinsafi.

Berbalik kita kepada niat kita yang asal tadi, yaitu hendak memastikan diri kita termasuk dalam golongan Ahli-Sunnah Wal-jemaah. Atas semangat keimanan mahfum hadis inilah kita menubuhkan jemaah yang sangat kita

(23)

harapkan agar jemaah kita nanti akan menjadi wadah perjuangan dan amalan demi untuk mengembalikan semula martabat As-Sunnah sebagai per-adaban agong yang dianugrah Allah kepada ummat maknusia. Semoga cita-cita kita yang luhur itu diberkati Allah.

Dalam mencapai cita-cita untuk memastikan diri kita termasuk golongan yang satu ‘Ahlu-Sunnah-waljamaah’ kami rasa selama ini kita telah melakukan kesilapan yang kemungkinan besar tidak kita sedari. Kepada orang Pas apabila terlintas dalam minda hendak menegakkan As-Sunnah, apa yang mereka terus nampak ialah Rasulallah saw memerentah negara dengan syari’at Islam. Semua hukum syarak didaulatkan. Ya…..memang benar. Sahih, tiada khilaf antara ulama. Sementara tumbuh pula satu jemaah lain, mengatakan bahawa Rasulallah saw berdakwah menemui setiap individu menyampaikan kalimah tauheed. Ya……Ini pun benar juga, dalilnya sahih dan sangat kuat.

Kalau begitu ternyata kedua-dua jemaah adalah benar, tiada khilaf dan tiada ruang untuk dinafikan. Kalau begitu tentulah kita semua bersetuju kedua-dua fakta itu diamalkan oleh Rasulallah saw pada ketika yang berasingan, kerana As-Sunnah itu merangkumi tempuh selama lebeh kurang 23 tahun. Kalau begitu mengapa tidak kita teliti perjalanan As-Sunnah dicari titik persamaan supaya kedua-dua jemaah menjalin kerjasama demi kekuatan ummah yang memang Allah anjurkan begitu. ? Sedang hakikat sebenarnya kedua-duanya bukan jemaah yang berasingan. Dan masing-masing memain peranan yang sama penting dalam mengembalikan martabat As-Sunnah.

Disebabkan kelalaian ini, hingga sekarang masih belum pernah wujud sebarang sessi muzakarah samada secara tertutup atau terbuka membahas perkara uslup menegakkan As-Sunnah secara ilmiyah diantara Pas dan jemaah tabligh. Kemungkinan besar kedua-dua jemaah memandang tidak perlu kerana tiga sebab. Pertama wujud sifat bersaing semula jadi maknusia, semuanya bercita-cita meraih kemenangan. Kedua sifat monopoli dan mencemburui, saolah-olah Allah kurang mampu memberi ganjaran besar sesuwai dengan taraf perjuangan kepada setiap pembela agamaNya. Yang ketiga, tidak menyedari sebesar mana hakikat As-Sunnah yang didokong itu. Tetapi pada golongan kami memandang tersangat penting sessi muzakarah serupa itu diadakan. Dan pernah kami mencuba menemukan dua tokoh secara tidak formal, tetapi sungguh menyedihkan berkesudahan dengan bertegang leher kedua-dua berhujah membesarkan gap pemisah. Saolah-olah kedua-dua jemaah menganut agama yang berasingan. Sungguh sedih bukan.? Ini terjadi kerana kedua-duanya berhujah membela jemaah dan pendekatan masing-masing disamping menafikan malah agak memperleceh jemaah satu lagi.

Mengikut hemat kami ia berpunca kerana kegagalan jemaah tabligh menjelaskan secara ilmiyah konsep keluar 3 hari, 40 hari, dan 4 bulan. Kebanyakkan jemaah lain berangapan konsep ‘keluar’ itu tidak relevan (tiada bersangkutan) dengan usaha menegakkan As-Sunnah. Sedangkan jemaah tabligh terus berpegang teguh dengan falsafah ‘tiada keluar, tiada pengorbanan dakwah. Dakwah dengan tanpa pengorbanan tiada kesan’ Ayat akhir yang sering diulang-ulang oleh tokoh jemaah tabligh ialah “Tuan ikutlah keluar 3 hari atau 40 hari lagi dan lagi nescaya tuan akan dapat paham” Namun hakikatnya ramai karkoon bruzruk tabligh yang berpengalaman ‘keluar’ beribu kali. Keluar IPB ( India, Pakistan dan Bangladesh) berpuluh kali, masih juga tidak mampu menjelaskanya secara ilmiyah. Kami sendiri dalam rangka mendapatkan maklumat daripada bruzruk-bruzuk, pada penghujung dialog kami mereka menganjurkan supaya kami sendiri pergi markas pusat di-New Delhi India berjumpa sendiri dengan Maulana disana. Ada pula diantaranya yang memberikan alasan ‘Allah belum beri paham kepada kita, kerana pengorbanan kita masih rendah’.

Pada kami penjelasan dan suasana ini samasekali tidak wajar, dan tidak boleh diterima walau dengan alasan apa pun. Sedangkan kedua-dua jemaah beriman dan merujuk dalil yang sama ( Al-Quran dan As-Sunnah). Faktor ini telah sangat kuat mendorong kami melibatkan diri secara langsung, mempelajari, menyelidik, memahami dan menghayati kedalam kedua-dua jemaah dengan dada yang lapang seberapa yang termampu oleh kami, demi semata-mata memperkasa jemaah ummat Islam. Memakan masa yang agak panjang lebeh 10 tahun. Insyak-Allah kini rasanya kami dapat menyelami konsep ‘keluar’ dan lain-lain persoalan dalam jemaaah tabligh dan Pas. (sila rujuk bab 6 tajuk ‘Mengenali jemaah tablig dan Pas dari dekat’ akan diterbitkan)

Kesimpulan pokok.

Hasil dari analisa persoalan ini, kami mencetuskan ‘standard kayu ukur’ atau piawaian untuk menilai yang kita harapkan mampu menjadi hakim pemutus semoga mendapat pengikhtirafan oleh semua pehak yang terlibat. Sebab kami nampak tanpa piawaian kayu ukur As-Sunnah kita tidak akan mampu menyatukan fiqrah yang dipengaruhi oleh sifat sombong dan berpuak-puak semula jadi maknusia, yang lazimnya membawa kesan negative kepada ummat Islam itu sendiri.

(24)

Sekarang kita nampak dengan jelas, dua jemaah besar bertaraf antara bangsa. Jemaah tabligh yang wujud dalam lebeh 200 buah Negara diseluruh dunia, begitu juga jemaah gerakkan Islam seperti Pas di Malaysia ini wujud hampir disetiap Negara-negara ummat Islam diseluruh dunia dengan berbagai-bagai nama. Semuanya mendokong perjuangan yang ‘satu’. Yaitu mengembalikan semula kegembilangan martabat As-Sunnah (Islam). Kami telah mengenal pasti kedua-dua jemaah hanya mampu menangani tiga daripada lima prinsip As-Sunnah mengikut standard kayu ukur yang kamui rumuskan. Yaitu, dakwah, menjaga solat fardhu, dan memperjuangkan politik Islam. Itu pun kedua-dua jemaah belum mampu menterjemahkan kepada amalan dalam sekop yang luas.

Contohnya, dalam tabligh ‘politik’ belum wujud. Dalam ‘dakwah’ cemerlang diprengkat primary, ia tersangat penting. Dalam menjaga solat boleh dikatakan OK mengunguli jemaah-jemaah lain. Dalam Pas, ‘dakwah’ prengkat secondary, tidak merangkumi pengertian dakwah keseluruhanya. Dalam menjaga solat, boleh dikatakan sangat lemah. Sementara dalam ‘politik’ boleh dikatakan OK tetapi menghadapi masaalah kelemahan yang disebabkan tarbiyah kerohanian yang lemah.

Sesungguhnya sekop pengertian ‘dakwah dan politik’ adalah sangat luas, keduanya sangat berkait rapat. Kesemuanya penting kepada uslup tarbiyah dan perjuangan jemaah Islam diserta dunia. Sahingga kini tiada jemaah tunggal yang sudah mampu menagani keseluruhan aspek dakwah dan politik ummat Islam secara menyeluruh mengikut piawaian As-Sunnah yang kita rumuskan, kecuali dua jemaah besar ini bersatu berganding bahu demi semata-mata kerana agama Allah. Maka akan wujudkah unsur sempurna-menyempurnakan antara satu sama lain yang memang dianjurkan oleh syarak. Alangkah baiknya kalau reality ini disedari oleh kedua jemaah dan menjadikan agenda formal. Itulah impian kami.

Inilah dia gambaran As-Sunnah dalam menyempurnakan Ad-deen yang wajib kita ambil panduan untuk gerak kerja perjuangan jemaah Islam. Tidak kira apa nama jemaah, cara pendekatanya, dan dibumi mana mereka bergerak, asalkan motifnya hendak menjunjung semula maartabat As-Sunnah atas semangat keimanan Ahlu-Sunnah-Waljemaah. Namun sayugia kita semua maklum untuk kita beramal mencontohi seluruh perjalanan As-Sunnah secara utuh (bulat-bulat 100%) dizaman ini adalah mustahil, kerana factor perbezaan politik dan zaman yang wujud hari ini. Tetapi disudut nilai standard, mistilah menepati semua prinsip, tertib dan falsafah As-Sunnah itu.

Tidak seperti amalan ibadah khusus, haji, solat, puasa dan sebagainya. Ia boleh diambil contoh 100% daripada apa yang diturunkan oleh Rasulallah saw, kerana tidak tertaaluk dengan keadaan zaman. Dalam hal dakwah, politik, jihad dan memerentah Negara, kita aktivis perjuangan jemaah Islam berwewenang (diharuskan) memikirkan atau berijtihad mencari uslup pendekatan yang secocok dengan keadaan zaman dan teknologi, asalkan tetap berdiri diatas dasar prinsip As-Sunnah mengikut standard kayu ukur yang mutlaq agar supaya dapat dinilai sejaohmana peranan jemaah kita. Dengan demikian Insyak-Allah akan terhindar dari sifat sombong dan semangat ke-kitaan yang tebal yang membawa kepada perpecahan ummat. Dan diharapkan akan wujud semangat ukhwah, kamil-mutakamil, dan kerjasama berganding bahu semata-mata menuju keredhaan Allah dikalangan seluruh jemaah Islam. Insyak-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan